Logika sebuah Persahabatan.

Salah satu golongan yang dijanjikan bayangan Arasy Allah ialah insan yang berkasih sayang kerana Allah, bertemu kerana Allah, berpisah kerana Allah.. 
Detik demi detik berlalu, jarum saat bergerak pantas meninggal masa yang lalu dan kini menghampiri disaat yang paling sukar untuk aku terima dalam hidup. Saat dimana tiada lagi wajah-wajah keriangan mereka disisi , wajah-wajah insan bernama teman yang sentiasa menemani diatas jalan Illahi. Kadang sahabat itu tidak sefaham dengan logika fikiran kita tetapi kita harus memilih waktu untuk bertaut sahabat itu dimata kail hati kita supaya seiring melangkah diatas konsep persahabatan yang sebenar.
Kata orang,Nak cari kawan yang suka bergembira dengan kita ada banyak ditepi jalan, tetapi kalau nak cari kawan yang sanggup menangis bersama kita bukannya mudah...
Dalam pepatah melayu ada berkata "sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri", begitulah yang boleh aku umpamakan dalam persahabatan ini, Suka duka , gurau senda terasa itu biasa dalam bersahabat, masakan sahabat yang paling baik ialah sahabat yang sentiasa menegur kesalahan sahabatnya yang lain dikala sahabatnya itu lalai dan leka.
Sahabat yang diredhai Allah ialah sahabat yang sentiasa menjaga batas-batasa pergaulan dalam bersahabat, dan sahabat yang paling mulia disisi Allah adalah sahabat yang bersatu hati kerana Allah. 
Kata Saidina Ali :
 Selemah-lemah manusia ialah manusia yang tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan  sahabat yang dicari
- Ariz Ahmad-


Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga