Dialah Murabbi sejati

Andai malam diciptakan untuk beradu menanti siang  dan tatkala hujan dititiskan menanti kemarau yang berpanjangan. Begitulah manusia, bukan yang jahat itu terus melakukan kejahatan dan yang baik itu terus melakukan kebaikan. Adakalanya hidayah Allah itu datang dengan bermacam cara dan hidayah itu juga hilang dengan cara tak disangka-sangka. Siapa sangka  Iblis atau nama asalnya "Azazil" yang dahulunya menjadi ketua segala Malaikat kini menjadi ketua segala kejahatan dan makhluk Tuhan  yang dijanjikan neraka selama-lamanya. 


Dia yang kukenali berperwatakan biasa , tiada yang berbeza seperti remaja lain di luar sana. Sebelum aku mengenalinya,  dialah insan yang paling aku takuti tatkala dia sedang bercakap dihadapan kerana matanya yang meliar mencari mangsa untuk dipersoalkan 
( Suka Point Orang). Kadang-kadang diri ini meminta-minta "janganlah bagi dia ni bercakap di depan". Mungkin orang lain berasa selesa dengan dia, tetapi bagi aku  pada waktu itu aku masih tenggelam timbul soal agama.


Namun taqdir Tuhan, dialah anugerah yang paling bermakna dalam wacana perubahan pemikiran remaja seperti aku. Tanpa sedar dan tanpa diminta-minta malah dijauhi dan akhirnya jodoh aku dan dia bertaut dimedan perjuangan, sungguhku tak sangka dan terkejut.Namun, disaat aku masih lemah , hina dan buta agama terasa diri ini perlu untuk diperbaiki.       


" Ya Allah hadirkanlah aku Insan yang dapat membantu aku dalam PerjuanganMu" .

Dialah anugerah insan yang membawaku ke jalan yang diredhai dan mengajar aku erti kehidupan seorang insani yang terpuji disisi Illahi. Dirinya seorang yang mempunyai prinsip dan matlamat yang jelas dalam hidup dan mempunyai kuasa pemikiran yang hebat dalam menyampaikan idea dan ilmu berbanding remaja yang lain, ada saja yang terpegun pabila mendengar dia berbicara. 


Walaupun , dia seorang yang suka bersoal dan bertanya tetapi itulah latihan dan tarbiyah yang sangat bermakna untuk aku bisa berbicara tentang kebenaran dan berani berhadapan dengan dugaan dan cabaran, dia bukan sengaja berbuat begitu tetapi dialah orang yang sentiasa memberi dan melatih diri ini tanpa aku sedari.  Dikala aku terjatuh dialah orang yang membangunkan aku,  dikala aku lalai dan leka dia tidak membiarkan aku terus begitu malah ada sahaja " Text Messages" yang membuat aku insaf  seolah dia tahu keadaan aku ketika itu. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab dengan amanah yang diberi walaupun sibuk dengan pelbagai urusan dalam dan luar negeri. 



Ni Kopiah  Raya Dio.. :)
Dialah penghibur dikala aku kebosanan  dan seorang maharaja lawak spontan yang paling aku suka, ada saja benda yang dia buat secara spontan aku akan gelak dan ketawa dalam hati walaupun dengan orang lain. Dan akulah orang yang sangat bangga apabila mendengar dia berhujah kerana disitu aku dapat belajar cara dia menyampai sesuatu walaupun aku tak mampu.  Dia juga seorang yang bertegas dengan masa dan disiplin diri, aku seakan-akan berasa bersalah jika aku melanggar kata-katanya dan caranya walaupun dia tidak kisah dan sentiasa senyum, dan disitu aku dapat belajar sesuatu. 



Tetapi ada perkara yang tidak dapat aku lupakan ada suatu ketika ditengah malam dikala orang lain nyenyak tidur , kami bermain Pro Evolution Soccer "PES" , aku rasa saat itu akulah murabbi pertama yang mengajar dia bermain Pro Evolution Soccer "PES". (Teruk kot kena belasah), ajak lawan lagi ( lagi teruk kena belasah) hehehe.. dan aku terkejut walaupun aku tahu dia tidak berminat dengan permainan yang membuang masa itu, tetapi dia seorang yang memahami insan lain dan cuba menyelami kesukaan orang lain. Dikala dia uzur atau sakit aku rasa hilang semangat seolah kehilangan sesuatu , dan aku tidak sanggup melihat dirinya dalam keadaan begitu, sebab aku terbiasa dengan dirinya dalam keadaan ceria, riang dan suka berlawak yang penuh bermanfaat. Dia seorang yang pandai Ber 'Humor' dalam menyampaikan sesuatu, sebab itu penting sebagai daya penarik. Walaupun aku tidak pandai ber 'humor', dan dikala orang lain kebosanan dan keletihan dialah pengubat segala kebosanan dan keletihan itu, ada saja gelak tawa walaupun orang sudah letih dan mengantuk ketika itu. Betapa semangatnya dia yang aku kenali.


Kini ukuwwah kami terjalin dibawah rahmat yang Esa, dia yang aku tidak sangka-sangka menjadi teman kini ibarat macam adik-beradik. Namun , masa itu semakin pergi dan pergi , kami diambang meniti saat-saat perpisahan, aku rasa baru semalam aku kenali dia, belum puas lagi untuk bersamanya, bergurau senda, bergelak tawa, beramah mesra dan bersama disisinya dalam perjuangan ini. Namun, aku amat bersyukur ke hadrat Illahi dengan anugerah  yang sangat bernilai ini, aku tahu segalanya aturan daripada Tuhan untuk kebaikkan diriku di masa hadapan kelak, Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.... Dialah Murabbi tercinta saudara Ikram Rahman bukan nama sebenar, anugerah yang sangat bermakna dalam arena kehidupanku. 



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga