Kecantikan Pulau kelembutan kapas
Oleh: Ariz Ahmad
Persahabatan itu
banyak maksudnya. Setiap orang ada tafsiranya tersendiri. Tafsiran dan maksud
sahaja tidak bererti kalau tiada bukti. Buktinya pula mesti jelas dan untuk
menjelaskan bukti sekurangnya ada sesuatu yang boleh dilihat mahupun disentuh
dan bukan bayangan sahaja tetapi ingatan yang tidak boleh dilupa.
" I am
Nikon" kata sebuah kamera yang berjenama itu. Kerana ianya dicipta untuk
membuktikan sesuatu yang indah dan istimewa ataupun mungkin suatu yang seram
dan menakotkan..err.
Terima kasih kepada
pencipta kamera. Lensanya membuatkan persahabatan itu lebih indah dengan
sekeping gambar kenangan. Kalau tiada kamera pun pasti ada lukisan yang
dilukis, ataupun ada benda yang istimewa demi membuktikan bahagianya dunia
persahabatan itu.
"Apakah maksud
persahabatan bagi enta?" tanya seorang sahabat sambil memepak ais kosong
setelah airnya habis disedut.
Petang itu cukup
indah. kami bersama-sama menikmati hari akhir di kampus sebelum bermulanya cuti
semester yang panjang.
"Persahabatan
itu bagi saya ibarat seperti Pulau dan Kapas." Ujarku dengan bersahaja.
ya, keduanya sangat
berbeza kerana tiada logik yang menafsirkan Pulau dan Kapas itu suatu yang
boleh disamakan dan diterjemahkan untuk memaksudkan nilai sahabat.
Sudah saya katakan
setiap orang punyai maksudnya tersendiri.
*******
"Esok kami nak
pergi Terengganu, jom lah ikot". Ajak rakan saya yang beria-ria ingin bercuti ke Terengganu.
Kebetulan waktu itu bermulanya cuti semester yang panjang.
"Ada apa
dengan Terengganu? Kepada tidak ke Kedah sahaja?" tanya saya sambil
memasukkan baju-baju yang sudah dilipat ke dalam beg.
"Hang nak
pergi jumpa bakal bapa mertua ka.. haha" Selorohku sambil ketawa terbahak-bahak dan di ikuti
rakan yang lain.
Amin hanya senyum
dan ketawa kecil. Dia memahami bahawa rakan-rakannya suka mengusik.
"Bukanlah, aku
nak carikan kau bakal calon isteri..haha" balas Amin kepada saya dengan
kenyataan yang agak mengelikan hati. Kami sama-sama ketawa sambil mengangkat
beg dan memasukan ke dalam kereta Vios.
Itu kali kedua saya
merentasi lebuh raya Karak menuju ke Timur Tanah air. Saya orang utara. Utara
dan Timur itu berbeza. Berbeza lorat bahasa pertuturannya, berbeza seni budaya
dan cara hidupnya. Orang utara banyak bekerja sebagai petani kerana aku lahir
di negeri jelapang padi. Orang timur pula kebanyakan hidup dengan bersumberkan
hasil laut. Rugi sekiranya orang timur mensia-siakan laut cina selatan itu
sebagai sumber rezeki.
Tetapi, andai utara
dan timur itu bercinta dan bersahabat pasti ianya lebih indah walaupun berbeza.
Utara ada cerita yang menarik itu timur dan timur juga dan cerita istimewa
untuk utara. Kalau orang Kedah dan Kelantan berkahwin pasti seronok kerana
mereka akan merasai dua dunia yang berbeza dan masing-masing dapat mempelajari
sesuatu yang baru. Mempelajari itu adalah proses dan untuk menjadikan ia
diproses perlu adanya perasaan. Perasaan itu adalah cinta dan persahabatan.
Indahnya kalau manusia itu sentiasa positif pada kebijaksaan Maha Pencipta yang
mencipta sesuatu yang tidak sia-sia.
"Fahmi...
Fahmi.." sahutku ditelinga sambil mengejutkannya dari tidur yang indah
sepanjang perjalanan ke Terengganu.
"Fahmi... kita
sudah sampai" sambung Amin dengan suara agak kuat sambil memandu kereta.
Fahmi membuka matanya sambil tersenyum
seolah selepas bermimpi sesuatu yang
menyeronokan.
"Hang mimpi
apa Fahmi duk senyum-senyum ni?" Ujar Ucop yang berada di sebelah pemandu.
"Aku mimpu
Pulau dan Kapas"
******
Kuala Lumpur tidak
akan dijenamakan sebagai bandar maju sekiranya tiada Kuala dan Lumpur dan
mungkin namanya Kuala Pasir atau Kuala Batu. Tetapi Kerana Kuala dan Lumpur itu
bersahabat maka keindahan nilainya membuktikan betapa membangunnya Kuala Lumpur
walaupun masing-masing hanyalah Kuala dan Lumpur yang kotor.
"Kotornya kau
Lumpur" kata Kuala.
"Sudikah kau
melamarku Kuala?" tanya Lumpur dengan soalan yang mengejut.
"Tidak ada
sesiapa yang mahu dengan kehodohan dan kebusukan aku ini" sambung Lumpur
lagi.
Dengan nada sayu
dan agak bersalah.
"Aku terima
kau sebagai jodohku" Jawab Kuala dengan yakin seolah merasai masa depan
yang bakal gemilang bersama Lumpur.
Betol kata
kebanyakan pakar motivasi.
"Sekiranya
kita bersifat positif kepada sesuatu yang kita tidak suka, pasti ianya akan
menghasilkan sesuatu yang positif seperti yang kita tidak jangka"
Siapa sangka Kuala
Lumpur sebuah bandar metropolitan yang dikenali dunia.
Begitu juga Sungai
Nil. Sudah tertulis Sungai dan Nil itu bersahabat maka buktinya sebuah
peradaban yang membangun kerana nilai persahabatannya.
"Sungai Nil
dan Mesir dalah jodoh, kalau tiada Sungai Nil pasti tidak ada Mesir" Jelas
Maria mengulangi kata-kata Fahri.
Persahabatan itu juga bererti jodoh yang
ditetapkan oleh Maha Pencipta. Kerana manusia ini tidak boleh hidup
berseorangan. Manusia bersahabat dengan Sungai, dengan Pokok dengan haiwan
supaya kehidupan itu dapat diurus dengan baik dan teratur.
********
Pulau itu
dikelilingi pantai. Pantai pula menjadikan air laut dan darat itu berkawan
tanpa jemu. Di mana ada pantai disitu ada air laut dan darat. Mereka berasmara
dan masing-masing bertamparan antara satu sama lain menghasilkan ombak
menceriakan suasana pantai dan menghasilkan bunyi yang menyeronokkan.
Di Pulau ada
kehidupan. Ada manusia yang mencari rezeki. Mereka menjadikan Pulau tempat
pelancongan yang menghiburkan setiap orang yang hadir. Pulau juga tempat para
nelayan berteduh sementara menunggu hasil rezeki yang dihadiahkan oleh laut. Bahagianya para
nelayan kerana Pulau itu tempat mereka membesar. Bahagianya Pulau kerana ada
laut dan pantai.
Nelayan bersahabat
dengan laut. Kalau tiada laut tiada nelayan. Kerana nelayan dan laut itu
berkawan kita dapat makan 'seafood'
Orang yang tidak
biasa dengan laut dia akan rasa pening dan muntah-muntah kerana mabuk laut dan
menzahirkan bencinya kepada laut kerana menyakitkan. Namun, orang yang
bersahabat dan bersabar dengan laut dia akan dapat menikmati pantai dan Pulau
yang indah kerana laut adalah jambatan untuk ke Pulau yang indah. Seperti Pulau
Jeju tempat berbulan madu yang terindah di Korea. Pulau Langkawi, Pulau Pinang
dan lain-lainya.
Kapas itu pula
sangat lembut dan sangat berbeza dengan Pulau. Tiada kena mengena langsung
antara Kapas dan Pulau. Sungguh tidak sama taraf. Tetapi kerana kelembutan
Kapas kerana putihnya Kapas kerana ringannya kapas itu membuatkan Kapas ada
keistimewaannya tersendiri sama seperti Pulau.
Kerana Kapas yang
lembut itu darah luka pada kaki saya diserap dan sanggup mengotorkan
keputihannya demi membasuh kesakitan dan luka yang berdarah. Kain kapas sangat
selesa dipakai kerana kelembutannya.
Maka Pulau dan
Kapas itu menjadikan maksud persahabatan yang sebenar andai keduanya bersatu
dan menyatu. Kerana kecantikan dan kelembutan itulah wujud sebuah Pulau yang
diberi nama Pulau Kapas di Terengganu.
*******
"Waaaa...
cantiknya" ucap Fahmi sambil memandang sebuah Pulau yang kelihatan kecil
menjauh. Laut Cina Selatan itu menghadiahkan Pulau Kapas supaya manusia
berfikir dan menikmati nikmat Maha Pencipta.
Pulau Kapas.
Tidak
terkata apabila mendengar namanya. Bayangan kecantikan dan kelembutan sudah
bermain difikiran kerana Pulau dan Kapas itu sudah dipertemu jodohnya. Bukan
fantasi tetapi realiti ianya wujud dan saya sudah melamarnya bersama
sahabat-sahabat dan membuktikan persahabatan itu seperti Pulau dan Kapas.
"Aku terima
lamaranmu Pulau Kapas" monolog hati kecilku dan mindaku yang berfantasi.
Walaupun Pulau
Kapas tak seseksi Pulau Tioman dan Pulau Langkawi tetapi keistimewaannya tiada
tandingan kerana Pulau itu menghimpunkan hati kami semua yang meninggalkan
kesibukan dunia kampus demi Pulau Kapas.
Kerana suasananya,
kerana kejernihan air lautnya sehingga menampakkan ikan-ikan nemo yang menghiburkan
kami dan kerana kami sendiri yang mencari nilainya.
Sudah saya kata
pada awalnya maksud persahabtan itu banyak tafsiranya.
Setiap orang tidak dapat menembusi kebahagian nilai
persahabatan orang lain kerana bahagianya hanya dirasa apabila kita semua bersama
dan menyatu hati demi sebuah
persahabatan yang 'osem' seperti menikmati aiskrim Vanila Coklat sambil lepak
di Helipad menunggu helikopter yang akan membawa kita semua terbang melihat
dunia yang indah.
"Amin...."
Sahut Sahe dalam perjalanan pulang dari Terengganu.
" Ya,
Kenapa?" Jawab Amin sambil memandu kereta Viosnya.
"Selepas ini
kita ke Pulau Jeju?"
-Tamat-
Comments
Post a Comment