Keranggian sebuah keinginan.



Kemewahan dunia yang ada pada manusia itu bukanlah 'indicator' kepada kehebatan seseorang, mungkin ramai beranggapan kemewahan itu suatu titik banding antara manusia untuk lebih dihormati dan disegani oleh manusia lain yang tidak mampu mencapai tahap tersebut. Tetapi lihatlah kemewahan yang ada pada kebanyakan orang itu hanyalah alat untuk menutup segala kekurangan berbentuk 'internal' atau dalaman supaya keburukan pribadi mereka terjaga ataupun sebagai tabir kepada masalah dalaman supaya ianya tidak nampak oleh orang lain. 


Wahana ini semakin meruncing diminda masyarakat seolah menjadi suatu budaya apabila adanya pemimpin mesti  kaya raya, ada rumah besar dan miliki kereta mewah sudah cukup untuk mereka lebih dihormati sedangkan segala bentuk kebendaan itu tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat, mungkin rakyat yang berjiwa materialistik berasa senang dengan pemimpin ini kerana pemimpin kaya ini boleh menjadi tempat untuk mengampu apabila mereka susah kelak. Senang untuk dapat projek itu projek ini tetapi akhirnya adakah setiap pemimpin kaya itu boleh menjamin kesejateraan rakyatnya dengan hanya memberi segala bentuk kebendaan untuk menutup segala kelemahan dan kekurangan. "Rakyat kaya dengan kebendaan  tetapi jiwa miskin dengan agama". Renung-renungkan seorang muslim yang kaya tidak mampu membeli sehelai tudung untuk menutup aurat mereka dan isteri mereka tetapi boleh membina sebuah masjid yang berjuta ringgit untuk menonjolkan keislaman mereka. Rakyat yang miskin tetapi menjaga solat, menutup aurat lebih mulia daripada insan yang kaya tetapi miskin pada pandangan Allah. 

Setiap manusia ada keinginan 

Manusia yang lahir dimuka bumi ini punyai keinginan masing-masing untuk membantu kehidupan mereka supaya lebih mudah kerana itu adalah fitrah semulajadi kepada manusia. seorang yang ada banyak duit pasti punyai impian untuk memiliki sebuah rumah besar dan mewah kerana itu adalah fitrah biasa kepada seluruh manusia. 


Kata Khalifah Umar Abdul Aziz " Sesungguhnya aku memiliki jiwa yang sentiasa berkeinginan. Setiap kali aku mencapai sesuatu, jiwaku inginkan sesuatu yang lebih daripada itu. Jiwaku inginkan sepupuku Fatimah binti Abdul Malik, lalu aku mengahwininya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan gabenor, lalu aku dilantik memegangnya. Kemudian jiwaku inginkan jawatan khalifah lalu aku mencapainya. Sekarang jiwaku inginkan syurga , aku berharap aku dapat menjadi penghuninya" 


Keinginan ini bergantung kepada segala bentuk keadaan. Keranggian manusia itu punyai keinginan berbeza bergantung kepada diri. Diri yang punyai matlamat jauh pasti ia akan menetapkan sebuah keinginan untuk mencapai matlamat itu dengan plan usaha yang mantap. Seorang yang kaya punyai matlamat untuk menguasi dunia dengan keinginan untuk membeli segala aset-aset supaya segalanya dapat dimiliki seterusnya dapat menguasai bidang tertentu contohnya ahli perniagaan punyai keinginan untuk memiliki pasaran yang luas supaya produknya berkembang dan diakhir matlamatnya untuk menguasi perniagaan. 

Berlainan pula dengan insan yang punyai jiwa yang mantap dari sudut rohani dengan punyai satu akidah tauhid kepada al-kholiq yakni punyai nilai ketakwaan kepada Allah yang hebat dan punyai keinginan berbeza dari manusia biasa secara normalnya. Ada orang yang tidak kisah dengan harta benda dan kekayaan dunia kerana keinginan mereka hanyalah untuk mendapat redha dan kesenangan diakhirat kelak. Bukan bermaksud setiap orang harus menjadi miskin supaya ianya diiktiraf sebagai insan yang zuhud kerana zuhud ini bukan dinilai pada luaran sahaja malah menjiwai zuhud itu adalah bermula dari sekeping hati yang sentiasa ditarbiyah dengan suntikan agama yang mantap dan tidak mudah ternoda dengan kemewahan dunia. Begitulah yang dilalui oleh Khalifah Umar Abdul Aziz sewaktu pemerintahannya dan juga Saidina Umar Al-Khattab yang hanya memakai pakainan yang punyai kesan tampungan lubang tetapi bukan keinginannya pada pakaian yang dipakai itu tetapi keinginannya adalah untuk menampung jiwa-jiwa manusia yang lubang dan kosong daripada cahaya agama Allah. Para sahabat seperti Abdul Rahman Ibn 'Auf seorang hartawan zaman Rasulullah pada mulanya berkeinginan untuk memiliki harta yang banyak tetapi akhirnya dengan ketakwaan yang tinggi kepada Allah keinginanya berubah menjadi seorang dermawan dan menginfakkan segala hartanya untuk menegakkan Islam. Tiada yang lebih berharga didunia tanpa keredhaan  disisi Allah kerana orang yang kaya seperti itu mampu mengubah fikiran dan keinginan hanya kerana Iman. 


Keinginan untuk memiliki sebuah kemewahan bermula dengan usaha yang mantap. Orang yang inginkan rumah yang besar pasti berusaha luar biasa untuk mendapatkanya. Fikirkan kalau kita sebagai muslim yang menginginkan syurga Allah apakah yang kita lakukan untuk mencapainya sedangkan syurga itu berpuluh ribu kali ganda mewahnya berbanding didunia dan adakah usaha yang sedikit sahaja sudah mampu untuk kita memilikinya, ada orang berkata " argh, kita dah Islam pasti dapat syurga" sedangkan tiada usaha.. Orang yang memiliki duit yang banyak tetapi hanya berdiam diri termenung dan berangan pasti tidak dapat apa yang diangannya melainkan dengan adanya plan tindakan untuk membina rumah besar dan mesti ada plan bergerak untuk memiliki kereta jenis apa. Jadi renungkan seandainya keinginan kita hari ini hanya kerana dunia semata-mata ingatlah dunia ini pasti mengecewakan kepada mereka yang mengejar dunia, dan tidak rugi kepada mereka yang bersusah payah didunia dengan membantu agama Allah kerana disini dinilainya konsep keyakinan kepada Allah dan aya-ayatNya. 


Allah S.W.T berfirman : " Barang siapa yang membantu agama Allah, Allah pasti membantunya" 











Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga