Kelas Terakhir

Satu semester sudah berlalu. Hari ini kelas terakhir bersama Dr. Fuzi. Dr. Fuzi pensyarah paling terbaik yang pernah aku belajar selain daripada Dr. Maszlee Malik. Aku tidak pernah rasa jemu dengan kelas beliau malah kalau 5 jam kelas dengan beliau pun tidak pernah rasa jemu. Ini hebatnya pensyarah ini. 

Selain daripada beliau, Dr. Maszlee Malik yang sentiasa sibuk, banyak kelas beliau terpaksa dibatalkan kerana komitmen beliau menjadi orang 'Tv' dan menjadi rebutan sebagai penceramah politik selain komitmen beliau dalam penulisan buku di karangkraf. Aku bangga dapat menjadi pelqjar beliau kerana Dr. Maszlee bukan calang-calang orang dan beliau orang yang sentiasa memberi ide baru diperingkat negara malah pernah menjadi moderator debat politik antara Rafizi dan KJ anjuran Karangkraf dan astro Awani sewaktu pasca PRU 13. 

Pensyarah lain seperti Dr. Abdi daripada Afrika yang fasih bercakap melayu kerana isteri beliau orang Melayu. Ilmu beliau sangat tinggi dan setiap kali beliau bersyarah sangat motivated sebab setiap kali topik yang diajar akan dikaitkan dengan kehidupan. Dr. Normala pensyarah perempuan melayu dan Dr. Abdul Qudus pensyarah dari Bangladesh keduanya pakar dalam ilmu administration. 

Apa pun, semua pensyarah aku hebat-hebat kerana kesemuanya berpengalaman lama dalam bidang masing-masing dan semester ini sangat best. Berbanding semester lepas ada pensyarah baru yang kurang matang dan pengalaman dalam bidang beliau sebab cara mengajar hanya melihat slide dan kurang common sense dengan pelajar. 

Terakhirnya, final exam bermula tidak sampai seminggu lagi, aku harap dapat buat yang terbaik dan mendapat result yang cemerlang. Wasalam.. 



Comments

Popular posts from this blog

Aku dan redvelvet

Keistimewaan yang dijaga

Sekuntum Cinta Termiliki untuk sahabatku