Jangan Lupa R&D


sudah suratan takdir , saat yang kita lalui itu samaada pahit ataupun manis akan berlalu pergi dan pergi, namun yang manis tetap terus manis pabila kenangan manis itu dijadikan simbolik kepada pengubat hati yang resah dalam ranjau kehidupan yang kita lalui. Namun, apakah yang dimaksudkan kemanisan dalam sebuah perjalanan kehidupan seorang hamba Illahi? Dalam teknologi pemakanan, Kadang-kadang terlampau manis nanti mudah mendapat penyakit kencing manis dan kadang-kadang makanan yang pahit itu adalah ubat kepada penyakit. Hmm.. Secara realitinya begitulah roda kehidupan manusia , percaturan hidup yang penuh mehnah itu adalah suatu masalah yang acapkali berlaku. Bahagia dalam kehidupan itu kadang-kadang membuat kita lalai dan lupa kepada Allah, sebaliknya pahit dalam hidup itu membuat kita ingat kepada Allah. Doa para Sahabat dahulu ” Ya Allah, janganlah Engkau uji kami dengan kenikmatan dunia, ujilah kami dengan kesusahan agar kami sentiasa mengingatiMu, sesungguhnya nikmat dunia itu hanya sementara”.
Key Performance Index
Setiap kejadian yang berlaku mesti ada penanda kepada sesuatu permulaan kejadian ataupun kunci. sebagai contoh Kenderaan perlu ada kunci untuk bergerak, Kunci kepada solat adalah Niat kerana Allah. Dalam mencapai kejayaan mesti ada kunci kejayaan, maka penentu kepada perubahan itu mesti ada kunci untuk berubah sebagai contoh lain, kadang-kadang kita berpuas hati dengan kebaikan yang kita lakukan tetapi masih ada orang yang  merasakan kita ini  belum cukup baik tanpa kita tidak sedar. Masalah ini berlaku bertali arus sehingga berlaku bermacam-macam fitnah pada hari ini. " AKU TIDAK PEDULISME" suatu budaya yang tidak asing dalam kalangan masyarakat madani. Key Performance Index ataupun Indicator dalam proses mengkaji sesuatu permasalahan melalui pemerhatian, soal selidik dan temu bual dengan individu ataupun berkumpulan  melalui kaedah indirect ataupun secara tidak langsung. Namun ianya bukanlah memberi keputusan 100% tetapi secara visual umumnya kita boleh mengagak permasalahan yang timbul. Selain daripada KPI secara besarnya lagi ialah HDI ataupun Human Development Index yang digunakan oleh Badan-badan tertentu untuk mengkaji tahap pembangunan manusia di setiap negara. Human Development Index. Oleh itu, sebagai muslim yang mempunyai wawasan akhirat yang jelas maka KPI amat penting dalam membangunkan diri yang berakidah, berakhlak mulia dan berilmu. secara mudah untuk difahami maksud KPI ini ialah MENEGUR,MENYAPA dengan cara berhemah dan profesional untuk membangunkan Ummat atau masyarakat. Yang kurang baik bertambah baik, yang baik bertambah lagi baik. Kadang-kadang manusia itu susah untuk menerima teguran tetapi bukanlah alasan untuk kita tidak berani menegur kerana adab menegur ada pelbagai cara yang sudah diajar oleh Rasulullah sendiri.  
Ironinya, janganlah kita lupa untuk Research & Develop diri kita kerana itulah muhasabah cinta kita kepada Ya Rabbul Izaati yang perlu dijadikan rutin harian dalam kehidupan ini. 

Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga