Kasut Converse

Oleh: Ariz Ahmad

Puan Rosnah memakir keretanya di hadapan rumah. Kereta BMW X3 itu hadiah daripada suaminya yang merupakan CEO Syarikat Penebitan di Malaysia. Selaku pembantu Syarikat Puan Rosnah sering sibuk dengan urusan kerja membantu suaminya dalam bidang penerbitan. Segala urusan rumah semuanya diurusakan oleh orang gajinya bernama Luna.

"Luna..." sahut Rosnah sejurus membuka pintu hadapan rumahnya. Luna yang sibuk mengoreng lauk di dapur terus bergegas menyambut Puan Rosnah yang tampak kepenatan setelah sehari suntuk bekerja.

"Sara sudah pulang dari sekolah? " tanya Rosnah kepada Luna sambil mendaki anak tangga untuk ke biliknya.

"Belum puan,  tapi sara ada telefon tadi, katanya ingin terus ke Pavilion mahu beli tiket konsert" Ujar Luna yang berdiri tegak  melihat Rosnah mendaki anak tangga ke biliknya.

 Tanpa habis mendaki anak tangga puan Rosnah berhenti dan menoleh ke arah Luna seraya bertanya              "Konsert apa?"

Luna yang sedikit terbeliak biji matanya melihat Rosnah yang tiba-tiba agak terkejut dan seolah tidak senang dengan perbuatan anaknya itu.

"Sa..Saya ngak tahu nak menyebut, tetapi bunyinya macam metal gitu" Jawab Luna yang tergagap-gagap dalam bahasa Indonesianya kerana terasa bersalah melihat Puan Rosnah kerana Luna harus bertangungjawab ke atas Sara sewaktu ibubapanya bekerja.

Namun, sikap Sara yang keras kepala dan seorang gadis bandar yang suka bersosial bersama rakan-rakan sekolahnya.

Puan Rosnah berasa risau dengan tindak-tanduk anak tunggalnya itu yang semakin meliar sejak masuk ke sekolah menengah. Sara tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada kedua ibubapanya yang sibuk bekerja.


*******

"Negara arab sedang bergolak, ribuan penunjuk perasaan di Mesir dibunuh oleh tenteranya sendiri dan kita sebagai umat yang bersaudara wajib membantu saudara seaqidah kita yang dibunuh dengan zalim" syarah Ain kepada anak usrahnya yang terpaku mendengar rentetan peristiwa yang berlaku di negara bergolak.

Selaku naqibah kepada anak usrahnya, Ain juga digelar tokoh isu semasa oleh sahabat-sahabatnya. Beliau bukan sahaja fasih dalam bahasa Arab malah segala  maklumat berkaitan isu semasa berkaitan dunia semuanya dijadikan makanan segera yang perlu dimakan sebelum memula harinya sebagai seorang mahasiswi. 

Tidak hairannya sebelum pergi ke kelas Ain akan membelek Ipad Mininya dan membuka pelbagai laman berita yang berkaitan dengan ekonomi, politik dan juga fesyen muslimah terkini.

"Lawa kasut converse kau " ucap seorang lelaki sambil ketawa kecil  yang berselesih melihat Ain yang bertudung labuh coklat, berjubah coklat cair dan berkasut converse bercorak hitam putih.

"Thank You" jawab Ain yang bersahaja tidak mengendahkan lelaki yang menegurnya dan matanya tetap menumpu pada Ipadnya sambil berjalan ke Kelas.

Selain minatnya dalam bidang agama dan isu semasa, Ain juga tidak terlepas daripada hobinya yakni mengumpul koleksi kasut Converse. Daripada kecil hingga sekarang Ain minat benar kepada kasut Converse. Katanya, muslimah perlu pakai kasut Converse kerana selesa untuk berjalan dan menutup aurat kaki. Biarlah tidak sedap mata yang memandang kerana Kasut Converse bukan hanya dicipta untuk lelaki tetapi perempuan juga.

Ain seorang yang berprinsip dan bijak melawan hujah sesiapa sahaja yang ingin berdebat dengannya.

"Kalau pencipta kasut Converse adalah Yahudi, laman Facebook juga dicipta Yahudi,  kenapa kita tidak boikot Facebook?" katanya seorang lelaki yang mensinis beliau kerana memakai Kasut Converse buatan yahudi  selainya ianya sangat kontra apabila dikenakan dengan jubah dan tudung labuh. 

*******

 " Esok hang pergi demonstarsi tak salleh ?" tanya Samad dalam bahasa utaranya kepada Salleh sambil membelek buku "Bahayanya Syiah".

