tak dijangka , kujumpa manisnya

nak pergi ke tak nak pergi , hmm... pergi je lah... tp xkn aku sorang ja laki... segan dowh, cikgu cakap kem kali nie agak mencabar sikit, hmm... lntaklah sikit ja pown, tapi... cuti sekolah, camne ni.. tp kalau aku pergi mesti aku dapat ramai kawan dapat jumpa kawan lama, pergi je la...
Kursus BTN kali ini bertempat di Kem BTN Balik Pulau, aku dan rakan-rakan maktab aku seramai 6 orang menyertai kem tu, walaupun agak keberatan tetapi semangat yang memaksa kami untuk menyertainya...
Kem BTN kali ini disertai oleh gabungan 3 buah MRSM iaitu Balik Pulau , Kepala Batas dan Transkrian. seramai 38 orang peserta 14 lelaki dan 24 perempuan ,semuanya telah menyertai kem ini dengan jayanya..
kerjasama antara kami telah membuahkan hasil yang cemerlang dan layak untuk menyertai kursus seterusnya.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah War Game , Jungle Treaking , berakit di laut dan Flyingfox. Kem selama 3 hari itu telah memberi banyak kenangan yang tidak dapat aku lupakan sampai bila-bila. kami ibarat satu keluarga yang tidak akan berpisah kerana kem ini merupakan tali ikatan ukhuwah fillah antara kami semua... berat sama dipikul ringan sama dijinjing merupakan platform paling asas dalam membentuk ukhwah fillah dan silaturrahim antara kami.
untuk pengetahuan , semua peserta yang meyertai terdiri daripada ahli badan-badan kepimpinan pelajar m

pengalaman yang tidak dapat aku lupakan ialah apabila kena obor-obor semasa berakit di laut , dah la dekat sejam atas rakit tiba-tiba obor-obor melekat pada kaki aku, sakit seyh...
hampir menempah maut
semasa aktiviti jungle treaking kami telah meredah hutan rimba mengikut kumpulan , kebetulan aku kumpulan satu dan berjalan dihadapan sambil diiiuti oleh kumpulan lain dalam perjalanan tiba-tiba seekor ular sedang berlingkaran atas dahan pokok. kusangkakan dahan pokok apabila menhampiri tiba-tiba ular itu panggung tepat dihadapan mataku kira-kita 10cm , aku terkejut sambil fesi pak puzi menjerit dan menrik aku kebelakang. ular itu hampir mematuk aku. dalam pada itu aku terus trauma dan bersyukur kepada tuhan kerana selamat. menurut fesi pak puzi ular itu sangat berbisa dan boleh maut kalau kena patuk. perjalanan kami berhenti seketika untuk mengalihkan ular tersebut. muka aku terus pucat dan rakan aku yang lain terus memberi semangat dan nasihat supaya berhati-hati ketika berjalan. sampai ditempat destinasi semua fesi memberi nasihat kepada aku dan bersyukur aku selamat. Namun , peristiwa itu tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. Aku bersyukur kerana aku terpilih untuk mengikuti kem ini.....
aku bersyuko ko x diptuk..
ReplyDelete