Keistimewaan yang dijaga

 31.5.2022


Sebenarnya aku sudah lama tinggalkan dunia blog ini sejak zaman kampus. Laman yang berhabuk teruk ini aku sangka sudah terkubur tetapi rupanya masih kekal hingga ke hari ini. Terima kasih pasukan blogger.com kerana masih setia membangunkan laman blogspot ini yang aku sangkakan sudah terhapus seperti laman friendster, myspace dan yahoo.

Yang membuatkan aku kembali disini bukanlah aku tetapi sang bidadari yang merindukan ayat-ayat aku. Ya, aku sudah dimiliki dan sudah hilang teruna. Aku sudah menjadi seorang suami kepada seseorang yang istimewa, menjadi putera kepada seorang puteri, menjadi Romeo kepada Juliet dan menjadi Habibi untuk Ainun.

Selalunya yang teristimewa itu sukar diungkap dengan kata-kata.
Terkadang aku melihat isteri aku, aku gagap dan hilang kata-kata. Kerana, kecantikkan, kelembutan, kesolehan yang tak terungkap dengan kata-kata. Malah, kegarangannya juga membuatkan aku senyap seribu kata.


Syurga yang diceritakan itu, terlalu teristimewa sehingga tidak mampu diungkap dengan kata-kata, tidak terbayang difikiran tentang keagungannya. Apatah lagi tentang yang Maha Istimewa.

Sudah tertulis suratan takdir, surat cinta dari Tuhan telah dikirim buatku pada tanggal November dua puluh tujuh. Ianya sebuah amanah yang akan disoal dihadapan Tuhan kelak.

Kini aku berdiri dihamparan permaidani cinta bersama yang teristimewa. Meniti perjalanan cinta yang akan dibina bersama. Bukan untuk mencari kesempurnaan tetapi perjalanan untuk mencari sakinah dan mawaddah. Ketenangan dan kebahagiaan kekal sehingga ke syurga.

Doakan...
Ianya sebuah episod baru dalam kehidupan berdua. Ombak dan badai ialah cabaran utama yang akan menentukan kekuatan bantera samada bertahan dan terus berjalan atau berhenti dan berlari atau karam ditengah lautan. Ianya bukan diukur pada besar atau mewahnya bahtera cinta tetapi melihat kepada kebijaksanaan nahkodanya. Kebijaksaan itu pula bukan diukur pada siapa yang lebih pandai kerana sepandai tupai melompat pun akhirnya jatuh ke tanah juga. Yang lebih penting dalam kebijaksaan ini ialah sikap bertolak ansur dan saling mempercayai.

Surat cinta ini aku tulis buat aku dan aku simpan di laman ini buat tatapan muhasabah diri. Surat ini juga aku tulis buat isteri yang merindui tulisanku. Ya, semoga rindunya terubat kerana Keistimewaannya(Fadhila) yang sentaisa dijaga(Hariz).

Terakhirnya, aku hari terakhir syawal ini, aku ingin menyucapkan selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Alhamdulillah aku dan isteri berjaya habiskan puasa 6 bersama. Semoga segala amalan kita mendapat ganjaran dari Allah swt. Amin... 




Comments

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku