Posts

Showing posts from December 13, 2009

perempuan dan bola sepak..

Image
dulu kcik2 ske main zero-point ( lompat getah) ngan kawan2 mse tadika.. hahaha best.. . itu adalah salah satu permainan tradisional masyarakat melayu dahulu yang dipelopori oleh kaum wanita.. tetapi semuanya sudah berlalu , skarang da jarang tgok bdak-bdak main apatah lagi orang tua-tua macam aku... itu semuanya cerita dulu , now remaja dan aku akan mengupas isu yang agak best yakni PEREMPUAN DAN BOLA SEPAK... sebelum merdeka lagi permainan bola sepak menjadi kegilaan masyarakat seluruh dunia, siapa tidak kenal Maradona , mokhtar dahari ketika dahulu , c. ronaldo yang menjadi pujaan peminat bola sepak. Kelab gergasi dunia seperti liverpool , barcalona , inter milan sering menjadi kegilaan peminat sehingga berlaku rusuhan antara penyokong walaupun hanya menonton dihadapan kaca televisyen sahaja. tok imam, tok bilal , bos-bos syarikat , pemandu teksi sanggup menggadai kerja mereka semata-mata nak menonton final EPL Barcalona vs M. United. mamat-mamat yang "silentman" , skem

Di sebalik Kursus Biro Tatanegara.

Image
apakah isi pokoknya yang menyebabkan ianya menjadi kontroversi? mari kita kupas isu hangat ini? Ini adalah pengalaman saya mengikuti kursus Bina Negara yang dianjurkan oleh BTN pada tahun lalu dan tahun ini. SETELAH empat hari tiga malam berkurung di Kem Bina Negara Kulim saya benar-benar dapat merasakan bagaimana kebimbangan yang amat sangat pihak yang cenderung kepada parti UMNO dari kehilangan kuasa. Dengan menggunakan nama Melayu kami ditakut-takutkan akan kehilangan segala-galanya kalau Melayu atau khususnya parti UMNO tidak berkuasa lagi. Walaupun kerajaan BN sendiri telah membuat dasar dan peraturan supaya pensyarah tidak terlibat dengan politik, tetapi pada pengamatan saya selama berada di Kem Bina Negara kami seperti dijemput untuk terlibat sama dengan percaturan politik negara. Mungkin untuk jangka pendek taktik menakut-nakutkan yang digunakan oleh kerajaan BN ini dapat meraih simpati orang-orang Melayu untuk tidak memberi undi kepada pembangkang, tetapi untuk jangka masa ya

perlukah BTN di haramkan ???

kontroversi ini masih menjadi polemik di dewan parlimen sekarang, adakah ianya perlu diharamkan ataupun di mansuhkan, BTN , biro tatanegara merupakan program yang telah lama ditubuhkan dan amat disokong oleh orang melayu pada ketika itu yakni selepas peristiwa 13 Mei, progaram ini masih menjadi wadah utama untuk membangkitkan semangat bangsa melayu yang kini kian luput di arus zaman dek kerana pelbagai anasir luar yang menyebabkan orang melayu kian alpa dengan status mereka sebagai bumiputra. program ini memberi suntikan semangat kepada kakitangan kerajaan , pegawai-pegawai kerajaan , serta para pelajar bumiputra untuk menjadi sebuah bangsa yang maju. hakikatnya BTN merupakan salah satu platform asas kearah mencorak bangsa melayu yang maju dan menjauhi daripada segala rasuah dalam kehidupan dan sebagainya. kesimpulan besarnya BTN merupakan HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU yang perlu dijaga dan diteruskan sebagai pemacu ke arah membentuk bangsa melayu yang bersatu dan mampu bersaing den

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku

. ................................................................................................................................................................... Kupersembahkan Petikan Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabat2 ku Kupandang langit pagi ini Awan putih berarak indah di hamparan mega terurai wajah2 sahabat2ku dalam arak awan itu Alam pun berbahasa Mengerti rasa kerinduan Hati Diantara senandung langkah bumi ku aku menantikan pertemuan kembali di depan pintu hatiku Diselimut awan putih itu kugantungkan cinta suciku dalam relung sanubarimu sahabatku adalah sejumput impian yang teringini madah hati ini takkan lagi terdustai atas rasa cinta termiliki Jam pasir telah kembali mengalir bersama rasa kita Detik-detik Deret waktu kembali terpatri Rasa entah bla kan bersua semula. kumeniti hari2 terakhir zaman persekolahan tetapi dalam masa yang sama ku tempuhi perpisahan berakhrinya spm , maka perpisahan terus berjalan, berjalan meninggalkan diri ku kesepian, Kuberdoa pada-NYa Men