Katakan yang aku rindu pada mereka

“Wahai Yusuf, engkau telah berkata kepada Zulaikha apa yang engkau inginkan. Akan tetapi engkau tidak memberikan jawapan diatas keinginannya itu.  Ketahuilah olehmu, bahawasanya Allah telah mengahwinkanmu dengan Zulaikha, Dia telah mengucapkan khutbahnya sendiri, disaksikan oleh para malaikat dan bidadari – bidadari yang pun telah menabur bunga – bunga.”
Hmm… Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habis membaca dan mengkaji beberapa cerita tentang cinta Nabi yusuf dengan siti zulaikha , kisah cinta yang sarat dengan isi yang bermakna, semuanya kerana Allah. Andai remaja hari ini mengetahui cerita-cerita ini mungkin kesucian cinta itu tidak tercemar seperti yang berlaku hari ini. Apa yang boleh aku simpulkan daripada cerita tentang surah Yusuf ini ialah, inilah solusi dan kunci kepada kemelut masalah cinta dan rumah tangga pada hari ini cuma wasilah atau pembawakan dia yang berbeza.
Aku ni kaki bola, tetapi sudah lama tak bermain seakan merasakan kaki ini semakin membangku. Aduyai…  Apa pun aku peminat setia M.United, jangan ‘ jealous’ eh penyokong Arsenal yang semakin merosot dicarta liga. Seronok menonton M.United bermain dengan meraih kemenangan besar. hmm..  Sebelum tidur terasa rindu nak menaip sesuatu, walaupun aku ni tidaklah pandai berkarya langsung tetapi bolehlah sekadar untuk aku memuntahkan idea sendiri dan sebagai suri hati untuk pembaca yang setia.
Ni kami ketika mandi di lautan pasifik.. :P
Seperti biasa sebelum tidur, aku akan mengunci jam loceng ‘cap ayam’ kegemaranku seawal 4.30 pagi. Tetapi tidak selalu pun aku bangun tepat pada waktunya. Kadang-kadang 4.30 pagi tu waktu aku nak ‘start’ tidur..huhu, biasalah sibuk melayan ramai peminat di facebook dan twitter la bagai… :P Sebelum ‘shut down’ Ipad 2.0 ni, membelek seketika ‘folder picture’  sahabat-sahabat yang pernah hadir dalam menceriakan hidup aku sambil mengenakan secangkir susu panas sebelum tidur. Setiap wajah sahabat ini mengukir seribu kenangan bermakna buat aku. Kadang-kadang membuat aku tersengih seorang diri. Cerita ketika saat kami bergurau senda, ada juga kadang-kadang kami bermasam muka, menangis dan bersusah sama-sama..huhu.. tetapi semua itu merupakan asam garam dalam dunia persahabatan sehingga kami merasakan seolah-seolah macam adik beradik. Masakan kami pernah tidur sebilik, sekatil,setilam dan sebantal..hehe…gurau ja eh.. dan tidak lupa , kami pernah mandi sama-sama ( mandi laut).. huu.. memang seronok walaupun seketika. Dan banyak lagi kenangan bermakna yang telah kami ukir bersama.
Gambar-gambar ini sangat bermakna  setiap kali bisikan rindu menjelma, gambar-gambar inilah pengubat rindu. Tatkala aku menonton TV, ada saja wajah sahabat bermain-main dikaca TV, tatkala nak makan , ada saja wajah sahabat bermain-main difikiran, seolah dirasuk rindu. Tidur malamku asyik terjaga, terngiang-ngiang suara sahabat memanggil, tatkala aku pergi untuk mendakap, bayangan tu tiba-tiba hilang, adush kecewa….. "Ya Allah , sedangkan Zulaikha pernah sakit disebabkan rindu kepada Yusuf , inikan aku manusia biasa, maka janganlah rindu ini melebihi rindu aku kepadaMu ya Allah, rindu aku pada Muhammad bin Abdullah dan sahabat-sahabatnya". Tetapi rindu aku kepada mereka ini ialah mereka ini manusia yang menjalankan usaha Nabi dan sahabat-sahabat yang menegak agamaMu ya Rabbi.
Nak kata sahabat rapat tidaklah semua, Cuma indahnya hidup ini berlandaskan syariat. Menjaga batas pergaulan antara lelaki dan wanita. Tidak lupa juga kepada sahabat muslimat yang hadir dalam menceriakan hidup aku, walaupun aku tidak kenal pun majoriti mereka, “bukan tak mau kenai, tapi takot dan segan.. huhu..” tengok muka mereka ni macam harimau dekat zoo Melaka.. hehe.. gurau ja eh, jangan marah..  terima kasih kerana banyak membantu aku. InsyaAllah suatu hari kita pasti akan kenal… ceh… ops, sudah lewat malam ni, dah semakin merapu nampaknya.. hehe..
Itulah , kalau nak bercakap tetang sahabat ni sampai bila pun tak habis dan perhati setiap wajah sahabat ini juga membuat aku terasa sebak dan nak menangis pulak, entah kenapa hati aku yang dahulunya begitu ego  tetapi menjadi sayu tatkala melihat wajah mereka yang aku tinggalkan ini lantaran pula hadirnya waktu itu rentak sedih irama sayu lagu sahabat..huu..memang menusuk qalbukulah.  Walaupun aku bukanlah sahabat yang baik untuk mereka, tetapi mereka sahabat yang terbaik yang pernah hadir dalam arena sepanjang hidup aku walaupun hanya seketika waktu. Aku bersyukur kepadaMu ya Rabbi atas anugerah yang sangat bermakna ini.  
" Ya Allah hanya padaMu tempat aku mengadu, katakan yang aku cinta pada mereka keranaMu Ya Allah.
Ya Allah , Engkaulah tempat aku memohon segala hajat, katakan kepada mereka yang aku rindu saat bersama mereka ketika berjuang menegak agamaMu.
Ya Allah berilah mereka kesejahteraan kehidupan mereka disana.  Amin…"

Comments

  1. "Ukhuwah, Bukan Sekadar
    Kata Namun Sikap yang Nyata" :)
    situasi yg sama melanda..(",)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga