Andai dirinya dilamar

Jika ditanya soal masa, masih lagi awal untuk  mengintai jendela hati seorang insan bernama kekasih. Malu untuk menyatakan kepada diri tentang perihal perasaan cinta ini , namun sebagai seorang anak muda yang meningkat dewasa tidak dapat lari daripada mehnah perasaan yang kadang-kadang membuat diri tidak selesa dengan kehidupan. Kenapa perasaan itu perlu datang disaat diri tidak memerlukannya lagi. Jika dirujuk kepada sunnatullah, perasaan itu merupakan fitrah kepada hambaNya dan akan menjadi kesan buruk kepada diri apabila tidak menjaganya dengan batas-batas syariat.

 " Perasaan itu ibarat menanak nasi didalam periuk , api perlu dikawal , jangan terlalu besar nanti hangit dan jangan terlalu kecil nanti lambat masak" 

Tetapi kadang-kadang keadaan itu membuat kita terpaksa mengaku dengan hadirnya sebuah perasaan ini yang acapkali mengganggu rutin realiti kehidupan seorang hamba muslim. Kenapa harus diri memikirkan tentang si dia sedangkan si dia itu seorang ajnabi dan haram untuk dijalini melainkan dengan tali ikatan pernikahan yang sah. Sedar tak sedar diri sendiri seolah-olah dipermainkan dengan perasaan sendiri andai si dia dicipta bukan untuk diri kita. Kita hanya merancang tetapi segala perancangan itu Allah yang tentukan dan ketentuan Allah itu adalah yang terbaik untuk kita dan penuh hikmah. 


Mengapa perasaan ini sentiasa berulang-ulang dan bermain-main diminda walaupun kita cuba untuk menjauhinya, meskipun semakin jauh kita cuba meninggalkan semakin perasaan itu membuak-buak. Itulah realiti perasaan cinta secara umumnya. Namun , alangkah indahnya perasaaan yang sentiasa bermain diminda itu ialah perasaan Cinta Kepada Pencipta. Dan alangkah baiknya lagi apabila perasaan cinta itu wujud kepada si dia kerana cinta kita kepada Illahi.  Jika hilang cinta kita kepada Illahi maka hilanglah juga cinta kita kepada si dia yang mendambakan cinta Illahi. 

Berdiam itu lebih baik daripada melafazkan apa yang terbuku ? Namun , disaat kita cuba menjaga hati dan menyimpan perasaan dengan merangka sejuta impian dimasa hadapan , ada saja sifat cemburu yang bertaut tatkala munculnya orang ketiga. Dan siapakah kita disaat itu untuk meluahkan perasaan yang tersimpan sekian lama ANDAI DIRINYA SUDAH DILAMAR...... Dan siapakah kita untuk melawan qada' dan qadar Allah pada saat kita mendapat tahu si dia sudah dilamar. Masakan selemah-lemah iman ialah orang yang sukar menerima takdir Tuhan. 

Solusinya, janganlah terlalu mengharap, hadirkan masa kita dengan menyemai benih cinta kepada yang Esa dan jika diri bersedia sematkan ikatan pernikahan sebagai mukaddimah fitrah cinta sebenar. Jauhilah maksiat kerana Cinta itu anugerah Allah yang sangat suci lagi murni dan hiasilah peribadi dengan ilmu yang tinggi dan akhlak terpuji sebelum melayari Cinta restu Illahi. 


Dalam satu hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut yang maksudnya:
"Kiranya seseorang itu menyintai saudaranya maka hendaklah diberitahukan kepadanya."
 (Abu Daud, Termizi dan Hakim)


Cinta didunia dunia hanya sementara tiada yang kekal melainkan cinta kepada Allah yang kekal abadi lagi hakiki. 

- Ariz Ahmad-






Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga