Life is not about achieving success immediately.
Degupan masih terasa pada setiap jiwa yang merasa saat yang telah lama dinanti sejak tahun 1977 oleh seluruh warga negara akhirnya membuah hasil dengan jaringan goal penalti terakhir oleh Badrol Baktiar dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26, Stadium Bung Karno Jakarta, Indonesia. Gandingan penjaga goal mantap Khairul Fakmi Che Mat acapkali diasak akhirnya telah melenyapkan impian pemain indonesia dan seluruh penyokong Garuda yang nampak gah pada rentak mula akhirnya diam terduduk sambil menggigit jari, ada yang menangis dan ada yang marah sehingga ada yang meninggal dunia gara-gara sesak ketika keluar dari Stadium. Kekalahan dengan kematian tiada apa-apa makna dalam arena perjuangan tambahan permainan yang tiada kena mengena dengan landasan agama malah ada segelintir yang sanggup menggadai solat kerana ingin mendapat tempat duduk yang selesa dibangku stadium. Habis pun kisah bola yang mendebarkan antara harimau malaya dan garuda. Sebaik sahaja habis menonton perlawanan ada