telahku pilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu,jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan
Namun Tuhan,Ampuni aku,Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang dan
Terlalu pahit untuk ditelan.Tapi terus-terusan aku gagahkan demi menggapai cintaMu Yang Esa
Bantulah aku Tuhan ,jika rinduku ini imaginasi syaitan, dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku
Tolonglah aku Tuhan untuk mengisi bejana cintaku untukMu agar aku takkan pernah dahagakan cinta dari insan yang tak halal bagiku ,teguhkan kasihku untukMu agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini
Gagahkan aku Tuhan untuk menenggelamkan kapal cinta manusia walau ia se'gah' bahtera 'Titanic' tetapku pinta ia karam jika belayar ia di lautan dosa
Dan kumohon Tuhan damaikanlah ombak di hati walaupun ribut datang mengundang kasihku diikat di dasar Rabbi kerana ianya lumrah ujian.. dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Comments
Post a Comment