kembalikan Nur Imanku...

" ariz jom la tengok wayang hujung minggu ni , dont worry aku belanja k.. "
" ariz kau nak makan ape ambil lah semua ni aku belanja , tak cukup bagi taw "
" ariz . alah sekejap lagi la kita solat, kalau kau tak main nanti kita kalah"

owh, sejenak mengingat kembali aku dipementasan filem-filem hitam ciptaan nafsu acap kali mengganggu fikiran , mengapa susah untuk aku menolak semua itu?? mengapa aku dijadikan sebagai watak utama dalam pementasan sebuah perjalanan kehidupan yang tiada erti.

waktu itu Nur Iman bersama aku berjalan disebuah perkampungan yang aman dan damai, setelah kepenatan berjalan aku dan Iman berehat di bawah sebatang pokok yang rimbun , angin bertiup-tuip sambil daun-daun keguguran dilantai bumi. Indahnya pada saat itu , melihat kanak-kanak sedang bermain kejar-kejar.

Nur Iman : Ariz , awak tahu apa akan jadi kepada kanak-kanak itu apabila dia besar nanti.
Ariz : erm , tak tahu , bukankah itu semua ketentuan Illahi.

Nur Iman seorang sahabat yang baru aku kenali dari kampung sebelah , kampung pinang sebatang. Nur Iman seorang gadis kampung yang berakhlak mulia , sopan santun, berbudi pekerti.. yang tinggal bersama bapanya. ibunya telah meninggal dunia akibat barah. Bapanya Haji Takwa seorang imam dikampung pinang sebatang. Nur Iman ni seorang pendiam, dan seorang yang cepat terasa, Nur Iman juga seorang yang cantik dan menjadi kegilaan lelaki-lelaki.

Nur Iman : ariz, saya dengar awak nak berpindah ke bandar , betul ke??

ariz : ya , saya akan berpindah ke bandar ikut bapak saya. lagi pun dekat bandar ada macam-macam ada wayang, ada Shopping complex, macam-macam ada.huhu. kampung ni bosan la

Nur Iman : awak tak suka duduk kampung ka? kampung ni aman damai , nyaman , lagi pun kalau awak duk sini , awak boleh teman saya pergi memancing ikan, main masak-masak, belajar ilmu agama ngan bapa saya.

ariz : tak apa lah , saya tak suka memancing , lagi pun dekat bandar ada sekolah , boleh saya belajar dekat sana , ramai kawan boleh ajar. nanti raya saya balik boleh kita jumpa. awak jangan risau.

Aku pun berpindah ke bandar........bandar Tasik Kasuma.. yahoo.. seronoknya..

ariz : waa, besarnya.. eyh ada Bullet Train. waa.. Disney Land..

sejak aku tinggal dibandar aku berkawan dengan pelbagai spesis manusia , ada tinggi , ada pendek , ada gemok , ada kurus , ada hitam dan ada yang putih. macam-macam ada.

Nafsuhaila : hye , awak baru disini ke?? my name is Nafsuhaila Dujana, call me NAFSU..

Ariz : owh, hye sya ariz dari kampung .

Nafsuhaila : owh , orang kampung.. mesti awak tak tahu kan ape ada kat bandar ni , sudilah awak jadi kawan saya, nanti saya bawa awak jelajah bandar ni.. bandar ni best macam-macam ada beb.

semenjak itu, aku mula merasai keseronokan macam-mcam aku rasa. aku makin melupai asal usul aku, aku mulai terjebak dengan budaya yang asing bagi aku sebagai seorang melayu sejati apatah lagi sebagai seorang muslim.

Nafsuhaila : ariz , jom i belanja u tengok wayang .

Ariz : awak ni belanja saya tak abis duit ke. banyak pulak duit awak.

Nafsuhaila: hello.... bapak saya Dato beb, duit awak jangan risau la. semua halal. rasuah pun sikit jer.

