Diari Seorang Perantau.
![]() |
Solat Hajat Perdana di Stadium Kota Bharu, 9/10/11 |
![]() |
Kuliah Tok Guru setiap pagi Jumaat di bandar KB. |
Namun, disini bukanlah isu kelantan yang ingin aku ketengahkan, cuma hati aku masih rindu dan teringin pergi ke kelantan walaupun beberapa minggu lalu sudah aku jejaki. "erm, bukan teringin kepada 'awek' kelantan ye.." maksud aku, kelantan sebuah tempat yang sarat dengan ilmu-ilmu agama, mungkin negerinya diperintah oleh seorang Ulama, segala warisan agama itu telah dititiskan disetiap hati sanubari rakyatnya supaya cinta akan ilmu. Seronok melihat bandarnya yang digelar bandar Islam, setiap bangunan macam masjid sebab kebanyakkan bumbung bangunan itu ber"kubah".
Pengalaman pertama berpijak dipadang bola stadium kota bharu, tempat Idlan Talha dan pasukannya bermain bola sehingga menjadi pasukan yang popular di Malaysia dan berkesempatan solat hajat perdana di stadium sultan mohammed ke 4, terharu meihat rakyat kelantan berduyun-duyun datang ke Stadium seperti ingin melihat perlwanan bola sepak tatkala penuh disegenap padang dengan manusia berkopiah putih menanti untuk solat berjemaah diStadium yang diimamkan sendiri oleh menteri besar negeri. Persoalannya adakah negeri lain buat begitu??? . Izharnya, negeri kelantan patut menjadi "role-model" kepada negeri lain malah memang patut pun dicontohi. Tidak percaya?? pergi dan rasailah sendiri jangan hanya dengar kata-kata orang dan propaganda sana sini. Sebagai manusia yang bijak dia harus menkaji dan melihat sendiri keadaan bukan meng'ia'kan kata-kata orang lain dengan mudah.
Comments
Post a Comment