Andainya dihitung amalanku
Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu... Oh Tuhan

kalaulah aku dapat mengetahui berapa banyak pahala aku sekarang dan berapa banyak dosa yang aku lakukan pasti aku akan berhati-hati untuk tidak melakukan dosa. Dalam tempoh hidup manusia average 65 tahun , dalam 65 tahun itulah menentukan samaada kita masuk syurga atau neraka. susah ka nak masuk syurga ni?? . Disingkap kembali sejarah sirah Nabawiyah , bagaimana Rasulullah dan para sahabat dahulu hidup demi mendapatkan syurga Allah. Rasulullah yang telah dijanjikan syurga oleh Allah SWT pun masih bersusah payah hidup demi mengembangkan Islam bersama-sama sahabat. pelbagai mehnah dan trib
ulasi yang menghujani para anbia demi agama Allah. Maknanya disini nak dapat Syurga Allah tidak mudah sama sekali....
sejenak mengingati perjuang Islam zaman kerajaan usmaniyyah. dimana anak Sultan Murad yakni Sultan Muhammad Al-Fateh memegang tampuk pemerintahan pada usia 19 tahun dan mengepalai misi penawanan Kota Constantinople. pelbagai cabaran ditempuhi demi misi yang Mulia akhirnya berjaya mengukuhkan kedudukan Islam pada ketika itu. selain itu, Para Ulama dahulu yakni penentang-penentang Nasionalisme dan Orientalis barat berusaha menegakkan Islam sampai dipenjara dan dibunuh, seperti mana , berlaku di Iran pada zaman Ayatollah , seorang pejuang Iran yang menggunakan manhaj politik dalam menegakkan Daulah Islamiah dimana beliau telah mewujudkan kumpulan pejuang Mati Syahid. Itu semuanya sejarah....
Mulanya aku dipersimpangan ditengah-tengah bandar Bukit Bintang , niat dihati pada mulanya ingin pulang ke desa berjumpa keluarga sempena Cuti Tahun Baru Cina , tetapi malangnya tiket Bas sudah habis , mengharapkan tiket Kereta Api Tanah Melayu di KL Sentral pada saat akhir , dimuka Kaunter
" Akak , Tiket ke Alor Star ada lagi??" jawab si Akak tadi " Maaf dik , tiket dah habis......."
Aduyai , tak balik juga aku ni , buat penat ja angkat beg besar ni. dengan hati yang kecewa aku malas pulang lagi ke kampus dan ingin bermalam di Ibu kota untuk beberapa hari. Aku berjalan sampai ke Bukit Bintang dan bermalam di sebuah hotel " Hotel Clinton" depan Plaza Low Yat, Bukit Bintang. walaupun banyak rumah Saudara di KL tetapi aku malas menyusahkan mereka.. haha.. biasa la kan banyak duit , tidur hotel la beb... bukan apa aku ni jenis yang tidak suka meyusahkan orang lain dan suka hidup berdikari.
Malam itu hujan turun tak berhenti-henti ,
dari jendela bilik hotel melihat ramai manusia disekitar Bukit Bintang sibuk dengan urusan dunia masing-masing. Peliknya Bukit Bintang ini aku tengok banyak " foreigner" macam dekat bandar Las Vegas , Nevada.. haha... kurang mayarakat tempatan yang lepak dekat sini mungkin tidak sesuai kot dengan keadaan yang bising dan mungkin ianya sebagai destinasi pelancong .
Tatkala hujan berhenti dalam sekitar pukul 11 malam , aku keluar dari hotel, Dalam kesejukkan aku berjalan-jalan disekitar Bukit Bintang yang sesak dengan orang ramai yang berjalan dikaki lima dan disekitar kaki lima itu ada la sekelompok manusia yang kurang upaya meminta sedekah, sambil berjalan , berjalan dan terus berjalan disekitar kaki lima tiba-tiba ada seorang lelaki cina datang dengan membawa catalog gambar "orang" menghampiri diri aku.. ceh.. takut...
" hello Brother , i kasi lu offer baik punya , boleh tengok dulu.. " apa reaksi aku ..jeng3...hihi..
sambil senyum aku berkata " tak apa la, tq... " dalam hati aku , Astafirullahalazim.... Subahanallah... ini KL ka Los Angeles??
Rupanya lelaki cina tadi bapak kepada ayam yang sedang mencari pelanggan. gambar "orang" dalam catalog tu gambar anak-anak ayam. Ditirai malam aku berjalan sambil beristighfar , aku berjalan sambil membawa keimanan dan ketakwaan , dan aku cuba jauhi bisikan-bisakan nafsu dan syaitan . wajah Bukit Bintang pada ketika itu , masih meriah dalam suasana bising dengan manusia yang pelbagai rupa dan aksi tersendiri , ada yang sedang berniaga "direct-selling".
" Adik , nak Handphone tak ? baru lagi ni , harga murah.."
Aku berjalan buat tak tahu sahaja, sambil muka melangut tengok bintang , Handphone N8 tiruan , aku taw sangat... hehehe.. N8 harga sekarang RM1800.00 , ada ka dia jual RM300.00. tak logik. pelbagai rintangan yang aku lalui sepanjang perjalanan aku dikaki lima Bukit Bintang. Aku terus berjalan sampai ke Pavillion , jauh jugak aku jalan. sebenarnya tak jauh pun dekat
ja bagi mereka yang merasa. Pavillion ni tempat artis melepak dan orang kaya membazir duit, niat dihati nak membeli belah dekat Pavillion.. ceh.. tetapi malangnya dah tutup , sudah lewat malam pun...jimat duit aku..
Aku cuba mencari tempat tumpuan muda mudi tempatan selalu lepak, dekat situ banyak jugak muda mudi melepak , semua muda mudi kelas atasan la, mereka selalu lepak dekat Bistro. Aku pun " join " sekali lepak dekat Bistro, selepas penat berjalan berhenti sekejap , orang lain lepak dengan member, aku lepak sorang ja , huhu...
Di keheningan malam, aku lepak dekat Bistro, yang uniknya dekat BIstro ni start pukul 10.00 malam ada konsert free, artis underground buat persembahan sampai pagi, lagu semua best, layan beb. Sambil melepak sambil memerhati gerak geri anak muda yang pelbagai gaya, mentafsir manusia, sambil beristighfar dalam hati. Ada yang berpelukan macam suami isteri , Ada yang sedang keasyikan menghisap "Syisya", Ada yang aku tengok dah tak macam manusia dah , rambut yang pelbagai warna,datang dari planet mana aku pun tak taw. Aku berdoa agar suatu hari insan seperti mereka mendapat hidayah daripada Allah SWT dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka ,sebab kita tidak tidak boleh membenci orang seperti ini, dan seharusnya kita mendekati dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Kerana berdakwah itu tugas setiap umat Muhammad .dan konsep berdakwah ada pelbagai cara.
Tapi kurangnya dekat bistro ni kan, makanan dan minuman dia mahal, normal la kan KL. Air sahaja aku "order " segelas " Rm8.00" , majoriti harga air yang berperisa semua " RM6.00" dan ke atas. mahal beb.makanan lagi la bapak mahal. lain kali bawak makanan sendiri lepak sini. hihi.
" sebenarnya sebagai seorang manusia , kita tak boleh mentafsir keadaan sekelompok manusia melalui kata-kata tanpa ada bukti yang kukuh. maka kita kena berani turun tengok sendiri keadaan anak muda. baru kita tahu dengan mata hati melalui pengalaman. buka hanya cakap tak serupa bikin. keadaan sekarang manusia hanya mampu berkata dan percaya cakap orang tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu."
selepas lepak sampai pukul 1.oo pagi , mengantuk sangat then balik hotel tidur....... ZZzzzzzzz... sambung esok lak yeeeer..........
Pengajarannya , ke manakah hala tuju manusia sebenarnya? , adakah Allah mencipta dunia sahaja , jawapannya tidak.Allah mencipta Dunia dan Akhirat dan Allah memberi ujian kepada menusia di dunia untuk menilai siapakah yang layak ke syurga atau sebaliknya.
Dalam solat kita sering kali kita membaca " Innasolati wanusuki , wamahyayati , wamamati . Lillah... " sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku , hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.. "
"marilah kita bermuhasabah "
- Ariz Ahmad-

sejenak mengingati perjuang Islam zaman kerajaan usmaniyyah. dimana anak Sultan Murad yakni Sultan Muhammad Al-Fateh memegang tampuk pemerintahan pada usia 19 tahun dan mengepalai misi penawanan Kota Constantinople. pelbagai cabaran ditempuhi demi misi yang Mulia akhirnya berjaya mengukuhkan kedudukan Islam pada ketika itu. selain itu, Para Ulama dahulu yakni penentang-penentang Nasionalisme dan Orientalis barat berusaha menegakkan Islam sampai dipenjara dan dibunuh, seperti mana , berlaku di Iran pada zaman Ayatollah , seorang pejuang Iran yang menggunakan manhaj politik dalam menegakkan Daulah Islamiah dimana beliau telah mewujudkan kumpulan pejuang Mati Syahid. Itu semuanya sejarah....
Mulanya aku dipersimpangan ditengah-tengah bandar Bukit Bintang , niat dihati pada mulanya ingin pulang ke desa berjumpa keluarga sempena Cuti Tahun Baru Cina , tetapi malangnya tiket Bas sudah habis , mengharapkan tiket Kereta Api Tanah Melayu di KL Sentral pada saat akhir , dimuka Kaunter
" Akak , Tiket ke Alor Star ada lagi??" jawab si Akak tadi " Maaf dik , tiket dah habis......."
Aduyai , tak balik juga aku ni , buat penat ja angkat beg besar ni. dengan hati yang kecewa aku malas pulang lagi ke kampus dan ingin bermalam di Ibu kota untuk beberapa hari. Aku berjalan sampai ke Bukit Bintang dan bermalam di sebuah hotel " Hotel Clinton" depan Plaza Low Yat, Bukit Bintang. walaupun banyak rumah Saudara di KL tetapi aku malas menyusahkan mereka.. haha.. biasa la kan banyak duit , tidur hotel la beb... bukan apa aku ni jenis yang tidak suka meyusahkan orang lain dan suka hidup berdikari.
Malam itu hujan turun tak berhenti-henti ,

Tatkala hujan berhenti dalam sekitar pukul 11 malam , aku keluar dari hotel, Dalam kesejukkan aku berjalan-jalan disekitar Bukit Bintang yang sesak dengan orang ramai yang berjalan dikaki lima dan disekitar kaki lima itu ada la sekelompok manusia yang kurang upaya meminta sedekah, sambil berjalan , berjalan dan terus berjalan disekitar kaki lima tiba-tiba ada seorang lelaki cina datang dengan membawa catalog gambar "orang" menghampiri diri aku.. ceh.. takut...
" hello Brother , i kasi lu offer baik punya , boleh tengok dulu.. " apa reaksi aku ..jeng3...hihi..
sambil senyum aku berkata " tak apa la, tq... " dalam hati aku , Astafirullahalazim.... Subahanallah... ini KL ka Los Angeles??
Rupanya lelaki cina tadi bapak kepada ayam yang sedang mencari pelanggan. gambar "orang" dalam catalog tu gambar anak-anak ayam. Ditirai malam aku berjalan sambil beristighfar , aku berjalan sambil membawa keimanan dan ketakwaan , dan aku cuba jauhi bisikan-bisakan nafsu dan syaitan . wajah Bukit Bintang pada ketika itu , masih meriah dalam suasana bising dengan manusia yang pelbagai rupa dan aksi tersendiri , ada yang sedang berniaga "direct-selling".
" Adik , nak Handphone tak ? baru lagi ni , harga murah.."
Aku berjalan buat tak tahu sahaja, sambil muka melangut tengok bintang , Handphone N8 tiruan , aku taw sangat... hehehe.. N8 harga sekarang RM1800.00 , ada ka dia jual RM300.00. tak logik. pelbagai rintangan yang aku lalui sepanjang perjalanan aku dikaki lima Bukit Bintang. Aku terus berjalan sampai ke Pavillion , jauh jugak aku jalan. sebenarnya tak jauh pun dekat

Aku cuba mencari tempat tumpuan muda mudi tempatan selalu lepak, dekat situ banyak jugak muda mudi melepak , semua muda mudi kelas atasan la, mereka selalu lepak dekat Bistro. Aku pun " join " sekali lepak dekat Bistro, selepas penat berjalan berhenti sekejap , orang lain lepak dengan member, aku lepak sorang ja , huhu...
Di keheningan malam, aku lepak dekat Bistro, yang uniknya dekat BIstro ni start pukul 10.00 malam ada konsert free, artis underground buat persembahan sampai pagi, lagu semua best, layan beb. Sambil melepak sambil memerhati gerak geri anak muda yang pelbagai gaya, mentafsir manusia, sambil beristighfar dalam hati. Ada yang berpelukan macam suami isteri , Ada yang sedang keasyikan menghisap "Syisya", Ada yang aku tengok dah tak macam manusia dah , rambut yang pelbagai warna,datang dari planet mana aku pun tak taw. Aku berdoa agar suatu hari insan seperti mereka mendapat hidayah daripada Allah SWT dan pintu taubat sentiasa terbuka untuk mereka ,sebab kita tidak tidak boleh membenci orang seperti ini, dan seharusnya kita mendekati dan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar. Kerana berdakwah itu tugas setiap umat Muhammad .dan konsep berdakwah ada pelbagai cara.
Tapi kurangnya dekat bistro ni kan, makanan dan minuman dia mahal, normal la kan KL. Air sahaja aku "order " segelas " Rm8.00" , majoriti harga air yang berperisa semua " RM6.00" dan ke atas. mahal beb.makanan lagi la bapak mahal. lain kali bawak makanan sendiri lepak sini. hihi.
" sebenarnya sebagai seorang manusia , kita tak boleh mentafsir keadaan sekelompok manusia melalui kata-kata tanpa ada bukti yang kukuh. maka kita kena berani turun tengok sendiri keadaan anak muda. baru kita tahu dengan mata hati melalui pengalaman. buka hanya cakap tak serupa bikin. keadaan sekarang manusia hanya mampu berkata dan percaya cakap orang tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu."
selepas lepak sampai pukul 1.oo pagi , mengantuk sangat then balik hotel tidur....... ZZzzzzzzz... sambung esok lak yeeeer..........
Pengajarannya , ke manakah hala tuju manusia sebenarnya? , adakah Allah mencipta dunia sahaja , jawapannya tidak.Allah mencipta Dunia dan Akhirat dan Allah memberi ujian kepada menusia di dunia untuk menilai siapakah yang layak ke syurga atau sebaliknya.
Dalam solat kita sering kali kita membaca " Innasolati wanusuki , wamahyayati , wamamati . Lillah... " sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku , hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah.. "
"marilah kita bermuhasabah "
- Ariz Ahmad-
Comments
Post a Comment