Posts

Showing posts from 2012

Dirimu Begitu Berharga

Image
Merangkul ukhuwah tika kita saling memerlukan pada waktu dan ketika kita disatukan dalam sebuah bahtera yang sedang belayar pada satu arus yang lurus. Bila mana waktu ini kena pada takdir yang tidak pernah kita tentukan padahal tega mengharungi pada saat kita menentukan perancangan yang bermakna untuk masa hadapan. Risikan sebuah perjuangan sudah pasti ada ujian yang  memaknakan sebuah perjuangan dan itulah asam garam sebuah perjuangan. Pernah sekali sewaktu saya solat subuh di sebelahnya, saya terpaksa menahan badannya dengan siku saya kerana risau dia akan jatuh tersembam. Keadaan dia yang tersengguk-sengguk membuatkan saya risau dan tidak kusyuk dalam solat. Bukan sekali tetapi banyak kali saya lihat dia tersengguk kerana keletihan dan mengantok yang amat sangat. Saya amat memahami keadaan sebegitu kerana kita serupa bersama mengharungi waktu itu. Itulah membuatkan ukhuwaah menjadi rapat.  Dia yang saya kenali tidak pernah mengerti erti berehat dan sentiasa ampuh me

Genetik perjuangan

Image
Perjuangan itu tiada lagi tetapi hati masih mengatakan perjuangan itu mesti diteruskan.... Hati sudah membengkak melewati waktu yang semakin meluru, lorong kebahagiaan manakah yang harus didahului masakan anak-anak muda, masyarakat rapuh dilema jiwa yang terjerat dilembah masa yang dipersiakan.  Kudapan bersama mereka sudah pasti membawa bersama amanah yang sangat berat untuk dipikul. Hanya mampu menunduk muka dan memikirkan sebuah perjuangan yang semakin mencabar.  Bualan sementara sebagai azimat bahawa perjuangan tetap diteruskan walaupun berbeda tempat dan suasana. Sendiri dalam mewarnai bumi menongkah samudera bakti  dengan menghijaukan insan yang semakin menguning amatlah perih untuk diharungi mungkin mudah bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam dunia dakwah dan berjiwa murabbi.   Tiada lagi alasan yang boleh diterima.. ' You should do it !! '   Cahaya itu sangat cantik berkilau dan sentiasa menerangi jiwa yang gelap . Ada