Posts

Showing posts from 2011

Life is not about achieving success immediately.

Image
Degupan  masih terasa pada setiap jiwa yang merasa saat yang telah lama dinanti sejak tahun 1977 oleh seluruh warga negara akhirnya membuah hasil dengan jaringan goal penalti terakhir oleh Badrol Baktiar dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26, Stadium Bung Karno Jakarta, Indonesia. Gandingan penjaga goal mantap Khairul Fakmi Che Mat acapkali diasak akhirnya telah melenyapkan impian pemain indonesia dan seluruh penyokong Garuda yang nampak gah pada rentak mula akhirnya diam terduduk sambil menggigit jari, ada yang menangis dan ada yang marah sehingga ada yang meninggal dunia gara-gara sesak ketika keluar dari Stadium. Kekalahan dengan kematian tiada apa-apa makna dalam arena perjuangan tambahan permainan yang tiada kena mengena dengan landasan agama malah ada segelintir yang sanggup menggadai solat kerana ingin mendapat tempat duduk yang selesa dibangku stadium. Habis pun kisah bola yang mendebarkan antara harimau malaya dan garuda. Sebaik sahaja habis menonton perlawanan ada

Di Sebalik kesepian ada ketenangan.

Image
Kesunyian dalam hidup itu adalah suatu titik masa dimana dunia menjadi senyap tanpa manusia , tetapi bukan bermakna dirimu ditinggalkan kerana ada sesuatu disebalik kesunyian itu. Disebalik kesepian itu ada ketenangan yang Allah ingin gambarkan kepada dirimu, gambaran yang kamu tidak pernah lihat sebelum ini yang Allah ingin hadiahkan kepadamu. Disebalik kesunyian itu Allah telah berbisik dan menemani hatimu yang resah sepi dengan memperlihatkan segala kebesaranNya. Disebalik kesunyian itu adalah pengubat kepada hatimu yang berkecamuk dengan masalah dunia. Insan yang bangun malam untuk bersolat ketika mana semua manusia dalam keadaan nyeyak tidur itulah kesunyian dan ketenangan yang indah untuk dirimu berduan dengan Allah.  Selalu kesunyian dan kesedihan itu tidak dapat dipisahkan, insan yang putus hubungan dengan manusia pasti merasa sedih dan kelamaan dia pasti kesunyian. Disebalik kesunyian pasti membuatkan manusia terkenang semula nostalgia silam yang manis-manis. K

Renungan Buat Sahabatku

Image
“Aku khawatir terhadap suatu masa yang rodanya dapat menggilas keimanan.. Keyakinan hanya tinggal pemikiran, yang tak berbekas dalam perbuatan… Banyak orang baik tapi tak berakal, ada orang berakal tapi tak beriman.. Ada lidah fasih tapi berhati lalai, ada yang khusyuk namun sibuk dalam kesendirian.. Ada ahli ibadah tapi mewarisi ke sombongan iblis, ada ahli maksiat rendah hati bagaikan sufi.. Ada yang banyak tertawa hingga hatinya berkarat dan ada yang banyak menangis karena kufur nikmat.. Ada yang murah senyum tapi hatinya mengumpat dan ada yang berhati tulus tapi wajahnya cemberut.. Ada yang berlisan bijak tapi tak memberi teladan dan ada pezina yang tampil jadi figur menawan.. Ada orang punya ilmu tapi tak paham, ada yang paham tapi tak menjalankan.. Ada yang pintar tapi membodohi, ada yang bodoh tak tau diri.. Ada orang beragama tapi tak berakhlak dan ada yang berakhlak tapi tak bertuhan.. Lalu di antara semua itu di mana aku berada..?” [Ali bin Abi Thalib]

Keranggian sebuah keinginan.

Image
Kemewahan dunia yang ada pada manusia itu bukanlah 'indicator' kepada kehebatan seseorang, mungkin ramai beranggapan kemewahan itu suatu titik banding antara manusia untuk lebih dihormati dan disegani oleh manusia lain yang tidak mampu mencapai tahap tersebut. Tetapi lihatlah kemewahan yang ada pada kebanyakan orang itu hanyalah alat untuk menutup segala kekurangan berbentuk 'internal' atau dalaman supaya keburukan pribadi mereka terjaga ataupun sebagai tabir kepada masalah dalaman supaya ianya tidak nampak oleh orang lain.  Wahana ini semakin meruncing diminda masyarakat seolah menjadi suatu budaya apabila adanya pemimpin mesti  kaya raya, ada rumah besar dan miliki kereta mewah sudah cukup untuk mereka lebih dihormati sedangkan segala bentuk kebendaan itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat, mungkin rakyat yang berjiwa materialistik berasa senang dengan pemimpin ini kerana pemimpin kaya ini boleh menjadi tempat untuk mengampu apabila mereka susah kelak

Dikaca mata orang lama

Image
Dikaca mata orang lama sudah terpalit sejarah yang terkandung didalamnya pelbagai kisah yang segar dengan budaya adat resam orang asal dari keturunan dahulu. Ada sejarah yang kita perlu jadikan panduan untuk generasi dan ada sejarah yang kita perlu jadi pengajaran dan sudah pasti maksud sejarah itu benda yang sudah berlaku satu saat yang lalu.  Dikaca lensa orang baru masih keliru dengan sejarah dahulu mungkin sejarah sesuatu yang membosankan untuk ditelaah. Apabila ada saja provokasi dan kontroversi sejarah maka ramai yang berani mengeluarkan fakta dan hujah. Buku sejarah dirak-rak buku habis dipinjam dan menjadi laku dikedai buku pada ketika itu.  Cetusan misteri yang menjadi tanda tanya itu membuka era baru untuk manusia mengkaji sejarah walaupun cetusan itu mendapat tentangan yang hebat daripada ramai pihak dan golongan pro sejarah. Tetapi perubahan kepada kecintaan sejarah itu terdetik tatkala perihal cetusan ini dibahaskan. Mungkin cara cetusan misteri ini dapat

Diari Seorang Perantau.

Image
Kali ini Ariz Ahmad berkesempatan mengembara di bumi Kelantan yang kaya dengan warisan dan ilmu agama. Maklumlah asyik-asyik sibuk "study" tak sempat nak melancong, tetapi Alhamdulillah kali ini dapat juga merasai sendiri "bumi Islam di Malaysia".  ^_^"  betoi ka??  Solat Hajat  Perdana di Stadium Kota Bharu, 9/10/11 Berjalan di bumi kelantan bukanlah suatu yang janggal dalam episod pemgembaraan dalam hidup seorang perantau seperti aku, tetapi apalah sangat Kelantan sebuah negeri yang dahulunya pernah direncanakan didada-dada akbar dan majalah malah pernah dipaparkan dikaca televisyen dengan isu kemiskinan sehingga digelar " Gerhana Kelantan" sewaktu ketika dahulu. Namun, secara realitinya sekarang Kelantan bukanlah seperti sebelum 20 tahun dahulu malah segala kemajuan telah dikecapi bukan sekadar pembangunan gedung-gedung, rumah-rumah, hotel-hotel malah telah mencapai pembangunan modal insan yang tinggi sehingga mampu mengurangkan masal

Katakan yang aku rindu pada mereka

Image
“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu.  Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.” Hmm… Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habis membaca dan mengkaji beberapa cerita tentang cinta Nabi yusuf dengan siti zulaikha , kisah cinta yang sarat dengan isi yang bermakna, semuanya kerana Allah. Andai remaja hari ini mengetahui cerita-cerita ini mungkin kesucian cinta itu tidak tercemar seperti yang berlaku hari ini. Apa yang boleh aku simpulkan daripada cerita tentang surah Yusuf ini ialah, inilah solusi dan kunci kepada kemelut masalah cinta dan rumah tangga pada hari ini cuma wasilah atau pembawakan dia yang berbeza. Aku ni kaki bola, tetapi sudah lama tak bermain seakan merasakan kaki ini semakin membangku.

Dialah Murabbi sejati

Image
Andai malam diciptakan untuk beradu menanti siang  dan tatkala hujan dititiskan menanti kemarau yang berpanjangan. Begitulah manusia, bukan yang jahat itu terus melakukan kejahatan dan yang baik itu terus melakukan kebaikan. Adakalanya hidayah Allah itu datang dengan bermacam cara dan hidayah itu juga hilang dengan cara tak disangka-sangka . Siapa sangka  Iblis atau nama asalnya "Azazil" yang dahulunya menjadi ketua segala Malaikat kini menjadi ketua segala kejahatan dan makhluk Tuhan  yang dijanjikan neraka selama-lamanya.  D ia yang kukenali berperwatakan biasa , tiada yang berbeza seperti remaja lain di luar sana. Sebelum aku mengenalinya,  dialah insan yang paling aku takuti tatkala dia sedang bercakap dihadapan kerana matanya yang meliar mencari mangsa untuk dipersoalkan  ( Suka Point Orang). Kadang-kadang diri ini meminta-minta "janganlah bagi dia ni bercakap di depan". Mungkin orang lain berasa selesa dengan dia, tetapi bagi aku  pada waktu itu

Andai dirinya dilamar

Image
J ika ditanya soal masa, masih lagi awal untuk  mengintai jendela hati seorang insan bernama kekasih. Malu untuk menyatakan kepada diri tentang perihal perasaan cinta ini , namun sebagai seorang anak muda yang meningkat dewasa tidak dapat lari daripada mehnah perasaan yang kadang-kadang membuat diri tidak selesa dengan kehidupan. Kenapa perasaan itu perlu datang disaat diri tidak memerlukannya lagi. Jika dirujuk kepada sunnatullah, perasaan itu merupakan fitrah kepada hambaNya dan akan menjadi kesan buruk kepada diri apabila tidak menjaganya dengan batas-batas syariat.  " Perasaan itu ibarat menanak nasi didalam periuk , api perlu dikawal , jangan terlalu besar nanti hangit dan jangan terlalu kecil nanti lambat masak"  Tetapi kadang-kadang keadaan itu membuat kita terpaksa mengaku dengan hadirnya sebuah perasaan ini yang acapkali mengganggu rutin realiti kehidupan seorang hamba muslim. Kenapa harus diri memikirkan tentang si dia sedangkan si dia itu seorang ajnabi

Sonata Sebuah Perkenalan.

Image
D ulu aku dan dia tidak pernah berenggang , kemana aku pergi dia tetap menjadi orang penting dalam hidup aku, tanpa dia aku tidak akan se'famous' ini dan tanpa aku dia juga tiada makna dalam hidup. Dia  insan yang bertubuh kecil berbanding denganku, wajahnya yang sentiasa comel tidak pernah membuatku jemu bergurau senda, gelak tawa bersamanya. Penampilanku dengannya ibarat langit dengan bumi, kami tiada persamaan semuanya berbeza. Kami tidak pernah merancang untuk bersama menjadi teman sejati , tetapi takdir yang menentukan segalanya dan hari berlalu dan terus berlalu kami semakin akrab menjadi sahabat yang setia berkongsi cerita suka duka dan akhirnya bertaut cinta yang lama dipentas dunia.kecintaan Tika aku dalam kebuntuan dialah yang memberiku jalan jawapan, aku sentiasa berpuas hati dan bersyukur dengan anugerah sahabat seperti ini.  Dia sahabat yang selalu mengambil berat tentangku , dikala aku kebosanan dan keletihan dialah pengubat rinduku dan  dia sentiasa menemani aku

Logika sebuah Persahabatan.

Image
Salah satu golongan yang dijanjikan bayangan Arasy Allah ialah insan yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah..   Detik demi detik berlalu, jarum saat bergerak pantas meninggal masa yang lalu dan kini menghampiri disaat yang paling sukar untuk aku terima dalam hidup. Saat dimana tiada lagi wajah-wajah keriangan mereka disisi , wajah-wajah insan bernama teman yang sentiasa menemani diatas jalan Illahi. Kadang sahabat itu tidak sefaham dengan logika fikiran kita tetapi kita harus memilih waktu untuk bertaut sahabat itu dimata kail hati kita supaya seiring melangkah diatas konsep persahabatan yang sebenar. Kata orang,Nak cari kawan yang suka bergembira dengan kita ada banyak ditepi jalan, tetapi kalau nak cari kawan yang sanggup menangis bersama kita bukannya mudah... Dalam pepatah melayu ada berkata "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri", begitulah yang boleh aku umpamakan dalam

Oasis Cinta Di Dataran

Image
  Sebuah oasis cinta di Dataran  Di celah bangunan premis kehidupan   Mundar mandir satu persatu bayangan  Dari insan punyai keazaman                      Dengan hati tersendu syukur  Insan terpilih keranaMu Tuhan   Seribu fikiran melontar  pandangan           Demi umat dan masa depan Disaat itu lihatlah kalian khalifah pasti akan ditegakkan Ya Rabbul Izaati,                      Dikala desiran bayu berpuput  disaat halaqah berbicara seakan dibuai sonata cinta hanya kepadaMu yang Esa -Ariz Ahmad-

Jangan Lupa R&D

Image
s udah suratan takdir , saat yang kita lalui itu samaada pahit ataupun manis akan berlalu pergi dan pergi, namun yang manis tetap terus manis pabila kenangan manis itu dijadikan simbolik kepada pengubat hati yang resah dalam ranjau kehidupan yang kita lalui. Namun, apakah yang dimaksudkan kemanisan dalam sebuah perjalanan kehidupan seorang hamba Illahi? Dalam teknologi pemakanan, Kadang-kadang terlampau manis nanti mudah mendapat penyakit kencing manis dan kadang-kadang makanan yang pahit itu adalah ubat kepada penyakit. Hmm.. Secara realitinya begitulah roda kehidupan manusia , percaturan hidup yang penuh mehnah itu adalah suatu masalah yang acapkali berlaku. Bahagia dalam kehidupan itu kadang-kadang membuat kita lalai dan lupa kepada Allah, sebaliknya pahit dalam hidup itu membuat kita ingat kepada Allah. Doa para Sahabat dahulu  ” Ya Allah, janganlah Engkau uji kami dengan kenikmatan dunia, ujilah kami dengan kesusahan agar kami sentiasa mengingatiMu, sesungguhnya nikmat du