Andaiku tahu sebelum mentari pagi....


Mulanya bicara dari hambaMu yang lemah lagi hina , perjalanan hidup kadang-kadang memberi gambaran berbeza atas beberapa faktor seperti keadaan sekeliling yang sering menjadi melodi atau rentak perjalanan hidup yang dihiasi manis dan pahit. Tika diarena permentasan dunia kadang-kadang diri ini alpa dengan aturan dunia namun atas nama seorang Muslim setiap gerak geri pasti terhijab dengan setiap kalimah Nya.

Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Ku." - Surah az-Zariyat: ayat 56.


Dalam kehidupan ini sudah tercipta antara kita punyai berlainan cara dan disebaliknya terdapat hikmah yang tersembunyi dimana manusia harus berfikir dan mencari persoalaan dan jawapan. dalam erti kata , setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati , maka wujudnya Doktor , tumbuhan dan binatang sebagai ubat maka semuanya saling memerlukan. Tumbuhan yang sering berhati mulia tidak jemu memberi Oksigen kepada kehidupan untuk bernafas dan begitulah sebaliknya.


Namun kelebihan akal yakni teknologi yang dicipta oleh Allah untuk manusia merupakan anugerah yang patut disyukuri. Setiap kemajuan yang berlaku di muka bumi ini adalah kerana akal seseorang untuk merancang dan mencipta. Dan disebalik akal Allah ciptakan hati supaya manusia tidak berputus asa dalam menjayakan sesuatu. Ketahuilah disebalik ciptaan manusia itu Allah beri pula keselesaan untuk manusia hidup. Apakah manusia belum bersyukur?

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? " surah Ar-Rahman


Allah ciptakan burung sebagai penghibur untuk manusia, dan kelebihan burung yang punyai sayap untuk terbang maka akal manusia bertindak dengan mencipta kapal terbang. begitulah kitaran kehidupan dunia yang sementara , dan Allah berfirman dalam surah An-An'am :

Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? (An-An'am:32)



harus diperhatikan 3 persoalan yang berkaitan dengan kehidupan kita :

  • Dari manakah kita datang?
  • Mengapakah kita didatangkan?
  • Kemanakah kesudahan kita?
--------------------------------







Comments

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Keistimewaan yang dijaga

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku