Posts

Showing posts from January 23, 2011

Kita Bukan Hipokrit

Image
" kau pakai tudung pun bukannya ikhlas. Hipokrit!" "Bajet baik la konon nak nasihat aku! Munafik la weyh!" "Eh, sejak bila jadi pak lebai ni? Dah pandai cakap halal haram ni? Munafik betul!" Sakit telinga mendengar. Sakit lagi dalam hati. Kerana itu, ramai yang tersungkur. Hasrat mahu berubah, terkubur hanya kerana 'suara keldai' ini. Inilah cabaran orang yang mahu berubah. Pasti dia akan terdengar cakap-cakap buruk dari manusia sebangsa dan seagama dengan mereka ini. Persoalan saya, adakah orang yang mahu berubah itu orang hipokrit? Tidak! Sama sekali bukan munafik orang yang mahu berubah. Sebaliknya, tindakan untuk berubah itu tindakan orang bijak dan berani. Maka, izinkan saya menyatakan penghargaan saya kepada anda yang sedang berusaha untuk berubah. Anda seorang wira! Anda seorang pejuang! Dan anda seorang yang cantik di mata Tuhan. Janganlah berhenti. Dalam banyak tempat dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa manusia akan diuji. Diuji, dan t