Posts

Showing posts from August 25, 2013

Kecantikan Pulau kelembutan kapas

  Oleh: Ariz Ahmad Persahabatan itu banyak maksudnya. Setiap orang ada tafsiranya tersendiri. Tafsiran dan maksud sahaja tidak bererti kalau tiada bukti. Buktinya pula mesti jelas dan untuk menjelaskan bukti sekurangnya ada sesuatu yang boleh dilihat mahupun disentuh dan bukan bayangan sahaja tetapi ingatan yang tidak boleh dilupa. " I am Nikon" kata sebuah kamera yang berjenama itu. Kerana ianya dicipta untuk membuktikan sesuatu yang indah dan istimewa ataupun mungkin suatu yang seram dan menakotkan..err. Terima kasih kepada pencipta kamera. Lensanya membuatkan persahabatan itu lebih indah dengan sekeping gambar kenangan. Kalau tiada kamera pun pasti ada lukisan yang dilukis, ataupun ada benda yang istimewa demi membuktikan bahagianya dunia persahabatan itu. "Apakah maksud persahabatan bagi enta?" tanya seorang sahabat sambil memepak ais kosong setelah airnya habis disedut. Petang itu cukup indah. kami bersama-sama  menikmati  hari akhir di kam

Kasut Converse

Oleh: Ariz Ahmad Puan Rosnah memakir keretanya di hadapan rumah. Kereta BMW X3 itu hadiah daripada suaminya yang merupakan CEO Syarikat Penebitan di Malaysia. Selaku pembantu Syarikat Puan Rosnah sering sibuk dengan urusan kerja membantu suaminya dalam bidang penerbitan. Segala urusan rumah semuanya diurusakan oleh orang gajinya bernama Luna. "Luna..." sahut Rosnah sejurus membuka pintu hadapan rumahnya. Luna yang sibuk mengoreng lauk di dapur terus bergegas menyambut Puan Rosnah yang tampak kepenatan setelah sehari suntuk bekerja. "Sara sudah pulang dari sekolah? " tanya Rosnah kepada Luna sambil mendaki anak tangga untuk ke biliknya. "Belum puan,  tapi sara ada telefon tadi, katanya ingin terus ke Pavilion mahu beli tiket konsert" Ujar Luna yang berdiri tegak  melihat Rosnah mendaki anak tangga ke biliknya.  Tanpa habis mendaki anak tangga puan Rosnah berhenti dan menoleh ke arah Luna seraya bertanya              "Konsert apa?&q