Posts

Showing posts from May 29, 2022

Keistimewaan yang dijaga

Image
  31.5.2022 Sebenarnya aku sudah lama tinggalkan dunia blog ini sejak zaman kampus. Laman yang berhabuk teruk ini aku sangka sudah terkubur tetapi rupanya masih kekal hingga ke hari ini. Terima kasih pasukan blogger.com kerana masih setia membangunkan laman blogspot ini yang aku sangkakan sudah terhapus seperti laman friendster, myspace dan yahoo. Yang membuatkan aku kembali disini bukanlah aku tetapi sang bidadari yang merindukan ayat-ayat aku. Ya, aku sudah dimiliki dan sudah hilang teruna. Aku sudah menjadi seorang suami kepada seseorang yang istimewa, menjadi putera kepada seorang puteri, menjadi Romeo kepada Juliet dan menjadi Habibi untuk Ainun. Selalunya yang teristimewa itu sukar diungkap dengan kata-kata. Terkadang aku melihat isteri aku, aku gagap dan hilang kata-kata. Kerana, kecantikkan, kelembutan, kesolehan yang tak terungkap dengan kata-kata. Malah, kegarangannya juga membuatkan aku senyap seribu kata. Syurga yang diceritakan itu, terlalu teristimewa sehingga tidak mam