Genetik perjuangan


Perjuangan itu tiada lagi tetapi hati masih mengatakan perjuangan itu mesti diteruskan....

Hati sudah membengkak melewati waktu yang semakin meluru, lorong kebahagiaan manakah yang harus didahului masakan anak-anak muda, masyarakat rapuh dilema jiwa yang terjerat dilembah masa yang dipersiakan. 

Kudapan bersama mereka sudah pasti membawa bersama amanah yang sangat berat untuk dipikul. Hanya mampu menunduk muka dan memikirkan sebuah perjuangan yang semakin mencabar.  Bualan sementara sebagai azimat bahawa perjuangan tetap diteruskan walaupun berbeda tempat dan suasana.

Sendiri dalam mewarnai bumi menongkah samudera bakti  dengan menghijaukan insan yang semakin menguning amatlah perih untuk diharungi mungkin mudah bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam dunia dakwah dan berjiwa murabbi.

 Tiada lagi alasan yang boleh diterima.. ' You should do it !! ' 

Cahaya itu sangat cantik berkilau dan sentiasa menerangi jiwa yang gelap . Ada biru, hijau,kuning merah dan hatiku terpaut pada kilauan coklat. Ntah kenapa aku lebih berminat pada kilauan coklat.  Kemana sahaja aku berada pasti ada cahaya yang menjelma menemani aku dalam perjuangan, memberi aku inspirasi hidup seorang insan yang berjuang. 


Kini cahaya itu sudah pergi, pergi dan pergi tiada lagi. Yang tinggal hanyalah sebatang tiang lampu yang sentiasa menanti cahaya walaupun dimamah hujan dan ribut. Sabarlah duhai tiang lampu, kelak pasti bercahaya kembali dengan sinaran yang hakiki di syurga yang abadi. 

Makna hidup yang memberi ibarat cahaya yang menerangi jalan walaupun cahaya itu berlainan warna. kepelbagaian itu memberi keadilan kepada citarasa insan yang berbeza. Berbeza hidup, berbeza budaya dan berbeza idealisme.

 Kadang-kadang kita hanya mengharapkan pemberian orang dan tidak cuba untuk memberi apa yang kita ada. Kata hati "apa yang aku ada", adalah motivasi diri yang melemahkan perjalanan.

Sentiasa memberi itu adalah latihan untuk menjadi insan pemberi, tetapi jangan angkuh sehingga kita lupa untuk menghargai insan lain yang mungkin masih bertatih untuk belajar memberi sesuatu. Keangkuhan itu datang daripada idealisme yang berbeza dan dari hati yang tidak dijaga dengan nilai nurani dan tiada sifat menghormati.

Erti memberi kerana adanya ukhwah sebagai pengaruh..

Ukhwah adalah suatu yang indah dan sisipan sejarahnya melahirkan semangat dalam kehidupan persahabatan yang dibantu atas dasar tafahum wa taawun. Monolog jiwa sering berbicara indahnya ukhwah walaupun sudah berlalu dan tidak lagi diketemukan semula bersama mereka waima mereka masih lagi seronok bersama disana. Bersama dalam bekerja di tempat yang sama, belajar dibidang yang sama dan bersama-sama bermusyawarah berkongsi cerita, bergelak tawa, riangnya gembira dengan orang yang sama.

Tiada lagi untuk berseronok ' You should do it seriously '  

 Belajar daripada pengalaman dalam membentuk kematangan dan belajar dari sesuatu yang baru sebagai kehormatan kepada ilmu Tuhan serta makanan kepada minda perubahan. Jangan bodoh sombong dalam kehidupan, kelak merugikan insan. Banyak bertanya dan membaca. 

Membaca adalah wahyu pertama diturunkan natijahnya sungguh mengagumkan bagi mereka yang membudayakan pembacaan melalui Al-Quran dan tafsiranya diamalkan dengan perbuatan.

"Allah akan mengangkat orang-orang yang beriman yang mempunyai ilmu diantara kamu dengan beberapa darjat"(QS.Al-Mujadallah : 11)

Ilmu Tuhan yang mengubah dunia. Dan dunia insan itu berbeza tetapi matlamatnya sama untuk mencapai kemenangan dan keamanan walaupun pertelingkahan idealisme itu sentiasa ada sehingga ada yang disisihkan  dan wujudnya kepelbagaian kumpulan. 

Tiada lagi masa untuk bercakap panjang ' You must do it, If you want It '

Permulaan  hidup Rasulullah dengan pelbagai masalah, tiada satu kebahagiaan yang diterima hatta lahirnya baginda tanpa bapa dan kematian ibunya Aminah pada awal kanak-kanak menghimpit lagi kemasalahan yang melanda. 

Kehidupan Nabi sentiasa dicaci dan dihina oleh kaum sendiri sehingga diugut bunuh, dipulau oleh masyarakat dan menjadi bahan ejekan. Sudahlah diejek, dibaling pula dengan batu, dibuat seperti orang gila, dikatanya pembawa ajaran sihir dan sebagainya. 

walaupun begitu, Rasulullah tidak pernah marah malah sentiasa senyum dengan apa yang menimpa dalam bertahun-tahun lamanya. Allah.... 

Sinarilah cahaya syafaatmu ya Rasulullah...

Tiada masa lagi ' You should do it better '

kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
bila cukup detik cukup masa
kembalilah kita kepadaNya

Kita ini tetamu senja
Kita datang kosong tangan kosong dada
bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala






  - ariz ahmad -

















Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga