Posts

Showing posts from February 2, 2014

UIAM | Nawaitu semester baru

Image
S ebenarnya agak kelewatan bagi aku apabila semua pelajar sudah bekejar ke kelas masing-masing dan aku masih di bilik pada hari pertama semester baru. Sebabnya aku belum bayar yuran semester lepas overall. huhu. Hari pertama keluar cash dari bank dan terus bayar yuran dan hari itu juga aku dapat tahu result aku dan dapat daftar subjek. Alhamdulillah semuanya tiada masalah bagi aku kerana dalam masa satu hari sahaja aku dapat selesaikan semua benda walaupun orang lain sudah lama settle. Bukan apa, aku tidak buat pinjaman ptptn seperti pelajar lain dan tidak minta mana-mana biasiswa. Semuanya aku kumpul duit poket sendiri hasil pemberian orang tua dan oleh kerana sistem simpanan kewangan aku yang mantap aku dapat biaya yuran aku sendiri walaupun lewat. Oleh sebab result yang agak baik aku dapat settle daftar semua subjek dengan mudah tiada perlu berkejaran ke jabatan mencari lecturer seperti pelajar lain. Semuanya dapat diselesaikan didalam bilik sahaja dengan bantuan wifi yang laju.