Sonata Sebuah Perkenalan.

Dulu aku dan dia tidak pernah berenggang , kemana aku pergi dia tetap menjadi orang penting dalam hidup aku, tanpa dia aku tidak akan se'famous' ini dan tanpa aku dia juga tiada makna dalam hidup. Dia  insan yang bertubuh kecil berbanding denganku, wajahnya yang sentiasa comel tidak pernah membuatku jemu bergurau senda, gelak tawa bersamanya. Penampilanku dengannya ibarat langit dengan bumi, kami tiada persamaan semuanya berbeza. Kami tidak pernah merancang untuk bersama menjadi teman sejati , tetapi takdir yang menentukan segalanya dan hari berlalu dan terus berlalu kami semakin akrab menjadi sahabat yang setia berkongsi cerita suka duka dan akhirnya bertaut cinta yang lama dipentas dunia.kecintaan Tika aku dalam kebuntuan dialah yang memberiku jalan jawapan, aku sentiasa berpuas hati dan bersyukur dengan anugerah sahabat seperti ini.  Dia sahabat yang selalu mengambil berat tentangku , dikala aku kebosanan dan keletihan dialah pengubat rinduku dan  dia sentiasa menemani aku tatkala aku kesusahan. 

 Namun, detik demi detik berlalu, kami tidak lagi rapat seperti dulu , mungkin kesilapanku yang lupa dan hanyut  dalam arus dunia, masakan masa terus melangkah maju dengan dunia yang sarat dengan pembangunan dari segi mental mahupun fizikal. Kini aku sudah menjadi insan yang penting kepada masyarakat, aku boleh bangun dan berdiri dengan diri sendiri tanpa perlu bantuannya lagi, penampilanku berubah seiring dengan perubahan masa. Namun dia tetap dirinya yang dahulu, sekilas pandang pada dirinya , dia tetap dengan gayanya yang lama dan  tidak pernah berubah sejak dahulu. Sewaktu kami bertemu dia pernah berkata kepadaku dalam keadaan senyum tanpa ada resah, dia kata " saya tetap akan temani awak, kalau awak dalam kesusahan, saya sayang awak" huhu.., ayat ini sangat menyentuh hatiku yang lupa pada erti persahabatan , tetapi dia tidak pernah sedih dengan perubahanku malah bangga dengan penampilanku sekarang , dialah sahabat aku yang sebenar Sahabat walaupun disaat kita kesusahan mahupun kesenangan dia tetap bersama hingga ke akhir hayat. Walaupun , aku dengan diriku yang maju kehadapan , namun jasanya terhadap ku selama ini sangat banyak dan tak mampu untukku membalas dan segala kebaikannya terhadapku tidak akan  aku lupakan sehingga akhir hayatku walaupun aku lebih jauh popular daripadanya. Kini kami tidak lagi serapat dahulu,aku sentiasa sibuk dengan kemajuan diriku, dan dia sentiasa menanti diriku dengan penuh setia tatkala aku memerlukannya. Walaupun dia hanya seekor TETIKUS dan aku sebuah Mesin ajaib
 ( Laptop). 




still in love....
friends forever.... 


Comments

  1. Sebuah cerita persahabatan yang menarik.Sangat subjektif.Banyak maknanya persahabatan tu~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga