Dikaca mata orang lama
Dikaca mata orang lama sudah terpalit sejarah yang terkandung didalamnya pelbagai kisah yang segar dengan budaya adat resam orang asal dari keturunan dahulu. Ada sejarah yang kita perlu jadikan panduan untuk generasi dan ada sejarah yang kita perlu jadi pengajaran dan sudah pasti maksud sejarah itu benda yang sudah berlaku satu saat yang lalu.
Dikaca lensa orang baru masih keliru dengan sejarah dahulu mungkin sejarah sesuatu yang membosankan untuk ditelaah. Apabila ada saja provokasi dan kontroversi sejarah maka ramai yang berani mengeluarkan fakta dan hujah. Buku sejarah dirak-rak buku habis dipinjam dan menjadi laku dikedai buku pada ketika itu.
Cetusan misteri yang menjadi tanda tanya itu membuka era baru untuk manusia mengkaji sejarah walaupun cetusan itu mendapat tentangan yang hebat daripada ramai pihak dan golongan pro sejarah. Tetapi perubahan kepada kecintaan sejarah itu terdetik tatkala perihal cetusan ini dibahaskan. Mungkin cara cetusan misteri ini dapat mengatasi sindrom buta sejarah di negara yang semakin maju.
Tanya orang lama
Orang lama orang yang berpengalaman atau orang yang ada ilmu tentang sesuatu yang kita tidak tahu. Mungkin saya dahulu bukan daripada sekolah agama maka saya perlu berkawan dengan orang yang beragama untuk tanya perihal agama dan yakin dengan apa yang dipelajari. Mungkin belajar sendiri itu kebiasaan tetapi dari sudut keyakinan untuk itu masih rapuh.

Kalau dulu orang bayar bil dipejabat pos kini sudah ada e-payment hanya dihujung jari, tetapi orang lama terutama masyarakat kampung masih suka dengan cara lama dan sudah pasti alasan mereka tidak tahu mengguna teknologi. Tiada masa untuk mencuba kerana cara lama sudah sebati dalam kehidupan seolah merasakan sesuatu yang baru itu membebankan walaupun belum dirasai nikmatnya. Begitulah lumrah kitaran hidup manusia.
Manusia yang sibuk dengan urusan dunia seolah merasakan nikmat dunia ini sangat seronok untuk dikejar kerana mereka belum merasakan nikmat syurga walaupun mereka tahu nikmat syurga lagi seronok.
"andai manusia yang cinta dunia itu dicelup sekelip mata dalam nikmat syurga pasti dia akan melupakan segala nikmat didunia dan apabila dia dicelup sekelip mata dalam neraka pasti dia menyesal dengan perbuatannya dan mengatakan andai aku dapat hidup didunia aku tidak akan mensia-siakan masaku dengan beribadat kepada Allah walupun sesaat... "
Sistem baru yang dibawa oleh Nabi Muhammad dalam bangsanya ketika itu juga ditentang hebat oleh bangsanya sendiri kerana dikaca mata orang lama mereka lebih suka dengan cara jahiliah sebagai faktor kemajuan hidup mereka. Masakan pada ketika itu industri pembuatan berhala berkembang pesat dikalangan bangsa kafir quraisy sehingga menjadi antara platform utama dalam penstabilan ekonomi mekah pada ketika itu.
well, its a great point when we stop a while to learn a history.. keep it up.
ReplyDelete