Ariz : awak ni tak membazir ke? macam-macam beli, pastu buang mcam tu jer.. ni KFC, McD, Pizza hut , sapa nak makan.. tak kan kita dua ja...tak abis kot nanti.

Nafsuhaila: alah , tak abis buang je la..

Ariz : lantak awak la... duit awak.. ( ape la punye pompuan, mcam ni nak jadi GF aku , bwekk!! )

Nafsuhaila : ariz, nak ikot tak I malam ni tak??, ada party birthday dekat rumah kawan , jom la nanti boleh I kenalkan awak dengan kawan I.

ariz : ye ke , ok... boleh-boleh... saya pun nak cari sahabat.

tanpa berfikir panjang nafsu mengajak aku pergi birthday party.. dah la pergi sebelum maghrib. hye tiap-tiap hari nak kena Qada' solat.. ape cer..... ish! lantak lah... sampai saja dirumah kawan nafsu , terkejut besar aku.

Ariz : ini rumah ke hotel , waa... banglo, 14 tingkat, kereta 9 buah, ada 3 kolam renang. berapa orang penghuni rumah ini??

Hawa: hye , ni ke kawan Nafsu , hmm.. sweet... masuk la..

Ariz: ni rumah awak ek?? berapa orang tinggal kat rumah ni ??

Hawa: owh , saya anak tunggal , mama dan papa saya ada urusan dekat america. saya tinggal sorang saja dengan orang gaji.

Ariz : owh... ( kenapa la dia tak bagi saja harta ni dekat orang-orang yang memerlukan.. membazir betol)

Nafsuhaila: ladies and gentlemen, let enjoy.. yeah ( sambil lagu disko ranjak berkumandang)

malam tu habis, semua jadi liar, aku sudah tidak terkawal lagi... oh nur Iman, help me! nur Iman.. help me!! help me!! nafsu semakin kuat membedil. aku tak mampu , ya Allah.. kembalikan Imanku....

nafsuhaila: ariz, jom malam ni kta tido sini, i dah tempah bilik untuk u tingkat 14.
ariz: hah??!! apa ni awak , saya nak balik la , bapa saya marah nanti..

nafsuhaila: alah , esok pagi awal saya hantar awak balik la.. lagi pun ramai kawan saya nak berkenalan ngan awak. awak kan nak cari sahabat.

Ariz: aduyai.... ok lah.. jangan apa-apakan saya sudah..

Nafsuhaila: hahahaha, ape awak merepek ni... kalau awak jantan, tunjukan kejantanan awak , ni macam pondan..
ariz : arghh!! ok... baiklah!!!!!!!!!!!!

Aku terjerat kerana nafsu, habis rosak, kalau lah aku dengar kata Iman benda ini tak akan berlaku. sejak daripada peristiwa hitam itu aku terus pulang ke kampung semula mencari Nur Iman. aku tak tahan lagi tinggal dibandar yang acapkali bertemu dengan nafsuhaila Dujana. sampainya aku di kampung aku terus kerumah Nur Iman.

Ariz : Assalamualaikum, Nur Iman , oo Nur Iman..
haji Takwa : Waalaikummussalam... owh ariz..
Ariz : pak cik , Iman ada... I
haji Takwa : Iman??? iman mana.....??
Ariz : haaaaah????!!!!

Iman adalah mutiara Di dalam hati manusia . Yang meyakini Allah Maha Esa, Maha Kuasa . Tanpamu iman bagaimanalah Merasa diri hamba padaNya. Tanpamu iman bagaimanalah Menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Iman tak dapat diwarisi Dari seorang ayah yang bertaqwa. Ia tak dapat dijual-beli Ia tiada di tepian pantai . Walau apapun caranya jua Engkau mendaki gunung yang tinggi ,Engkau berentas lautan api .Namun tak dapat jua dimiliki . Jika tidak kembali pada Allah .Jika tidak kembali pada Allah


Ingatlah wahai sahabat, sebelum terlambat, cepatlah bertaubat.

- karya Ariz Ahmad -

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga