Posts

Showing posts from November 18, 2012

Dirimu Begitu Berharga

Image
Merangkul ukhuwah tika kita saling memerlukan pada waktu dan ketika kita disatukan dalam sebuah bahtera yang sedang belayar pada satu arus yang lurus. Bila mana waktu ini kena pada takdir yang tidak pernah kita tentukan padahal tega mengharungi pada saat kita menentukan perancangan yang bermakna untuk masa hadapan. Risikan sebuah perjuangan sudah pasti ada ujian yang  memaknakan sebuah perjuangan dan itulah asam garam sebuah perjuangan. Pernah sekali sewaktu saya solat subuh di sebelahnya, saya terpaksa menahan badannya dengan siku saya kerana risau dia akan jatuh tersembam. Keadaan dia yang tersengguk-sengguk membuatkan saya risau dan tidak kusyuk dalam solat. Bukan sekali tetapi banyak kali saya lihat dia tersengguk kerana keletihan dan mengantok yang amat sangat. Saya amat memahami keadaan sebegitu kerana kita serupa bersama mengharungi waktu itu. Itulah membuatkan ukhuwaah menjadi rapat.  Dia yang saya kenali tidak pernah mengerti erti berehat dan sentiasa ampuh me