Itinerary Aussie Backpacker.

Perkongsian ini bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba merentas sempadan benua.


Alhamdulillah dapat juga menjejak kaki ke bumi Kangaroo walaupun plan asalnya ingin ke Jepun untuk merasai musim bunga sakura di sana pada tarikh tersebut tetapi dapat rezeki  bermusim luruh di Australia bersama sahabat saya Afiq.

Apa pun kajian dan study sangat penting sebelum kita plan sesuatu perjalanan merentas negara orang. Australia bukan seperti Korea yang saya sudah jejak sebelum ini. Sebelum saya cerita mengenai Perth, saya akan kongsikan ringkasan rekod perjalanan. Mungkin dengan sedikit perkongsian ini dapat dijadikan rujukan anda untuk kembara ke Australia.

Persediaan sebelum:

  1. Passport mesti hidup lebih setahun
  2. Visa Australia - boleh mohon online Rm20 je.
  3. Flight ticket - boleh buat self check-in kalau Airasia. 
  4. Duit Australia AUD - tukar di Malaysia sebab rendah. Kami tukar area masjid india. 
  5. Food declaration - tak wajib buat. Kalau imigresen Aus tanya pandai-pandailah jawab. 
  6. Aktifkan ATM visa atau mastercard - in case kalau nak keluarkan duit di ATM di Aus. 
  

Contoh Visa Australia. Buat online Rm20 ja.
Imigresen di Australia sangat tegas terutama bab barang makanan yang kita bawa sebab ada makanan yang tidak dibenarkan bawa masok Australia. Mereka mengunakan anjing untuk investigate barang makanan yang dibawa. Alhamdulillah barang makanan kami semuanya lepas walaupun disoal siasat hampir setengah jam. Food declaration penting untuk memudahkan imigresen sana. 

Di bawah adalah ringkasan itinerary(rekod perjalanan) 6 hari di Australia. Kami hanya menggunakan public transport. Tetapi kebanyakan yang datang dengan keluarga mereka lebih prefer untuk sewa kereta sebab lesen memandu di Malaysia terpakai di Australia. 

Kos belanja di Perth AUD 183.9$ bersamaan RM565. currency waktu tersebut 1AUD = 3.07MYR. agak tinggi. Kalau nak copy itinerary boleh pm saya direct ok.

Sebagai seorang backpacker yang berjimat saya letak bajet keseluruhan termasuk (tiket penerbangan pergi dan balik + penginapan 5 malam + duit belanja) sebanyak Rm1600. Sungguh untuk tiket penerbangan anda perlu menempah seawal mungkin untuk mendapat harga murah dan kami tempah sekali bersama pakej penginapan. Study first before plan your journey. 

Sim Kad

Sim Kad Vodafone
Di Australia ada banyak jenis Sim Kad yang anda boleh pakai. Bila anda ingin bergerak jauh daripada Perth City, Sim Kad ini perlu untuk buka GPS, maps atau internet. Anda boleh beli Sim Kad bila sampai di airport. Kami pakai Vodafone Sim kad. Bertuahnya, sim kad ini kami tidak beli di Perth tetapi beli daripada seorang aunty yang baru balik dari Perth dan Sim Kad ini masih berbaki 2GB data plan. So, dia jual pada kami dengan harga RM30. Bagi kami sangat murah kerana, kalau anda ingin membeli plan data 2GB Vodafone di Australia harganya AUD30$. So, terima kasih kepada aunty yang jual sim kad ini kepada kami. Sim Kad sangat perlu sekiranya berlaku emergency. Di Australia kawasan sangat luas, dan kedudukan sesuatu tempat itu jauh-jauh dan ada tempat perlu bergerak menggunakan kereta sewa sendiri atau teksi. 


Solat sahaja di mana-mana
Selepas solat di Swan Valley
Tiada masalah Solat di Australia. Ikot mazhab Syafie jika perjalanan ke suatu tempat melebihi 3 hari maka ianya tidak dikira musafir tetapi bermukim. Makanya kami solat dikesemua waktu memandangkan perjalanan kami dari Perth ke tempat-tempat lain tidak sampai 90km. Jamak dan qasar hanya sewaktu dalam perjalanan pergi dan balik di airport. 
Masjid/Musolla di sekitar Perth City.
*Perth Mosque - 1.5km dari Perth City
* Surau Uni. Western Australia - naik bas 950 ke UWA. Surau bawah dewan konvo.
*Curtin Uni. Musolla - Bangunan 501. rujuk peta kampus.



Pengangkutan Awam PERCUMA di Perth!

Percuma okay! kau hade?
Apa yang menarik tentang Perth ialah terdapat Free Rider Zone (FRZ). Dalam FRZ ini semua perkhidmatan Bas dan Train adalah percuma. Besar ke FRZ ini? Perth City adalah kawasan FRZ. pergh!. Banyak tempat menarik yang anda boleh lawati mengunakan Bas percuma dan sangat jimat. Perth juga menyediakan Bas khas percuma iaitu CAT bas. Anda 4 laluan CAT bus. Red CAT, Blue CAT, Green CAT dan Yellow CAT. Rujuk disini http://www.transperth.wa.gov.au/

Antara tempat menarik yang anda boleh lawati menggunakan Bas percuma ini:-

  • Kings Park & botanical Garden
  • London Court, Concert Hall, Esplanade
  • Parliament, Government House, Perth City Lib.
  • Elizaberth Quay, Barrack Square, Swan River
  • Forrest Place, Northbridge, Queens Park, WACA.
  • Murray Street, Perth Underground, Perth Arena.
  • State Library, Art Museum, Western Australia Museum
dan banyak lagi. Yang di list kat atas tu tempat yang popular.

Day Rider Pass
Naik Train jika nak jalan jauh. 
Sekiranya anda keluar dari FRZ, maka anda perlu membeli tiket seperti biasa. Harga tiket mengikut zone. Sebagai traveller anda boleh beli Day Rider Pass, boleh guna satu hari ke mana saja dan sejauh mana yang anda ingin pergi mengunakan Transperth. Transperth ialah syarikat pengangkutan awam di Perth yang mengawal semua jenis pengangkutan awam (bas, train dan feri).

Ada 4 laluan Train berserta tempat menarik:-

  • Midland Line - Caversham Wildlife Park
  • Mandurah Line - Dolphin Cruise, Penguin.
  • Fremantle Line - Fremantle Market, banyak museum
  • Armadale/Thornlie Line - Nambung National Park. 

Inilah bandar Perth dari Kings Park View. 

Mencari Matlutfi di Curtin University of Technology

Setelah pulang dari tengok Dolphin di Mandurah pada hari ke-4 kami singgah di Curtin University. Matlutfi dah habis belajar jadi tak dapat nak jumpa dia nak pinjam kad matrik. Sebabnya, kalau nak masuk surau di Curtin University kena touch pakai kad matrik dekat pintu macam nak masuk library UIA. Jadi dengan bantuan daripada sahabat-sahabat semuslim kami dapat juga masuk surau Curtin untuk solat asar dan sempat berbual dengan beberapa pelajar muslim di sana. Tetapi tidak jumpa pula pelajar melayu di surau itu waktu solat asar.

Jalan punya jalan jumpa jugak surau Curtin University. Bangunan 501.
Makan di Basement Cafe. Curtin Uni.
Curtin University sangat besar, lebih besar daripada UIA dan mungkin sebesar UKM kot. Letih juga berjalan sightseeing tour. Selain solat di sini kami juga sempat singgah di cafe makanan halal di Curtin University yang menjadi tumpuan pelajar muslim untuk makan di sini iaitu Basement Cafe. Cafe ini terletak di bangunan 204 fakulti Engineering. Boleh rujuk peta kampus untuk mencari. Alhamdulillah kami juga sempat makan di cafe tersebut walaupun bukan dalam plan asal kami. Di sebabkan universiti tersebut sangat unik jadi kami habiskan masa di situ sehingga solat Maghrib. Sekali lagi dengan bantuan sahabat semuslim kami dapat masuk surau yang berpintu elektronik itu. Mungkin pihak Curtin buat begitu untuk mengelakan orang luar tidur didalam surau tersebut.

* Mussola - Building 501
* Basement Cafe - Building 204 



Kailis' Fish Market Restoran & DOME Coffee cafe

Nampak macam sikit tapi sebenarnya banyak.
Kailis' Fish Market ialah restoran yang popular di Fremantle, Perth. Menjadi keharusan bagi rakyat Malaysia yang bercuti di Perth untuk singgah makan di sini kerana Fish & Chip dia sangat sedap, banyak dan yang penting halal. Sebelum datang Australia sempat saya buat sedikit study tentang restoran sedap dan halal di Australia ternyata restoran ini menjadi pilihan ramai pelancong yang berkunjung ke Perth terutama dari Malaysia.

 Harga Fish & Chip 1 fillet Salmon = AUD 10.90$

Restoran ini terletak ditepi laut dan berdekatan dengan jeti. Suasananya sangat osem. cantik, menarik dan tertarik. Tapi berhati-hati dengan burung-burung yang tunggu untuk rembat makanan. sangat banyak burung di situ.

Selain Kailis' Fish Market, Western Australia ini juga terkenal dengan jenama kopi DOME. Bagi peminat kopi tegar, sejarahnya DOME dihasilkan di Mayland,Western Australia dan DOME coffee cafe akhirnya terkenal di seluruh dunia dan terdapat banyak cawangannya termasuk di Malaysia. Kalau di Malaysia harga secawan Classic DOME Cuppucino RM15.00 kalau tak silap.


Sebelum pulang ke airport pada hari terakhir kami singgah di DOME Cafe di Adelaide Terrace road. Antara kopi yang sedap disini ialah Classic DOME Cuppucino berharga AUD5$ secawan besar. Cukuplah sekali rasa kopi semahal itu. Bagi peminat kopi tiada masalah. hehe.

*Kailis' Fish Market - Hanya di Fremantle
* DOME Cafe - ada banyak di Perth



Kings Park & cerita Love In Perth



Jika anda pernah menonton filem Love In Perth (2010) pasti anda akan teringat tempat yang indah ini. Tempat yang menjadi latar tempat lakonan filem-filem romantik. Bagi saya Perth ialah bandar ilmu, seni dan cinta. Di sini terdapat monumen dan memorial park dimana sejarahnya berkaitan dengan penjajahan Eropah ke tanah Australia. Kalau anda perasan kebanyak nama-nama jalan atau district di Perth di ambil dari Eropah misalnya Newcastle, London Court, Elizaberth Quay dan lain-lain lagi.

Perth City Library syurga bagi pembaca
Sempat membaca satu paragraf buku. haha

Daripada pemerhatian saya, masyarakat Australia antara yang rajin membaca buku. Di Perth city terdapat dua perpustakaan yang jaraknya sangat dekat. Pertama ialah State Library dan perpustakaan terbaru yang ditubuhkan di Perth ialah Perth City Library. Saya sangat tertarik dengan seni bina Perth City Library kerana binaannya sangat unik.

Perth City Library ini terletak di Hay Street. Boleh naik Red CAT bus (percuma) dan turun di Town Hall.
Nampak kecil tapi sebenarnya 5 tingkat
Perth City Library ini terdapat 5 tingkat.

Dan saya sempat membelek beberapa buah buku terutama buku berkaitan dengan agama Islam. Tidak banyak dan banyak buku Irsyad Manji. haha. Sungguh, masyarakat Australia lebih kepada sifat keterbukaan atau more to liberal. Bagi mereka setiap orang ada hak untuk memilih dan beramal dengan agama mereka. Sebab itu Islam di Australia tiada masalah sehinggakan di Australia terdapat akhbar Australian Muslim Times (AMUST).




Caversham Wildlife Park & Doplhin Cruise
binatang ni sangat comel
Kedua tempat ini ialah tempat yang wajib dikunjungi apabila anda sampai di Perth. Terutamanya Caversham Wildlife Park. Di situ ada ladang kangaroo, rumah koala, wombat dan binatang lain yang berada di Australia.

Cara untuk sampai ke Caversham Wildlife Park mengunakan public transport:-

  1. Naik Train Midland Line dari Perth Station ke Barsendeen.
  2. Dari Barsendeen Stn naik Bas no. 955 dan turun di Whiteman Park.
  3. Whiteman Park pintu masok Caversham Wildlife. Kena jalan kaki masuk dalam atau boleh call van untuk datang ambil di pintu masuk. sebab jauh jugak nak berjalan ke dalam.
  4. No. tel van ada di pintu masok dan nanti pihak zoo akan datang ambil (free ja)

Dolphin Cruise terdapat di Mandurah. Perjalanan ke Mandurah menaiki train Mandurah Line mengambil masa hampir 1 jam untuk sampat. Dolphin Cruise terdapat di Mandurah Marina Ocean. Kalau ada rezeki jumpalah dolphin kerana dolphin tu bukan dolphin bela ok. Dolphin liar yang terdapat di kawasan teluk di Mandurah.Untung orang mandurah boleh tengok dolphin hari-hari.

Di sekitar Mandurah juga terdapat banyak tempat menarik seperti Reading Cinema, Maritime Museum, Art Central, Mandurah Town dan lain-lain lagi.

Fremantle & Sovernir
Fremantle Prison
Shipwreck Galleries
Fremantle tempat yang popular untuk membeli belah souvenir atau cenderahati. Terdapat banyak kedai yang menjual barang-barang souvenir di E-Shed Market Fremantle. Harga jauh lebih murah berbanding anda membeli di kedai souvenir di bandar Perth dan disini juga banyak pilihan. Untuk yang ingin borong banyak barang souvenir Australia wajib datang ke sini.




Megabes Product, E-Shed Maket.
Fremantle juga terkenal dengan kawasan bersejarah dan terdapat banyak museum dan galeri di sini. Contohnya Maritime Memorial Museum, Shipwreck Galleries, Fremantle Prison, Round House, Fremantle Art Centre dan kawansannya terletak di tepi laut. Selain itu, Fremantle juga tempat kapal-kapal cargo besar berlabuh. Lebih kurang macam port klang.
resit borong.

Selain E-Shed Market terdapat juga Fremantle Market. Tapi kami tak sempat pergi Fremantle Market. Untuk makluman, E-Shed market dan Fremantle Market hanya buka pada hujung minggu sahaja dan public holiday. Jadi kalau nak plan perjalanan mesti letak Fremantle trip pada hujung minggu.



Perth City

Afiq sedang survey barang masak yang ada logo halal.
Dalam Perth City sahaja ada banyak tempat menarik dan aktiviti yang anda boleh buat di sana. Perth City juga terdapat Perth Zoo seperti Zoo Negara. Perth City banyak street yang anda boleh pergi dan ada kedai-kedai menarik di sekitar street tersebut yang anda boleh kunjungi. Supermarket yang paling popular di Perth ialah Woolworths. Kalau di Malaysia mungkin seperti Giants. Kalau anda ingin membeli barang masak yang halal boleh sahaja pergi Woolworths tetapi pilihan tidak banyak.


London Court
Sebelum saya datang ke Perth saya tertarik dengan nama tempat London Court. Kawasannya kecil tidak seperti Murray Street. Kawasan lorong yang ditepi-tepinya terdapat kedai-kedai dan seni binanya mungkin ala London kot. Nampak simple sahaja tidak teruja sangat tetapi namanya unik, dan kenapa London? itu yang saya tertanya-tanya. Walaubagaimanapun London Court tetap unik daripada lain-lain street di Perth.

The Esplanade
Sebenarnya anda hanya boleh berjalan kaki sahaja tanpa perlu menggunakan perkhidmatan bas percuma kerana kedudukan street dan bangunan di Perth City tidak jauh dan anda boleh guna jalan shortcut untuk sampai tempat yang anda ingin pergi dalam Perth City dengan mudah. Setiap pagi kami berjalan pagi daripada tempat penginapan ke Perth Station atau Esplanade Station untuk membeli Day Rider Pass walaupun dalam plan asal kami setiap pagi kami sepatutnya naik bas free ke situ. Di sebabkan tempat tidak berapa jauh jadi kami memilih untuk berjalan di tepi Swan River hingga sampai ke Perth City.

Barrack Square, Elizaberth Quay dan The Esplanade adalah tempat yang sama. Tempat ini ialah landmark untuk anda melihat bangunan-bangunan Perth City dari tepi Swan River. Sangat cantik bila waktu senja.

Dewan Convo UWA. Surau sebelah hujung kiri bawah.
Mencari jodoh di UWA

University yang bederkatan dengan Perth City ialah University of Western Australia. Saya sangat suka Universiti ini apabila kali pertama jejak kaki ke Universiti tersebut untuk mencari surau. Saya tak perk jangka universiti tersebut ada surau kerana jarang dengan nama Universiti itu sebelum ini berbanding Curtin University yang sudah popular. Rupanya University of Western Australia (UWA) bagi saya sangat terbaik berbanding Curtin yang besar dan penat berjalan. Surau UWA terletak di bawah dewan konvo. Sampai sahaja pintu masuk UWA daripada bus stop UWA anda terus nampak dewan convo dan surau ada dibawahnya. Senang dan memudahkan. Alhamdulillah. Kami juga sempat membuat sightseeing tour di sekitar UWA. Kami sempat solat Jumaat di UWA. Alhamdulillah, walaupun tak ketemu jodoh tetapi saya sangat suka UWA. Saya akan datang sini lagi nanti dengan izin Allah.

Setakat ini sahaja perkongsian saya, sebenarnya banyak lagi ingin dikongsi tetapi jari sudah lenguh menaip. InsyaAllah saya akan kongsikan lagi tentang Perth pada episode seterusnya. InsyaAllah. Semoga bermanfaat.

Terima Kasih kerana sudi membaca :)

wasalam..:)






























Comments

  1. Assalamualaikum..nak tanya..kalau nak masuk UWA untuk solat tak pe ke tanpa kad matrix

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum..nak tanya..kalau nak masuk UWA untuk solat tak pe ke tanpa kad matrix

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum, boleh email itinerary detail trip ke perth nie tak. klau boleh tmpt utk stay sekali. nurazw@gmail.com. tq

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum, boleh email itinerary detail trip ke perth nie tak. klau boleh tmpt utk stay sekali.untuk 5h4m jerr . intanrazak1995@gmail.com

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum, boleh email itinerary detail trip ke perth nie tak. klau boleh tmpt utk stay sekali.untuk 5h4m jerr . intanrazak1995@gmail.com

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, boleh email itinerary detail trip ke perth nie tak. klau boleh tmpt utk stay sekali.untuk 5h4m jerr . intanrazak1995@gmail.com

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum, boleh email itinerary detail trip ke perth nie tak. klau boleh tmpt utk stay sekali.untuk 5h4m jerr . intanrazak1995@gmail.com

    ReplyDelete
  8. assalammualaikum.. boleh tak pm itinerary awk ni pada saya. saya itinerary ni amat berguna bagi saya.. ridzuan_husyairi@yahoo.com

    ReplyDelete
  9. assalam, boleh emailkan itinerary pd saya, ummijunaidda@gmail.com

    tq

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum, boleh minta emailkan itinerary pd sy nabilakmal97@icloud.com.

    Tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Keistimewaan yang dijaga

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku