UIAM | Nawaitu semester baru

Sebenarnya agak kelewatan bagi aku apabila semua pelajar sudah bekejar ke kelas masing-masing dan aku masih di bilik pada hari pertama semester baru. Sebabnya aku belum bayar yuran semester lepas overall. huhu. Hari pertama keluar cash dari bank dan terus bayar yuran dan hari itu juga aku dapat tahu result aku dan dapat daftar subjek.

Alhamdulillah semuanya tiada masalah bagi aku kerana dalam masa satu hari sahaja aku dapat selesaikan semua benda walaupun orang lain sudah lama settle. Bukan apa, aku tidak buat pinjaman ptptn seperti pelajar lain dan tidak minta mana-mana biasiswa. Semuanya aku kumpul duit poket sendiri hasil pemberian orang tua dan oleh kerana sistem simpanan kewangan aku yang mantap aku dapat biaya yuran aku sendiri walaupun lewat.

Oleh sebab result yang agak baik aku dapat settle daftar semua subjek dengan mudah tiada perlu berkejaran ke jabatan mencari lecturer seperti pelajar lain. Semuanya dapat diselesaikan didalam bilik sahaja dengan bantuan wifi yang laju.

Azam semester ini kalau boleh aku mahu kurangkan bercakap benda yang tidak penting dan lebih banyak tumpukan kepada benda ilmiah supaya aku terbiasa dengan benda tersebut. Aku juga sudah malas untuk menjadi pengkritik dan bersembang kencang tentang sesuatu perkara dan kali ini aku ingin fokus kepada hobi membaca dan mengkaji.

kalau boleh tidak mahu lagi diganggu dengan masalah hati yang aku rasa sudah muak dan tiada makna untuk aku memikirkannya lagi.

Semester kali ini aku ingin mengembara mencari ilmu sebanyak mungkin untuk bekalan dimasa hadapan dan semoga aku terus bersemangat mencari redhaNya dan tidak bergantung lagi kepada manusia.

Aku tidak mahu menyusahkan orang lain lagi kerana aku lebih seronok berdikari seorang diri. Walaupun pada awal semester lepas merupakan kenangan pahit dalam hidupku apabila dirompak tetapi aku ambilnya sebagai satu pengalaman yang berharga dalam hidup aku.

Aku cuba menjadi yang terbaik untuk kawan-kawan dan aku akan cuba sumbang sesuatu kepada Islam masakan aku di Universiti Islam.

Semoga segala niat aku akan tercapai sehingga ke akhirnya..

Comments

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Keistimewaan yang dijaga

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku