Di Sebalik kesepian ada ketenangan.


Kesunyian dalam hidup itu adalah suatu titik masa dimana dunia menjadi senyap tanpa manusia , tetapi bukan bermakna dirimu ditinggalkan kerana ada sesuatu disebalik kesunyian itu. Disebalik kesepian itu ada ketenangan yang Allah ingin gambarkan kepada dirimu, gambaran yang kamu tidak pernah lihat sebelum ini yang Allah ingin hadiahkan kepadamu. Disebalik kesunyian itu Allah telah berbisik dan menemani hatimu yang resah sepi dengan memperlihatkan segala kebesaranNya. Disebalik kesunyian itu adalah pengubat kepada hatimu yang berkecamuk dengan masalah dunia. Insan yang bangun malam untuk bersolat ketika mana semua manusia dalam keadaan nyeyak tidur itulah kesunyian dan ketenangan yang indah untuk dirimu berduan dengan Allah. 

Selalu kesunyian dan kesedihan itu tidak dapat dipisahkan, insan yang putus hubungan dengan manusia pasti merasa sedih dan kelamaan dia pasti kesunyian. Disebalik kesunyian pasti membuatkan manusia terkenang semula nostalgia silam yang manis-manis. Kesunyian di atas muka bumi bukanlah noktah kepada kehancuran hidupmu tetapi sebagai 'Check & balance' kepada diri untuk menenangkan diri dan merancang kehidupan yang lebih baik.  Insan yang bertaubat dan menyesal dengan kehidupan negatif yang lampau pasti merasa kesunyian tanpa kawan lama yang seangkatan dengannya dahulu. Tetapi kesunyian itu hanya sementara untuk berhijrah ke alam yang lebih baik dengan agama. 

Kesunyian yang  yang pasti pada setiap manusia adalah kesunyian berada di alam barzah kelak, disitu setiap manusia akan merasa kesunyian yang amat tanpa ada teman malah gelap gelita tanpa cahaya. Siapa yang baik amalannya didunia pasti kesunyianya dihiasi dengan cahaya dari Allah dialam barzah dan siapa yang buruk amalannya didunia pasti tidak pernah merasa sunyi daripada hukuman Allah di alam barzah lagi. 

Insan yang berada dalam syurga kelak pasti tenang dan  disitulah kesenagan yang abadi, kesunyian mereka sentiasa ditemani bidadari-bidadari yang cantik berseri dan sungguh indah kebesaran Illahi. Tetapi sebaliknya bagi mereka yang ditempatkan di neraka tidak pernah merasa sunyi daripada dihukum dengan hukuman yang amat pedih dan tiada henti.

Maka carilah ketenangan disebalik kesunyian itu kerana disitu pasti akan ketemu keaguangan Allah yang maha Pencipta segala sekalian makhluk.
 Dan disebalik kesunyian itu ada muhasabah cinta teragong dan disebalik kesunyian itu ada Allah yang menemani buat insan yang beriman kepada Illahi. 

Comments

  1. Tahniah sahabatku. sekali lagi entri yang berstatus 'must read' . mantap.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga