Port baru : Nu Sentral

Setiap orang ada cara tersendiri untuk mencari ketenangan. Hidup sebagai seorang pelajar sangat tertekan dan stress akibat banyak assignment yang perlu disiapkan dan ulangkaji pelajaran semua itu dapat menyebabkan kita tekanan dan perlukan ketenangan. 

Semangat belajar perlu diperbaharui setiap masa supaya momentum belajar dapat dikekalkan. Jadi bagi aku, aku ada cara sendiri untuk mencari ketenangan iaitu 'travel' atau lepak tempat yang aku suka dan tenang. Yelah, semua orang ada cara masing-masing untuk hilangkan stress contohnya baca Quran, dengar lagu, tidur, makan dan lain-lain. 

Aku suka lepak, suka jalan-jalan di tempat yang aku suka. So, setakat ini tempat yang paling aku suka dan mudah untuk pergi ialah Nu Sentral. Haaa.. Inilah tempat baru aku. Nu Sentral ialah sebuah shopping kompleks yang baru bersebelahan KL sentral. Baru dan unik. 

Mungkin ini taste aku untuk lepak. Window shopping, pergi kedai buku, makan atau tengok wayang kalau ada duit lebih. Aku suka Nu Sentral sebab tempat dia masih baru dan tidak ramai orang seperti di suria KLCC. So, aku suka tempat yang tak banyak orang maksud aku tak serabut kalau nak berjalan. 

Kalau dekat Suria KLCC.. Ramai sangat orang, nak jalan pun terlanggar-langgar. Walaupun KLCC ada taman yang sangat best. Tapi tak best kalau berseorangan di Taman. Tak ada apa. kalau dalam shopping kompleks boleh tengok kedai-kedai. Tengok gadget baru dan lain-lain. 

Tetapi kalau lepak ramai-ramai, tempat yang paling best ialah pergi air terjun. Itu selalu aku buat dengan kawan-kawan. Tetapi.. Banding pergi air terjun dengan Nu Sentral. Aku lebih suka Nu Sentral. Bukan tak best air terjun tu, tapi aku tak suka benda-benda yang merenyahkan kena bawa pakaian lebih, basah-basah, telinga masuk air.. Fuh.. Best tapi merenyahkan. 

Aku suka Nu sentral.. Lebih cool dan relax.. Tak perlu pun keluar duit banyak-banyak. Window shopping bagi aku cukup memuaskan. Pergi kedai buku, belek buku dan baca lepas itu pergi kedai samsung main Samsung Note 4 sampai puas (yang display punya). Lepas itu, makan fast food, kfc,burgerking,subway, aku rasa makanan paling murah dan berbaloi dekat KL ialah Fast food seperti kfc. 

Nu Sentral mudah sebab bersebelahan dengan KL Sentral. Jadi, kalau nak pergi balik senang. 

Jom sama-sama kita mencari ketengangan sebelum final exam bermula.. 









Comments

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Keistimewaan yang dijaga

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku