Siapa cahaya kecantikan?
Sedar tidak sedar, tahun ini tahun terakhir bagi aku di Maktab ini dan tahun ini juga aku akan menduduki SPM. Study , study and study…. “ wong ang tolong aku jawab soalan ni jap” begitulah aku diasrama tiap-tiap malam bersama roommate tersayang , hari-hari stay up sampai tengah malam , kadang-kadang kami berbual tentang hal masing-masing , cerita tentang semasa di menengah rendah dahulu , banyak peristiwa yang tidak dapat kami lupakan semasa di tingkatan satu , dua dan tiga dan masih segar dalam ingatan. Peristiwa itu membuatkan aku terkenang semula nostalgia silam aku bersama rakan-rakan lama aku yang dahulunya kami belajar bersama-sama di dalam teratak Delta tercinta yakni kelas aku dahulu.
Sesegar hijau daunan ,
Begitula kita diibaratkan ,
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita,
Antara kita semua……
Sedap suara Husin yang kini merupakan vokalis kumpulan nasyid di maktab aku, itulah antara keistimewaannya kelas aku dahulu , ada radio bergerak. Setiap kali waktu kelas , Husin akan menyanyi lagu sambil study sambil dicelah oleh wan yang merupakan rakan semeja aku dahulu, walaupun suaranya agak sumbang..hahaha… semasa ditingkatan dua , aku mula bergaul dengan semua rakan sekelas aku berbanding ditingkatan satu dahulu aku hanya berkawan dengan kawan lelaki sahaja maklumlah malu tak bertempat. Menoleh kebelakang pun tak pernah, apatah lagi berbual.
Semasa di tingkatan dua aku cuba memberanikan diri untuk bermesra dengan rakan sekelas aku terutama rakan perempuan . “ Muhammad , jangan la jadi pediam sangat “ terngiang-ngiang ditelinga suara Cikgu Linda yang menegur aku minggu dahulu. Baru aku sedar aku ini pendiam rupanya , Ah, tak kesah la , aku cuba untuk bermesra juga walaupun hati ini agak keberatan. Dengan lafaz bismillah aku menoleh kebelakang tanpa segan silu selepas menoleh kebelakang aku berasa mata aku bersilau-silau “cahaya apakah ini , begitu terang sehingga bersilau-silau seperti cahaya bulan yang memancar”. Lalu tanpa kusedari aku terjatuh dari kerusi. Setelah aku sedar aku berada di atas lantai yang agak berdebu sambil rakan-rakan aku yang lain ketawa berdekah-dekah. Aku bangun tanpa segan silu lalu duduk semula diatas kerusi dengan muka tebal. Aku rasa bagai mimpi dan aku terus pandang kemeja study aku. Aku terus memikirkan cahaya apakah itu? Banyak soalan yang timbul dikotak fikiran aku. Aku terus tertanya-tanya untuk mengetahui cahaya itu yang sebelum ini aku tidak pernah sedari kewujudannya.
“oyt, ang ok ke, hahaha” Tanya Acya dengan tiba-tiba datang ke tempat aku , aku mengangguk sahaja sambil tersipu malu. Itu kali pertama , Acya mengeluarkan suaranya kepada aku , aku berdiam sahaja lalu lAcya kembali semula ketempatnya yang berada nun disudut belakang kelas. Aku menoleh kebelakang sambil melihat Acya yang sedang ranjak berbual dengan Aida sambil menhisap lollipop. Selepas daripada kejadian itu , kelas aku sentiasa meriah dan aku tidak malu lagi berhadapan dengan rakan-rakan aku yang lain dan kelas aku sentiasa diterangi dengan cahaya yang telah memalukan aku tempoh hari. Cahaya itu sentiasa menemani aku dan rakan-rakan semasa di Kelas. Semasa aku berada dalam kegelapan cahaya itu menerangi aku dan rakan-rakan. Tetapi aku tidak pernah menghampiri cahaya tersebut dan jarang untuk mengetahui kewujudannya. Begitu aneh dan specialnya kelas aku. Pelbagai kejayaan yang kami peroleh hasil kerjasama rakan sekelas semasa dimenengah rendah.
Pada suatu hari, hati aku mulai terdetik untuk mengetahui tentang cahaya tersebut. “Acya , apakah nama cahaya yang menerangi kelas kita itu” Tanya aku dengan malu-malu. Acya dengan terkejut lalu ketawa sambil berkata “ Cahaya mana ni , ang demam ka , hahaha” . Aku kehairanan, kenapa acya tidak mengetahuinya , sedangkan ia begitu jelas kelihatan. “ wei , ampa Nampak tak cahaya yang menerangi kelas kita itu” Tanya aku dengan penuh harapan untuk mengetahui kepada Man , Wan ,dan Asyraf. Seraya mereka mentertawakan aku sambil diikuti rakan yang lain. “ pe ni Mat, demem ka” tegur Yen yang menyindir. Aku terus megerut dahi , dan tidak berpuas hati , cahaya yang selama ini kelihatan begitu terang rupa-rupanya dua anak mata sahaja yang dapat melihatnya.
Aku terus membiarkan apa yang berlaku , dan aku tetap percaya aku tidak mimpi ,dan aku tidak demam. Aku terus melihat cahaya tersebut hari demi hari walaupun dari jauh dan hanya di kelas sahaja cahaya itu menjelma. Setiap kali tidur , aku sering teringat akan keanehan cahaya itu , setiap kali cuti sekolah otak aku sering dibuai-buai oleh cahaya itu dan semakin hari semakin rindu akan cahaya itu tanpa berbicara. Setiap kali aku melihat bulan , cahaya itu menjelma dipermukaan bulan. Begitu cantik sekali cahaya itu walaupun dari jauh. Kring!! Kring!! Telefon bimbit aku berbunyi , acya mengirim satu pesanan ringkas SMS kepada aku , katanya ada seseorang kirim salam kepada aku, tanpa bertanya aku terus menjawab salam dan tidak terlintas difikirankan aku untuk menanyakan semula siapa gerangan yang mengirim ucapan tersebut ekoran kredit aku yang kehabisan. Apabila kembali ke sekolah selepas cuti selama dua minggu ,perasaan aku begitu gembira untuk bertemu dengan cahaya itu kembali , pada hari pertama persekolahan, aku dan rakan-rakan berjalan menuju ke kelas dengan membawa beg yang mengandungi kerja masa cuti yang perlu diserahkan kepada guru mata pelajaran. Setibanya dikelas .Aku terkejut dan hairan mata aku meliar-liar mencari cahaya tersebut, cahaya yang kulihat selama ini tiada walaupun sehari suntuk aku berada di kelas namun cahaya itiu tidak muncul. Aku kehairanan dan sering menoleh ke belakang untuk mencari cahaya tersebut. “oyt, apasal ni muram ja , homesick ek” Tanya Jue yang berada di belakang aku , aku berpura-pura senyum dan mengelengkan kepala. Aku takut ditertawakan lagi oleh rakan sekelas aku ekoran pertanyaan aku yang memelikkan mereka tempoh hari.
Setelah seminggu cahaya itu tidak juga muncul . aku terus berasa pelik dan kerinduan aku semakin mebuak-buak. Aku terus mnumpukan perhatian apa yang diajar oleh guru walaupun dikotak fikiran aku masih terlintas pancaran cahaya itu.Sungguh cantik cahaya itu , walaupun cahaya itu sudah hilang namun, ia masih melekat dalam kalbuku. Aku cuba mencari jalan untuk mencari dan mengetahui kewujudan cahaya tersebut walaupun ia sudah tiada lagi.
“ Muhammad , cuba jawab soalan ini , apakah sebutan Cahaya dalam bahasa Arab?” Tanya ustaz Amin kepadaku sambil aku tersentak dan mencari-cari kamus bahasa arab yang baru dibeli pada waktu cuti yang lalu. Aku terus mencari maksud cahaya dalam bahasa arab.. “ cahaya dalam bahasa arab ialah Nur, ustaz” aku menjawab dengan penuh keyakinan. Baru aku teringat Cahaya yang aku lihat itu namanya Nur kalau dalam bahasa arab, Sedap nama Itu. Hari demi hari , minggu demi minggi.. Rindu aku kepada cahaya tersebut semakin bertambah dan susah untuk aku melupakan cahaya itu , Bertapa cantiknya cahaya itu bagai sang bulan purnama yang menerangi malam yang sepi.
ingatkan kau kepada
embun pagi bersahaja
yg menemanimu
sebelum cahaya
ingatkan kau kepada
angin yg berhembus mesra
yang kan membelaimu cinta
Nyanyian Husin membuatkan aku tenang ketika itu sebelum ujian Selaras bagi mata pelajaran Bahasa Arab bermula. Semua rakan sekelas aku tekun membaca buku bahasa Arab dan nota-nota ringkas sebelum ujian bermula. Aku membuka kamus bahasa arab dan mencari perkataan yang aku tidak tahu sambil melihat nota ringkas yang aku buat. Sebelum ujian bermula aku membaca bismillah sambil cikgu mengedarkan kertas ujian bahasa Arab di meja masing-masing. Setelah masa untuk menjawab bermula aku terus memegang pensil 2B jenis Stabilo yang dibeli di Koop semalam dan membuka kertas bahasa arab tersebut . soalan pertama ialah menukar ayat dalam bahasa arab.
Soalan satu , sila tukarkan ayat di bawah dalam bahasa arab.
1. Di mana cahaya kecantikan.
Aku hanya tersenyum melihat soalan tersebut lalu menjawabnya dengan penuh keyakinan. Tiba-tiba aku tersentak seketika dengan jawapan yang aku berikan. “Adakan jawapan aku ini betul “ bisik hati kecilku. Selepas habis ujian selaras Acya datang kepadaku lalu member aku sekeping surat “ oyt, nah ada orang bagi surat”. Aku ambil surat itu dengan penuh seribu tanda tanya lalu membuka dan membacanya. Surat yang berwarna ungu itu sungguh cantik tulisannya.
Assalamulaikum,
kuteringat hati
yang bertabur mimpi
kemana kau pergi cinta
kekuatan hati
yang berpegang janji
genggamlah tanganku cinta
ku tak akan pergi
meninggalkanmu sendiri
temani hatimu cinta.
Ikhlas daripada: cahaya kecantikan
Aku tergamam dengan isi surat yang ditulis itu , “ ang silap bagi surat kat aku ka?” siapa cahaya kecantikan?
-tamat-
gud writing. =D
ReplyDelete