Posts

Keistimewaan yang dijaga

Image
  31.5.2022 Sebenarnya aku sudah lama tinggalkan dunia blog ini sejak zaman kampus. Laman yang berhabuk teruk ini aku sangka sudah terkubur tetapi rupanya masih kekal hingga ke hari ini. Terima kasih pasukan blogger.com kerana masih setia membangunkan laman blogspot ini yang aku sangkakan sudah terhapus seperti laman friendster, myspace dan yahoo. Yang membuatkan aku kembali disini bukanlah aku tetapi sang bidadari yang merindukan ayat-ayat aku. Ya, aku sudah dimiliki dan sudah hilang teruna. Aku sudah menjadi seorang suami kepada seseorang yang istimewa, menjadi putera kepada seorang puteri, menjadi Romeo kepada Juliet dan menjadi Habibi untuk Ainun. Selalunya yang teristimewa itu sukar diungkap dengan kata-kata. Terkadang aku melihat isteri aku, aku gagap dan hilang kata-kata. Kerana, kecantikkan, kelembutan, kesolehan yang tak terungkap dengan kata-kata. Malah, kegarangannya juga membuatkan aku senyap seribu kata. Syurga yang diceritakan itu, terlalu teristimewa sehingga tidak mam

Itinerary Aussie Backpacker.

Image
Perkongsian ini bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba merentas sempadan benua. Alhamdulillah dapat juga menjejak kaki ke bumi Kangaroo walaupun plan asalnya ingin ke Jepun untuk merasai musim bunga sakura di sana pada tarikh tersebut tetapi dapat rezeki  bermusim luruh di Australia bersama sahabat saya Afiq. Apa pun kajian dan study sangat penting sebelum kita plan sesuatu perjalanan merentas negara orang. Australia bukan seperti Korea yang saya sudah jejak sebelum ini. Sebelum saya cerita mengenai Perth, saya akan kongsikan ringkasan rekod perjalanan. Mungkin dengan sedikit perkongsian ini dapat dijadikan rujukan anda untuk kembara ke Australia. Persediaan sebelum: Passport mesti hidup lebih setahun Visa Australia - boleh mohon online Rm20 je. Flight ticket - boleh buat self check-in kalau Airasia.  Duit Australia AUD - tukar di Malaysia sebab rendah. Kami tukar area masjid india.  Food declaration - tak wajib buat. Kalau imigresen Aus tanya pandai-pandailah jawa

cerita terbaik : KIL

Filem Malaysia berjudul KIL antara filem Melayu yang aku sudah menonton dan puas. Baru terasa ada juga filem Melayu sebaik ini dan nampak kematangan dalam membikinkan filem sebegini baik dan berisi untuk ditonton. Kisah seorang anak muda yang berjaya tetapi hidup sebatang kara tiada ada keluarga, seorang pendiam dan tidak bergaul dengan orang. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk merancang membunuh diri. Semua perancangan beliau tidak menjadi walaupun pernah cuba untuk terjun bangunan. 'Life and Action Bureau' adalah agen yang menyelesaikan masalah beliau dan di akhir cerita hidupnya berubah dan tidak jadi untuk membunuh diri ditambah dengan kehadiran wanita bernama Zara (Cristina Suzzane). Kalau nak tahu lebih cerita ini kenalah menonton sendiri. Serius best dan tak rugi. Sekian.

Aku dan redvelvet

Image
"Study week" sudah bermula.  Tetapi hari ini aku pulang ke kampung mengisi masa "study week" ini untuk berjumpa dengan keluarga yang hampir 2 bulan tidak berjumpa. Pulang seketika mengecas semangat dan mengambil restu sebelum final exam semester ini bermula. Perjalanan pulang tidak dirancang, beli tiket pun on the spot nasib baik ada tiket. Kalau tak balik esok. Itu pun dapat trip bas yang terakhir sekali untuk hari ini. Aku bukan nak balik sangat pun, kalau aku tak balik aku boleh jimat duit tambang dan dapat spend masa study yang banyak. Tapi bosan... Aku pun balik sekejap.. Ambil semangat memandangkan kertas exam aku bermula agak lambat.  Disebabkan trip bas yang lambat aku pun jalan-jalan sekitar KL niat nak pergi menonton wayang filem The Hobbit di KLCC tapi showtime yang menganggu waktu maghrib jadi aku lepak saja di Secret Recepi KL Sentral dan terjadilah pertemuan antara aku dan redvelvet. selalunya aku akan ambil coklat indulgence sebab jenis itu memang fav

Kelas Terakhir

Image
Satu semester sudah berlalu. Hari ini kelas terakhir bersama Dr. Fuzi. Dr. Fuzi pensyarah paling terbaik yang pernah aku belajar selain daripada Dr. Maszlee Malik. Aku tidak pernah rasa jemu dengan kelas beliau malah kalau 5 jam kelas dengan beliau pun tidak pernah rasa jemu. Ini hebatnya pensyarah ini.  Selain daripada beliau, Dr. Maszlee Malik yang sentiasa sibuk, banyak kelas beliau terpaksa dibatalkan kerana komitmen beliau menjadi orang 'Tv' dan menjadi rebutan sebagai penceramah politik selain komitmen beliau dalam penulisan buku di karangkraf. Aku bangga dapat menjadi pelqjar beliau kerana Dr. Maszlee bukan calang-calang orang dan beliau orang yang sentiasa memberi ide baru diperingkat negara malah pernah menjadi moderator debat politik antara Rafizi dan KJ anjuran Karangkraf dan astro Awani sewaktu pasca PRU 13.  Pensyarah lain seperti Dr. Abdi daripada Afrika yang fasih bercakap melayu kerana isteri beliau orang Melayu. Ilmu beliau sangat tinggi dan setiap kali beliau

Port baru : Nu Sentral

Image
Setiap orang ada cara tersendiri untuk mencari ketenangan. Hidup sebagai seorang pelajar sangat tertekan dan stress akibat banyak assignment yang perlu disiapkan dan ulangkaji pelajaran semua itu dapat menyebabkan kita tekanan dan perlukan ketenangan.  Semangat belajar perlu diperbaharui setiap masa supaya momentum belajar dapat dikekalkan. Jadi bagi aku, aku ada cara sendiri untuk mencari ketenangan iaitu 'travel' atau lepak tempat yang aku suka dan tenang. Yelah, semua orang ada cara masing-masing untuk hilangkan stress contohnya baca Quran, dengar lagu, tidur, makan dan lain-lain.  Aku suka lepak, suka jalan-jalan di tempat yang aku suka. So, setakat ini tempat yang paling aku suka dan mudah untuk pergi ialah Nu Sentral. Haaa.. Inilah tempat baru aku. Nu Sentral ialah sebuah shopping kompleks yang baru bersebelahan KL sentral. Baru dan unik.  Mungkin ini taste aku untuk lepak. Window shopping, pergi kedai buku, makan atau tengok wayang kalau ada duit lebih. Aku suka Nu Sentr

UIAM | Nawaitu semester baru

Image
S ebenarnya agak kelewatan bagi aku apabila semua pelajar sudah bekejar ke kelas masing-masing dan aku masih di bilik pada hari pertama semester baru. Sebabnya aku belum bayar yuran semester lepas overall. huhu. Hari pertama keluar cash dari bank dan terus bayar yuran dan hari itu juga aku dapat tahu result aku dan dapat daftar subjek. Alhamdulillah semuanya tiada masalah bagi aku kerana dalam masa satu hari sahaja aku dapat selesaikan semua benda walaupun orang lain sudah lama settle. Bukan apa, aku tidak buat pinjaman ptptn seperti pelajar lain dan tidak minta mana-mana biasiswa. Semuanya aku kumpul duit poket sendiri hasil pemberian orang tua dan oleh kerana sistem simpanan kewangan aku yang mantap aku dapat biaya yuran aku sendiri walaupun lewat. Oleh sebab result yang agak baik aku dapat settle daftar semua subjek dengan mudah tiada perlu berkejaran ke jabatan mencari lecturer seperti pelajar lain. Semuanya dapat diselesaikan didalam bilik sahaja dengan bantuan wifi yang laju.