Life is not about achieving success immediately.

Degupan  masih terasa pada setiap jiwa yang merasa saat yang telah lama dinanti sejak tahun 1977 oleh seluruh warga negara akhirnya membuah hasil dengan jaringan goal penalti terakhir oleh Badrol Baktiar dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26, Stadium Bung Karno Jakarta, Indonesia. Gandingan penjaga goal mantap Khairul Fakmi Che Mat acapkali diasak akhirnya telah melenyapkan impian pemain indonesia dan seluruh penyokong Garuda yang nampak gah pada rentak mula akhirnya diam terduduk sambil menggigit jari, ada yang menangis dan ada yang marah sehingga ada yang meninggal dunia gara-gara sesak ketika keluar dari Stadium. Kekalahan dengan kematian tiada apa-apa makna dalam arena perjuangan tambahan permainan yang tiada kena mengena dengan landasan agama malah ada segelintir yang sanggup menggadai solat kerana ingin mendapat tempat duduk yang selesa dibangku stadium.

Habis pun kisah bola yang mendebarkan antara harimau malaya dan garuda. Sebaik sahaja habis menonton perlawanan ada mesej - mesej dari rakan yang menyatakan kegembiraan mereka dan ada yang gembira bukan sebab bola tetapi sebab esok cuti. Warga facebook tidak putus-putus bertandang ke halaman Facebook Perdana Menteri  untuk meminta cuti. Pada saat itu bendera Malaysia mula dihargai, ada bendera Malaysia yang sudah lusuh diambil dan dicium tanda kebanggaan. Pembaca berita pula membuat penampilan mengejutkan apabila membaca berita sambil mengenakan jersi harimau malaya. Kerana sebiji bola seluruh warga gembira dan ada yang kecewa. 

Muslimat kaki Bola


Teringat semasa menonton bola di sebuah restaurant berdekatan dengan kolej muslimat USIM, segerombolan musimat datang untuk menyaksikan perlawanan bola. Penuh ruang meja makan dengan muslimat USIM yang ingin menyaksikan bola. Wajah yang tenang dan fesyen ala-ala ustazah datang memenuhi ruang meja makan. Sewaktu menyaksikan perlawanan dikaca tv ada diantara mereka yang tutup muka ketakutan , yang berdoa sokmo , ada yang menjerit tak habis,  dan ada yang melangut tak sudah melihat pemain harimau malaya beraksi. Sebaik sahaja goal oleh pemain negara, terkejut tengok reaksi muslimat dengan melompat menjerit dan terangkat meja-meja dengan kegembiraan. Aku yang bangun bersorak pun tak jadi sebab mereka lagi rancak, tenggelam suara aku. haha.

Memang ada muslimat yang kaki bola, ada sahaja sahabat muslimat yang pandai bermain futsal dan menjadi hobi sampingan mereka. Sebelum ini tidak pernah terfikir pun yang orang bertudung labuh ini minat bola , yang aku tahu mereka ini kaki surau, kaku usrah dan kaki novel. Bukan nak sindir dengan apa yang mereka suka cuma aku kagum dengan cara mereka. Siapa kata muslimat tak boleh bermain bola, malah ada  yang menjadi " Muslimat of the match " semasa pertandingan futsal antara wanita.  Yang aku kagumnya sewaktu bermain pakaian mereka tidak berubah seperti biasa, kalau dari jauh boleh tengok macam pakaian terbang. haha.. Dengan jersi labuh macam baju kurung dan tudung labuh macam kain telekung beraksi dengan penuh gah dipentas futsal. 

Sukan dan Dakwah

Pendekatan dakwah melalui sukan adalah suatu yang memberi impak yang agak tinggi  kerana bidang sukan adalah cabang kepada pengkaderan insan yang menguntungkan selain bidang seni. Pendekatan yang kreatif ini harus diberi perhatian dalam mencapai matlamat dakwah kerana bidang sukan misalnya bola ini mempunyai beberapa kebaikan umum seperti yang semua tahu dapat merapatkan hubungan ukhuwaah antara pemain dan juga yang menonton. 

Asas dalam berdakwah adalah perlunya konsep taa'wun atau kerjasama antara kedua belah pihak. Dalam mewujudkan suasana taa'wun ini mesti ada kaedah yang berbeza untuk kita memahamkan insan lain. Keranggian masyarakat Islam yang pelbagai mesti ada keranggian wasilah dakwah yang berbeza supaya kelancaran dakwah itu sentiasa dapat disalurkan. Istilah 'basi' dengan pendekatan lama bukanlah suatu yang dipinggirkan tetapi realiti arus perdana kini umat Islam perlu selari dengan masyarakat Ipad ataupun masyarakat kontemporari supaya pemberian dan penyampaian itu menarik dan mudah diterima.

Modul dakwah misalnya perlu diperbaharui dari masa ke semasa supaya konsep kepelbagaian itu dapat diadaptasikan kerana insan muslim hari ini lebih melihat kepada kebudayaan Islam dalam konsep kontemporari sebagai contoh dengan adanya pendekatan media elektronik seperti radio IKIM.FM dan TV AL-Hijrah sebagai momentum yang membangunkan semangat Islam. Adakah hari ini pendakwah perlu berjalan dari rumah ke rumah untuk mengajak insan kembali kepada agama yang benar?  adakah pendakwah hari ini hanya berada dimasjid mengadakan kuliah dengan insan-insan yang sama atau peminat yang sama?. 

Program GPS Iman anjuran Tv9 adalah cabang baru yang mendekatkan budaya Islam dengan masyarakat sebenar. Proses taa'wun dan tafahum perlu dijelaskan terlebih dahulu sebelum menyelami ilmu lain dengan lebih  mendalam. Andai kita yang lahir dengan suasana agama yang mantap dari keturunan ustaz dan ulama' pasti kita tidak tahu keadaan insan lain yang lahir dengan keadaan buta agama hanya IC yang membuktikan keislaman mereka. 

" Insan yang bertindak yakni mengamalkan ilmu Allah itu lebih baik , daripada insan yang hanya bercakap tetapi tidak bertindak dengan apa yang dia cakap"

"Life is not about achieving success immediately or at all times. It’s about understanding its many challenges and overcoming them is imperative. Surpassing one’s weakest moments may always be necessary. Failures and bad times may come occasionally. Bear in mind that it’s not always about the progress, but what’s more important are the end results of the progress."


















Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga