Posts

Showing posts from December 14, 2014

Kelas Terakhir

Image
Satu semester sudah berlalu. Hari ini kelas terakhir bersama Dr. Fuzi. Dr. Fuzi pensyarah paling terbaik yang pernah aku belajar selain daripada Dr. Maszlee Malik. Aku tidak pernah rasa jemu dengan kelas beliau malah kalau 5 jam kelas dengan beliau pun tidak pernah rasa jemu. Ini hebatnya pensyarah ini.  Selain daripada beliau, Dr. Maszlee Malik yang sentiasa sibuk, banyak kelas beliau terpaksa dibatalkan kerana komitmen beliau menjadi orang 'Tv' dan menjadi rebutan sebagai penceramah politik selain komitmen beliau dalam penulisan buku di karangkraf. Aku bangga dapat menjadi pelqjar beliau kerana Dr. Maszlee bukan calang-calang orang dan beliau orang yang sentiasa memberi ide baru diperingkat negara malah pernah menjadi moderator debat politik antara Rafizi dan KJ anjuran Karangkraf dan astro Awani sewaktu pasca PRU 13.  Pensyarah lain seperti Dr. Abdi daripada Afrika yang fasih bercakap melayu kerana isteri beliau orang Melayu. Ilmu beliau sangat tinggi dan setiap kali beliau

Port baru : Nu Sentral

Image
Setiap orang ada cara tersendiri untuk mencari ketenangan. Hidup sebagai seorang pelajar sangat tertekan dan stress akibat banyak assignment yang perlu disiapkan dan ulangkaji pelajaran semua itu dapat menyebabkan kita tekanan dan perlukan ketenangan.  Semangat belajar perlu diperbaharui setiap masa supaya momentum belajar dapat dikekalkan. Jadi bagi aku, aku ada cara sendiri untuk mencari ketenangan iaitu 'travel' atau lepak tempat yang aku suka dan tenang. Yelah, semua orang ada cara masing-masing untuk hilangkan stress contohnya baca Quran, dengar lagu, tidur, makan dan lain-lain.  Aku suka lepak, suka jalan-jalan di tempat yang aku suka. So, setakat ini tempat yang paling aku suka dan mudah untuk pergi ialah Nu Sentral. Haaa.. Inilah tempat baru aku. Nu Sentral ialah sebuah shopping kompleks yang baru bersebelahan KL sentral. Baru dan unik.  Mungkin ini taste aku untuk lepak. Window shopping, pergi kedai buku, makan atau tengok wayang kalau ada duit lebih. Aku suka Nu Sentr