Posts

Showing posts from 2010

Nur Syahadah

Tika terbuka hari Cahaya yang cerah Menerangi hatimu Mulus terbias di wajah Kau sambut dengan redha Hadirnya hidayah Nekad pendirian terungkai kalimah c/o Nur Syahadah menyinar kalbu Murni seharum namamu Hadirnya dicelahan Kekalutan kalbumu itu Nur Syahadah telah tertulis Pada waktu dan juga takdir Di antara seribu engkau yang terpilih Sejernih embun pagi Sebersih dirimu Tanpa dicemari walaupun sebutir debu Kekallah oh dirimu di dalam rahmat-Nya Iringan doaku moga kau bahagia Bridge Akan ku bimbingmu Sekadar yang ku termampu Menyemai iman dan menuai takwa Biar tak bertemu di gerbang mahligai cinta Cukuplah sekadar teman yang biasa Nur Syahadah menyinar kalbu Murni seharum namamu Hadirnya dicelahan Kekalutan kalbumu itu Nur Syahadah telah tertulis Pada waktu dan juga takdir Di antara seribu engkau yang terpilih Bersatu Nur Syahadah di dalam syahdu?

Andaiku tahu sebelum mentari pagi....

Image
M ulanya bicara dari hambaMu yang lemah lagi hina , perjalanan hidup kadang-kadang memberi gambaran berbeza atas beberapa faktor seperti keadaan sekeliling yang sering menjadi melodi atau rentak perjalanan hidup yang dihiasi manis dan pahit. Tika diarena permentasan dunia kadang-kadang diri ini alpa dengan aturan dunia namun atas nama seorang Muslim setiap gerak geri pasti terhijab dengan setiap kalimah Nya. Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56. Dalam kehidupan ini sudah tercipta antara kita punyai berlainan cara dan disebaliknya terdapat hikmah yang tersembunyi dimana manusia harus berfikir dan mencari persoalaan dan jawapan. dalam erti kata , setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati , maka wujudnya Doktor , tumbuhan dan binatang sebagai ubat maka semuanya saling memerlukan. Tumbuhan yang sering berhati mulia tidak jemu memberi Oksigen kepada kehidupan untuk bernafas dan begitulah sebaliknya.

kini di UIA

Image
Alhamdulillah... pejam celik pejam celik kini aku sudah berada di IPT... naik pangkat la pulak.. pangkat seorang mahasiswa di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.. Ku panjatkan rasa syukur kerana terpilih berada di universiti ini kerana , lain padang lain belalang kn... pegangan agama ditekankan, mendidik dan melatih insan menjadi seorang muslim bukan sahaja berjaya di dunia sahaja malah untuk akhirat kelak.. itu pun bergantung kepada individu..... di mana- mana pun sama sahaja selagi kita mampu membawa diri ke arah yg lebih baik dan menjadikan Al- Quran dan sunnah sebagai panduan... InsyaAllah Pasti berjaya...

cahaya membawaku dekati Nya....

Image
cahaya... cahaya... cahaya... termimpi aku teringat akan cahaya dan cahayanya. memori lalu mengukir sejuta makna buat diriku sebagai kesedaraan yang selama ini ku lalai , leka dengan keseronokan dunia. Alhamdulillah kehadiran cahaya telah menambat rasa syukur ku kepada Ya Rabbul Izzati kerana hadirnya cahaya kemilauan ini memberiku ketenangan dan penawar duka nestapa yang resah digelumang dosa-dosa noda. Tapi cahaya hanyalah cahaya, cahaya tidak bisa berbicara.. titisan air mata cahaya menyentap nafsu keegoaanku. ku lihat air matanya mengalir dan terus mengalir melembut kalbuku yang selama ini keras dek kerana bingkisan nafsu durjana. hatiku terus bermadah bicara menyoal seribu tanda tanya, ingin jua ku dekatinya tetapi cahaya tetap cahaya kerna jiwa dan cahaya sangat berbeza. Detik demi detik berlalu , hari demi hari melangkah pergi dan pergi , diari jiwaku tidak jemu-jemu mengukir kemilauan cahaya yang kasihnya pada yang Esa , cintanya hanya pada ayahanda dan bonda , rindunya hanya

kerana cintaku hanya pada - Nya...

Image
assalamu'alaikum, sekali lagi aku berpeluang untuk berkongsi pendapat yang sangat penting tanpa kita sedari pada hari ini.. sekadar ilmu yang aku dapat dan beberapa petikan yang menarik untuk aku kupaskan sebagai wadah untuk tatapan buat diriku juga dan rakan-rakan remaja yang dikasihi... kalau asyik sembang pasal diri pun bosan gak kadang-kadang, so , disini aku ingin menarik minda remaja d iluar sana berkongsi pendapat tentang masalah remaja yang semakin berketiak ular.. Masa remaja adalah zaman yang penuh dengan cabaran . Golongan remaja dengan keadaan fizikal yang seg ar bugar, ketika inilah gelombang syahwat sangat bergelora. Tidak mudah untuk men gawal segala dorongannya, apatah lagi jika kehidupan mereka tidak terikat dengan keimanan dan batas-bata s syariat. Kesemp at an untuk bergaul bebas sentiasa terbuka, lebih-lebih lagi hidup dalam negara dan masyar akat yang tidak melaksanakan hukum dan undang-undang Allah SWT . Budaya maksia t yang sen gaja disuburkan melalui pe

aku da 18....

perhatian kepada wira dan wirawati muslim, anda diminta bngun , bngun , dan bngun untuk solat subuh berjemaah... sharp 0530 suara ngeri tu terngiang2 ditelingaku... ish, x bley jdi.. terpaksa bngun juga... tu ar rutin harian aku di plkn... hmm, hari jumaat 12/02/10 , kedengaran lagu2 raya bergema dek cuti tahun baru cina.... penantian yd diibarat mcm penjara sebelum ini terubat seketika , pelatih-pelatih pulang bercuti dengan seronoknya... sebenarnya tanggapan aku sebelum PLKN , mmg benci gla , mcm2 tamparan negatif aku bgi... tp pada hakikatnya , setelah merasai pahit getir hidup sebagai wira... AKU JATUH CINTA PLKN... walaupun bru sebulan.... i can enjoy and make wonderful life there with my new friends, rutin harian pun best , tidak la mcm ala-ala tentera sangat, jauh sama sekali.... aku rasa mcm duk kt maktab dulu... cuma kt sini kena pakai pakaian yang diisukan sahaja... 17 Januari 1992 , haha, ni hari paling best , tidak kusangka kemeriahan menyambut hari kelahiranku masih ter