"InsyaAllah.. pergi kot.. tapi aku takot la, sebab mak aku tak kasi" jawab Salleh yang rasa mahu tidak mahu kerana rasa bersalah.

"Apa nak takot.. Kerajaan Malaysia sudah memberi permit, lagi pun ini isu sensiviti Umat Islam" ujar Samad menyakinkan Salleh untuk pergi.

"Baiklah.. tapi kita pergi lewat sikit esok boleh? sebab aku ada temu duga dengan syarikat penerbitan esok pukul 9.00 pagi" jelas Salleh yang merupakan pelajar tahun akhir jurusan Mass Comunication.

"ok.." balas Samad sambil tersenyum riang.

  Keesokan harinya, mereka berdua bergegas ke ibu kota selepas urusan Salleh selesai. Perhimpunan aman yang dihadiri ribuan orang itu membanjiri ibu kota. Pihak polis mengawal dengan penuh dedikasi dan para peserta memberi kerjasama dengan begitu baik. Salleh dan Samad agak kelewatan ke tempat tersebut dan mereka agak ketinggalan kerana kesesakan ibu kota menyebabkan mereka sukar untuk memasuki perhimpunan dan akhirnya mereka sampai 10 minit sebelum perhimpunan tamat.

Namun begitu, Salleh dan Samad merasa puas kerana itu pertama kali mereka menghadiri perhimpunan seramai itu dan tampak bersemangat pada wajah setiap peserta. Ada yang membawa anak kecil, ada yang bekerusi roda dan bertongkat semua berkumpul demi menyatakan kesungguhkan mereka dalam memperjuangkan Islam.

"Hari ini umat Islam ditindas, negara-negara arab sedang bergolak, pembunuhan dan kezaliman setiap hari berlaku terutama di negara Palestin yang entah bila akan merdeka dari puak zionis" ujar daripada salah seorang tokoh sejurus menamatkan perhimpunan tersebut.

Salleh dan Samad berjalan ke motor mereka yang terletak jauh di belakang deretan kedai. Sewaktu berjalan mata Salleh terpaku pada 3 orang wanita bertudung labuh yang sedang dalam keadaan buntu kerana salah seorang daripada mereka kelihatan bermasalahan.

*******

Konsert Metallica telah bermula dengan rancaknya di Stadium Merdeka. Anak muda terkinja-kinja sebaik sahaja dentuman drum  yang mantap dan petikan gitar elektrik oleh gitaris terkenal selari dengan rentak lagu yang dinyanyikan bergenre rock.

Peminat-peminat tempatan sanggup berhabis ratusan ringgit demi sekeping tiket untuk menyaksikan artis kesayangan mereka yang diterbangkan dari US itu.

"Rock You" jerit Sara sambil melompat-lompat mengikut alunan rentak muzik tanpa henti. 

Dalam kesesakan itu Sara diasak oleh peserta konsert yang berduyun-duyun memenuhi Stadium sehingga menjadi padat dan sendat. Sara lemas dalam ribuan yang hadir. Semuanya peminat Metalicca bersemangat sehingga tidak memikirkan keadaan sekeliling. Mereka tidak kisah bersentuhan antara lelaki dan perempuan.

Metallica ialah kumpulan penghibur yang sangat popular di seluruh dunia. Mereka adalah kumpulan penghibur yang berentak rock dan ramai rockers tanah air berguru kepada mereka.

"Kasut aku.... !" Jerit Sara sambil melihat bawah kerana sebelah kasutnya tercabut kerana asyik melompat dan melayan muzik. Sara tidak mampu berbuat apa kerana keadaan sangat padat dan tidak boleh langsung  melutut ke bawah. Dia membiarkan saja sehingga konsert selesai.

Sebaik muzik berhenti, Sara meraba-raba melihat bawah sambil mencari sebelah kasutnya yang tercabut namun tidak jumpa kerana begitu ramai orang dan susah untuk bergerak. Meskipun begitu, Sara menunggu sehingga tamat konsert dan menunggu semua peminat beredar. Setelah Stadium mulai kosong, Sara masih mencari kasut mahalnya itu yang baru dibeli khas untuk konsert malam itu.

 Kasut yang berharga RM920 itu dibeli di sebuah kedai berjenama di Pavillion. Sudah tentu Sara sangat sedih sekiranya kasut tersebut hilang atau dicuri. Rakan-rakannya yang lain turut mencari namun tidak jumpa dan mungkin sudah dicuri.

"Assalamualaikum.. cari apa disini?" Sapa seorang pemuda yang  kebetulan juga seorang peminat Metallica. 
Tetapi wajahnya seperti orang alim kerana ada dua kesan lebam menghitam di tengah dahi. Senyumannya sungguh memikat dan wajahnya yang berseri dan berkaca mata tanpa bingkai seperti seorang berilmu.

"Oh, aku cari kasut aku.." Jawab Sara dengan nada yang bersahaja dan agak tekanan.

" Nikmat yang Allah bagi itu sangat banyak,tetapi sedikit saja yang bersyukur dengan nikmat Allah, apabila Allah menarik nikmatNya kembali, ramai yang marah dan melenting, ingatlah semuanya yang ada pada diri kita hanyalah pinjaman daripada Allah" Syarah pemuda tersebut sambil mata semua terkebil-kebil melihat pemuda tadi dari atas ke bawah.

Sara yang dalam kebingungan melihat pemuda tersebut, terasa ingin menghamburkan kata-kata tu kepada pemuda tersebut tetapi tiba-tiba pemuda tersebut mengeluarkan sebelah kasut yang hilang itu dari plastik yang dibawanya dan memberi kepada Sara.

Sara rasa teruja dan gembira, apabila Kasut mahalnya itu telah dijumpai.

"Tadi sewaktu konsert saya jumpa kasut ini  di tepi sana" kata pemuda itu sambil menunjukan arah yang dijumpainya.

Sejak hari itu Sara sangat terkesan dengan kata-kata pemuda tersebut dan seolah batu besar menghantuk kepalanya.

 Pemuda itu seorang yang fleksible. walaupun lagak seperti seorang Ustaz tetapi datang ke konsert Metallica sambil berdakwah.

Kebanyakan orang alim hari ini berada selesa dalam kelompok mereka sahaja, ramai diantara mereka yang takot untuk mendekati golongan yang kurang didikan agama. Siapa lagi yang hendak mengajak mereka ke jalan kebenaran melainkan kita.

Jangan kita melenting dan marah kepada mereka kerana hidayah itu milik Allah, maka kita yang kuat agama ini harus menjalankan amanah Allah untuk berdakwah.

"Hensemnya pemuda tadi.. " monolog hati kecil sara sambil senyum seorang diri di birai katil.

"Sudahlah hensem, alim dan rock pula tu.." monolog hati Sara lagi sambil ketawa kecil dalam hati.

Sejak hari itu Sara mulai berubah dan menumpukan kepada pelajarannya kerana SPM hampir tiba. Kata-kata pemuda itu menjadi movitasi kepada Sara supaya jadi wanita yang serba boleh dan bercita-cita menjadi seorang pendakwah kepada orang yang bermasalah.

Sara tidak lagi tinggalkan solat dan belajar menutup aurat dengan sempurna.

---------------------------
" Aduh...!" Jerit Ain sambil terduduk. Kakinya terjelopok apabila kasut Converse yang dipakainya lekang dan menyebabkan kakinya terseret.

"Eh, Ain, kau ok ke?" tanya sahabatnya Mahmudah sambil memapah Ain ke tepi jalan.

"Alamak, kasut aku dah lekang laa, sudah tertanggal tapaknya" ujar Ain dengan nada yang hambar dan suara yang keletihan kerana berjalan jauh.

Mereka baru sahaja selesai menyertai Perhimpunan Aman di ibu kota. Sewaktu berjalan menuju ke Stesen LRT Ain ditimpa musibah, kasutnya lekang dan terpaksa berjalan berkaki ayam. Setelah meneliti tiada sebarang kedai yang menjual kasut di sekitar itu. Kebanyakan kedai makan cina.

Kaki Ain melecet teruk kerana terseret di atas jalan Tar yang panas. Kaki yang dibaluti stokin hitam itu jelas kelihatan dan sebelah lagi berkasut Converse Putih.

Mereka berehat di tepi kedai foto Cina. Jelas keletihan keadaan mereka bertiga sambil menunggu sahabat-sahabat mereka yang lain yang masih berada di tempat perhimpunan. Ain membelek kasutnya yang lekang itu. Dia cuba mencantumkan bahagian yang lekang itu tetapi tidak berjaya kerana jahitan bahagian tepi tapak kasut itu sudah haus dan terputus. Mungkin akibat hentakan dan geseran yang banyak. Maklum sajalah, Ain sejak sibuk dengan berpesatuan  dia tidak sempat meneliti keadaan kasut kesayangannya yang semakin uzur itu dan akhirnya terjelopok dipertengahan jalan.

Tiba-tiba dua orang lelaki berjalan menuju ke arah mereka seolah ingin memberi pertolongan. Ain terpaku kepada seorang lelaki yang pernah dilihatnya sebelum ini dan Salleh pula berasa pelik kerana perbuatan Ain yang melihatnya tidak berkelip.

"Assalamualaikum.. kenapa ni? " Tanya Salleh kepada Ain dengan nada yang ingin membantu.

"Waalaikumussalam.. tapak kasut lekang" Jawab Ain yang bernada perlahan sambil mindanya mencerna untuk mengingati wajah pemuda itu.

Salleh pula terkejut apabila melihat kasut yang dipakai oleh Ain sama sebiji seperti  kasut seorang gadis yang pernah dibantunya sewaktu konsert Metalica 3 tahun yang lalu.

"Lawa kasut... " gurau Salleh bagi menghangatkan keadaan yang terdiam seketika itu.
Ain tunduk malu dan masih memikirkan betolkah pemuda yang beliau maksudkan itu adalah orang yang sama.

 Tanpa berfikir panjang Salleh menanggalkan kasut kulitnya lalu memberikan kepada Ain. Salleh hanya tersenyum dan Ain pula terkejut dengan perbuatan itu.

"Tanggungjawab seorang mukmin itu ialah menjaga kaum wanita, kerana sudah semulajadi wanita itu bersifat lemah dan lembut manakala lelaki pula bersifat keras dan tegas" Ujar salleh kepada 3 orang muslimat. Ain dan dua orang sahabatnya tersenyum mendengar kata-kata salleh.

"Dulu saya pernah tolong seorang wanita kerana kasutnya hilang, kasutnya sama sebiji seperti ini, tetapi orangnya sangat berbeza" sambung Salleh lagi meramahkan diri sambil diperhati Samad yang agak pemalu berhadapan dengan muslimat yang tidak dikenali.

Terdengar kata-kata itu Ain terus teringat bahawa lelaki yang sama selamatkannya.

"Ana lah wanita itu, kasut memang sama tetapi jiwa sudah berbeza kerana seorang jejaka" Ucap Ain lalu memakai kasut kulit Salleh.

Salleh memerhati tajam wajah Ain lalu bertanya lagi untuk mengetahui lebih.

"Analah Ain Maisarah yang enta selamatkan sewaktu di Konsert Metalicca 3 tahun yang lalu" sambungnya lagi bagi menjelaskan kepada Salleh.

******

Salleh mendapat tawaran bekerja di Sebuah syarikat Penerbitan.  Salleh seorang pekerja yang sangat berdedikasi dan telah mengubah Syarikat itu menjadi Syarikat penerbitan yang terbesar di Malaysia dan akhirnya beliau dipilih menjawat jawatan sebagai pembantu Pengarah bagi menggantikan pembantu pengarah yang lama.

"Tahniah Salleh... " Kata CEO Syarikat Penerbitan itu.

"Malam ini kenduri arwah isteri saya, jemputlah datang" sambung CEO itu lagi.

"Baik Bos... " ucap salleh dengan penuh taat.

Sewaktu di rumah Bosnya. Alangkah terkejut apabila beliau mengetahui bahawa Ain Maisarah adalah anak tunggal kepada En. Hamid yang merupakan CEO Syarikat Penerbitannya.

Kedua-dua terpandang sesama sendiri. Kelihatan mata Ain Maisarah yang masih merah dan membudar kerana sedih atas pemergian Ibunya Puan Rosnah. Puan Rosnah menghidap penyakit kanser rahim 3 tahun yang lalu dan setelah pembedahan dijalankan beliau tidak dapat diselamatkan.

Sejurus habisnya kenduri arwah, En. Hamid memperkenalkan Ain Maisarah kepada Salleh. Keduanya saling tersenyum kerana sudah kenal antara satu sama lain.

En. Hamid pula mencadangkan Ain memilih Salleh sebagai calon suami kerana Salleh seorang yang sangat dikagumi oleh bosnya itu. Tidak semua orang boleh menggantikan jawatan sebagai Pembantu Pengarah tetapi Salleh telah melamar hati En. Hamid terlebih dahulu dan akhirnya beliau dipillih.

"Macam mana Ain.. setuju tak dengan cadangan ayah?" tanya En. Hamid kepada anak perempuannya yang tunggal itu.

Ain terdiam sambil tersenyum.

"Mestilah nak... " jawab Ain sambil menundukkan muka malu-malu lalu mengangkat pinggan kenduri untuk dibasuh.

Salleh pula menghadiahkan hantaran  perkahwinan mereka dengan sepasang kasut Converse putih bercorak hitam kesukaan Ain Maisarah.

Tamat.












Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga