Dialah Murabbi sejati
Andai malam diciptakan untuk beradu menanti siang dan tatkala hujan dititiskan menanti kemarau yang berpanjangan. Begitulah manusia, bukan yang jahat itu terus melakukan kejahatan dan yang baik itu terus melakukan kebaikan. Adakalanya hidayah Allah itu datang dengan bermacam cara dan hidayah itu juga hilang dengan cara tak disangka-sangka. Siapa sangka Iblis atau nama asalnya "Azazil" yang dahulunya menjadi ketua segala Malaikat kini menjadi ketua segala kejahatan dan makhluk Tuhan yang dijanjikan neraka selama-lamanya.

( Suka Point Orang). Kadang-kadang diri ini meminta-minta "janganlah bagi dia ni bercakap di depan". Mungkin orang lain berasa selesa dengan dia, tetapi bagi aku pada waktu itu aku masih tenggelam timbul soal agama.
Namun taqdir Tuhan, dialah anugerah yang paling bermakna dalam wacana perubahan pemikiran remaja seperti aku. Tanpa sedar dan tanpa diminta-minta malah dijauhi dan akhirnya jodoh aku dan dia bertaut dimedan perjuangan, sungguhku tak sangka dan terkejut.Namun, disaat aku masih lemah , hina dan buta agama terasa diri ini perlu untuk diperbaiki.
Namun taqdir Tuhan, dialah anugerah yang paling bermakna dalam wacana perubahan pemikiran remaja seperti aku. Tanpa sedar dan tanpa diminta-minta malah dijauhi dan akhirnya jodoh aku dan dia bertaut dimedan perjuangan, sungguhku tak sangka dan terkejut.Namun, disaat aku masih lemah , hina dan buta agama terasa diri ini perlu untuk diperbaiki.
" Ya Allah hadirkanlah aku Insan yang dapat membantu aku dalam PerjuanganMu" .

Walaupun , dia seorang yang suka bersoal dan bertanya tetapi itulah latihan dan tarbiyah yang sangat bermakna untuk aku bisa berbicara tentang kebenaran dan berani berhadapan dengan dugaan dan cabaran, dia bukan sengaja berbuat begitu tetapi dialah orang yang sentiasa memberi dan melatih diri ini tanpa aku sedari. Dikala aku terjatuh dialah orang yang membangunkan aku, dikala aku lalai dan leka dia tidak membiarkan aku terus begitu malah ada sahaja " Text Messages" yang membuat aku insaf seolah dia tahu keadaan aku ketika itu. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab dengan amanah yang diberi walaupun sibuk dengan pelbagai urusan dalam dan luar negeri.
![]() |
Ni Kopiah Raya Dio.. :) |

Kini ukuwwah kami terjalin dibawah rahmat yang Esa, dia yang aku tidak sangka-sangka menjadi teman kini ibarat macam adik-beradik. Namun , masa itu semakin pergi dan pergi , kami diambang meniti saat-saat perpisahan, aku rasa baru semalam aku kenali dia, belum puas lagi untuk bersamanya, bergurau senda, bergelak tawa, beramah mesra dan bersama disisinya dalam perjuangan ini. Namun, aku amat bersyukur ke hadrat Illahi dengan anugerah yang sangat bernilai ini, aku tahu segalanya aturan daripada Tuhan untuk kebaikkan diriku di masa hadapan kelak, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.... Dialah Murabbi tercinta saudara Ikram Rahman bukan nama sebenar, anugerah yang sangat bermakna dalam arena kehidupanku.
ya Ariz. doakana beliau sentiasa :)
ReplyDelete