Katakan yang aku rindu pada mereka

Hmm… Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku habis membaca dan
mengkaji beberapa cerita tentang cinta Nabi yusuf dengan siti zulaikha , kisah
cinta yang sarat dengan isi yang bermakna, semuanya kerana Allah. Andai remaja
hari ini mengetahui cerita-cerita ini mungkin kesucian cinta itu tidak tercemar
seperti yang berlaku hari ini. Apa yang boleh aku simpulkan daripada cerita
tentang surah Yusuf ini ialah, inilah solusi dan kunci kepada kemelut masalah
cinta dan rumah tangga pada hari ini cuma wasilah atau pembawakan dia yang berbeza.
Aku ni kaki bola, tetapi sudah lama tak bermain seakan merasakan
kaki ini semakin membangku. Aduyai… Apa
pun aku peminat setia M.United, jangan ‘ jealous’ eh penyokong Arsenal yang semakin
merosot dicarta liga. Seronok menonton M.United bermain dengan meraih kemenangan
besar. hmm.. Sebelum tidur terasa rindu nak
menaip sesuatu, walaupun aku ni tidaklah pandai berkarya langsung tetapi
bolehlah sekadar untuk aku memuntahkan idea sendiri dan sebagai suri hati untuk
pembaca yang setia.
![]() |
Ni kami ketika mandi di lautan pasifik.. :P |
Gambar-gambar ini sangat bermakna setiap kali bisikan rindu menjelma,
gambar-gambar inilah pengubat rindu. Tatkala aku menonton TV, ada saja wajah
sahabat bermain-main dikaca TV, tatkala nak makan , ada saja wajah sahabat
bermain-main difikiran, seolah dirasuk rindu. Tidur malamku asyik terjaga,
terngiang-ngiang suara sahabat memanggil, tatkala aku pergi untuk mendakap,
bayangan tu tiba-tiba hilang, adush kecewa….. "Ya Allah , sedangkan Zulaikha
pernah sakit disebabkan rindu kepada Yusuf , inikan aku manusia biasa, maka
janganlah rindu ini melebihi rindu aku kepadaMu ya Allah, rindu aku pada
Muhammad bin Abdullah dan sahabat-sahabatnya". Tetapi rindu aku kepada mereka
ini ialah mereka ini manusia yang menjalankan usaha Nabi dan sahabat-sahabat
yang menegak agamaMu ya Rabbi.

Itulah , kalau nak bercakap tetang sahabat ni sampai bila pun
tak habis dan perhati setiap wajah sahabat ini juga membuat aku terasa sebak
dan nak menangis pulak, entah kenapa hati aku yang dahulunya begitu ego tetapi menjadi sayu tatkala melihat wajah
mereka yang aku tinggalkan ini lantaran pula hadirnya waktu itu rentak sedih
irama sayu lagu sahabat..huu..memang menusuk qalbukulah. Walaupun aku bukanlah sahabat yang baik untuk
mereka, tetapi mereka sahabat yang terbaik yang pernah hadir dalam arena
sepanjang hidup aku walaupun hanya seketika waktu. Aku bersyukur kepadaMu ya
Rabbi atas anugerah yang sangat bermakna ini.
" Ya Allah hanya padaMu tempat aku mengadu, katakan yang aku cinta pada mereka keranaMu Ya Allah.
Ya Allah , Engkaulah tempat aku memohon segala hajat, katakan kepada mereka yang aku rindu saat bersama mereka ketika berjuang menegak agamaMu.
Ya Allah berilah mereka kesejahteraan kehidupan mereka disana. Amin…"
"Ukhuwah, Bukan Sekadar
ReplyDeleteKata Namun Sikap yang Nyata" :)
situasi yg sama melanda..(",)