Dirimu Begitu Berharga

Merangkul ukhuwah tika kita saling memerlukan pada waktu dan ketika kita disatukan dalam sebuah bahtera yang sedang belayar pada satu arus yang lurus.

Bila mana waktu ini kena pada takdir yang tidak pernah kita tentukan padahal tega mengharungi pada saat kita menentukan perancangan yang bermakna untuk masa hadapan.

Risikan sebuah perjuangan sudah pasti ada ujian yang  memaknakan sebuah perjuangan dan itulah asam garam sebuah perjuangan.

Pernah sekali sewaktu saya solat subuh di sebelahnya, saya terpaksa menahan badannya dengan siku saya kerana risau dia akan jatuh tersembam. Keadaan dia yang tersengguk-sengguk membuatkan saya risau dan tidak kusyuk dalam solat.

Bukan sekali tetapi banyak kali saya lihat dia tersengguk kerana keletihan dan mengantok yang amat sangat. Saya amat memahami keadaan sebegitu kerana kita serupa bersama mengharungi waktu itu. Itulah membuatkan ukhuwaah menjadi rapat.

 Dia yang saya kenali tidak pernah mengerti erti berehat dan sentiasa ampuh melangkah sebagai seorang anak muda yang berjiwa besar. Mengerti akan sebuah perjuangan yang perlu diteruskan dalam arena yang penuh cabaran.

Lihatlah badannya yang besar begitulah jiwanya yang matang dalam mengatur kehidupan sebagai seorang da'ie.

Sekali pandang nampak seperti seorang 'ayah' yang mempunyai ramai anak, yeah, memang ramai pun anak buahnya, baik yang lebih tua  mahupun yang lebih muda sentiasa berdiri dibelakangnya bersama-sama mengorak langkah dalam perjuangan. 

Percakapan serta pemikirannya yang matang membuatkans saya tega menggarap segala ilmu dan kagum akan insan itu yang begitu optimistik dalam merangkul setiap detik yang tidak dipersiakan .

"Sikap optimis bermaksud orang yang selalu menaruh harapan baik terhadap sesuatu perkembangan dan kemungkinan, dan orang yang selalu melihat sesuatu masalah dengan jangkaan atau harapan yang baik."

Tambahan sifat beliau yang mempunyai nilai kepimpinan yang dimilikinya memapan seluruh gerak kerja yang lebih sistematik dan teratur. Banyak program yang telah diatur dan ditekankan untuk kebaikkan bersama.

Itulah yang membuatkan perjuangan kita menjadi kuat, kerana ada dia membuatkan aku bersemangat menghayun tangan bersama-sama dalam demonstrasi jalanan menuntut kebenaran.

"Tatkala 'kuda merah' sebagai kenderaan mujahadah akhirnya terjelopok dipersimpangan ke daerah perjuangan. Dia yang parah dilanyak bumi aku disini risau dan takot tiada pengganti."

Memang tiada pengganti, antara seribu dia yang satu yang aku kagumi.

Alhamdulillah, dia semakin pulih. Seluruh alam bersujud syukur gembira kerana masih ada dia.

Meskipun titik hitam yang berlaku itu bukanlah noktah untuk kita berhenti berjalan tetapi sebagai platform untuk kita membina kembali kekuatan emosi dan rohani kita dalam menghadapi ujian yang lebih besar.

Ukhuwaah itu manis seperti manisnya epal dan ibarat paha kiri yang dicubit paha kanan juga terasa sakit, begitulah ukhwah antara kita tidak dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.















Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga