Noktah Dakwah

Tepat jam 6.30 petang Ahad dua minggu lepas. Beberapa orang lelaki berjubah dan berserban yang tidak dikenali datang ke rumah. Usia mereka dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun dan kebanyakan antara mereka berjanggut dan berjambang. Jernih air muka mereka sambil memberi salam seraya aku mengena 'tshirt' pagoda lalu membuka daun pintu sambil tersenyum menjawab salam. Aroma minyak 'attar' bauan kasturi menyelubungi seluruh sudut dihadapan rumah tatkala mereka melangkah masuk sambil aku mempelawa lalu duduk di sofa kayu buatan kemboja. Petang yang indah itu, aku terkesima akan hajat mereka berbual bicara tentang Syurga dan neraka . tentang kebesaran Allah maha pencipta seluruh alam semesta.

" Makanan tak bagi kenyang, Allah yang bagi kenyang. Makhluk tiada kuasa , Allah Maha Kuasa ke atas setiap makhluknya"

Begitulah ungkapan yang acapkali membuat aku terngaga mulut separuh sedar akan bait bicara mereka yang penuh dengan unsur dakwah. Berfikir sejenak dikotak fikiran akan anugerah Tuhan yang sangat bermakna kepada mereka yang dipilih untuk mengajak umat kembali ke landasan yang sebenar dalam dunia yang penuh mehnah dan tribulasi. Namun, apabila melihat manisnya beribadat kepada Allah dan taat pada perintahNya maka tidak ada perkara lain yang lebih manis, itulah yang boleh aku umpamakan bagi mereka yang bersemangat menjalankan kerja nabi dengan penuh keimanan dan ketakwaan.

setelah hampir setengah jam berbicara tentang agama semata-mata lalu mereka meminta diri untuk berundur pergi walaupun rasa dihati ingin menhidangkan sepiring biskut Marie dan Teh sebagai pengubat letih, namun mereka terlebih dahulu yang mengajak aku bersama mereka menjalankan usaha namun dengan sopan aku mengtakan InsyaAllah...
" mahu mahu , tapi sibukla.. insyaAllah kalau ada masa.."

Termenung seketika dimuka pintu sambil melihat mereka melangkah pergi sambil terkumat-kamit mulut mereka seperti orang yang sedang meratib. Tiba-tiba dari arah bilik kedengaran bunyian manja henset aku...

" sunyi menyulubungi malam,
mengusik minda yang terlontar jauh,
masih hangat terasa ....................."


Aku berlari anak sambil berlatarkan lagu nasyid mirwana dek deringan henset lalu mencapai dan menjawab panggilan daripada seorang rakan dari timur tanah air.

" Assalamualaikum, guano sek mu lo ni? "
" wa'alaikumussalam, Alhamdulillah sihat, awat tiba-tiba 'call' ni?"
" nak bagi tahu ni, Ain ‘accident’ , teruk juga, masih tidak sedarkan diri di Hospital"
" Innalillah... hah? biar betul... dut...dut...dut....

Baru untuk memperhangatkan perbualan tiba-tiba pangilan terputus sambil mngerut dahi kerisauan dan cuba untuk menelefon semula rupa-rupanya kredit aku sudah berbaki $0.00.

Allahuakbar............. Allahuakbar...................

Bersahut-sahutan suara azan disenja hari menandakan masuknya waktu mahgrib didaerah utara tanah air dan sama waktu denganya. Hilang kusyuk dan fokus dalam solat tatkala teringat akan keadaan sahabat Ain yang kemalangan jalan raya di timur tanah air. Dikehingan malamku berdoa agar Tuhan memanjangkan usia Ain dan memberi kesihatan yang baik seperti sedia kala.
sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang. Terserah kepada Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya.

Ain merupakan sahabat yang aku kenali di kampus tetapi tidak pernah pun berjumpa, hanya kebetulan bersua dihalaman maya "Facebook", tetapi sudah pun di "remove" , katanya ingin menjaga ikhtilat dan ada juga kadang-kadang bermesej tetapi sekadar benda yang penting walaupun adakalanya bergurau senda bercerita. Walaupun tidak pernah bercakap dan bertemu muka tetapi aku tahu akan perwatakan dia yang solehah dan lemah lembut. Ada saja di "wall" laman sosial "facebook" dia mengukir ayat-ayat Cinta kepada Ya Rabbul Izzati. Lukisan nur iman acapkali meniti dibibirnya setiap kali berkata-kata. Bicara katanya penuh berisi memberi keinsafan tatkala ketika itu aku masih tengelam timbul dengan agama sendiri, buta cerita-cerita Nabi dan menyembunyi diri apabila adanya kuliah agama di kampus. Namun, segalanya terubat apabila embun hidayah turun membasahi diri mungkin melalui sahabatku Ain dan beberapa rakan-rakan lelaki yang sentiasa beramah mesra dengan aku bercakap tentang kebesaran Allah Meskipun cerita kehidupan lama masih menghantui aku tetapi banyak yang dapat aku pelajari tentang agama khususnya dan membuka hati untuk mendalami agama walaupun aku bukan dibidang itu.

"Islam itu Indah, maka jadikanlah Islam itu sebagai cara hidup"


Tersedar aku dikarpet sejadah termenung tanpa sedar memikirkan kenangan manis melayari kehidupan Islamik di kampus dan seraya aku mencapai ‘laptop’ berjenama ‘Asus’ kesayangan aku hadiah pemberian bapa setahun yang lalu. Seperti biasa kehidupan masyarakat kini tidak kira tua ataupun muda semua sudah mempunyai akaun halaman sosial "facebook" dan menjadi kegilaan majoriti rakyat seluruh wilayah dunia. Kini wajah "facebook" aku sudah berubah bercorak islamik mungkin diri ini sudah banyak berubah , kalau dulu semasa di sekolah Inggeris , tidak pernah aku berbual tentang agama , asyik-asyik ' Justin Bieber', Lady Gaga, Super Junior SS501. itulah polemik yang mempengaruhi dan mencengkam dunia anak muda yang bertuhankan nafsu menjadikan artis-artis sebagai idola , siang dan malam diselubungi muzik-muzik ‘heavy metal’ yang bermaharajalela di sana sini hingga tengelam akidah Islamiah. Kadang-kadang ketika itu aku jugak terleka dan terlalai mungkin masih belum merasa bahang api neraka agaknya.

" alah... tua nanti la kita bertaubat bro.. , enjoy la dulu... "

Terngiang-ngiang ayat yang sering menjadi skrip drama masyarakat yang buta akan agama yang sebenarnya. Telah ternyata , sudah terang lagi bersuluh dalam surah Ar-Rahman dan telah diulangi beberapa kali dalam firman Allah tersebut yang bermaksud "Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)?" siapakah yang harus dipersalahkan? bukankah dakwah itu satu keperluan bagi setiap muslim sebagai penyambung usaha nabi dan para sahabat dan menjadi kewajiban tatkala melihat umat ini yang semakin maju membangun semakin hancur akhlak dan akidah Islamiah. Mahu tidak mahu , masyarakat yang berstatus melayu Islam kini sudah pandai berzina dikhalayak ramai, ber'couple' sudah menjadi budaya di sekolah dan universiti , tambahan pula peningkatan statistik pembuangan bayi dan pengguguran janin yang parah meninggi dalam komuniti muslim sendiri dan menjadi stigma di dalam sebuah negara Islam dan dunia islam. Orang tua tidak habis dengan gila pangkat , politik dan sebagainya. Orang muda dengan masalah sosial , dadah, merempit ,dijalan raya yang tiada arah tuju akhirnya mati katak tiada guna.

" ya Allah kami mengaku tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah"
" Ya, Kami sudah solat ya Allah..."
"ya , Kami sudah puasa ya Allah.. "
"ya, Kami sudah keluar zakat ya Allah..."
"ya, kami sudah banyak kali pergi haji dan umrah Ya Allah "


Adegan manusia di padang mahsyar kelak meminta-minta, “berilah kami syurga sesungguhnya kami sudah beribadat sepada Mu.” Meskipun,pasti ada akan terasa orang-orang yang tidak solat, puasa , zakat dan melakukan kemungkaran.

" ya Allah , Mereka tidak mengajak kami solat.. ini tak Adil ya Allah.."
" Ya Allah, mereka membiarkan kami melakukan Maksiat tanpa menegur kesalahan kami Ya Alllah"


Maka disaat itu manusia yang mementingkan diri akan rugi , pahala yang tinggi menggunung terpaksa dibahagi-bahagi demi keadilan sejagat. Meskipun dakwah itu dilihat begitu susah , terpaksa harungi pelbagai cabaran, dimaki , dihina. tetapi sakitnya kita pada hari ini, sakit lagi Muhammad Bin Abdullah dan para sahabat berjuang menegakkan Islam di medan Jihad. Terbayang bunyian pedang, jeritan suara bergema di medan perjuangan, percikan dan berhamburan darah syuhada mengalir membasahi bumi anbia. Telah diceritakan gugurnya saudara susuan Nabi yakni Hamzah , syahid di medan Uhud tatkala polemik daripada ketamakan harta dan kecuaian pada arahan ketua yang menjadi punca sehingga Allah menjadi murka sehingga Nabi pun turut terluka.

Hmm, banyak rasanya menhah dan tribulasi dalam berjuang tetapi tidak guna kalau kita hanya mampu bercakap tetapi tidak membuat , ibarat air lengkong yang hanya dilihat dari luar tanpa merasanya dahulu sama ada air lengkong atau air longkang.
tetapi itulah situasi dalam masyarakat madani,

" bersahabat dengan ahli ibadah , kadang-kadang membuat kita terasa hina,
bersahabat dengan ahli maksiat, kadang-kadang membuat kita menjadi hina, namun jika kita menjauhi ahli ibadah maka jauhlah kita dari dakwahnya dan jika kita menjauhi ahli maksiat maka jauhlah kita untuk berdakwahnya."


telah bersabda Nabi dalam hadisnya “ sampaikanlah dari daku walaupun sepotong ayat”

Walaupun aku rasa masih terumbang ambing dengan iman dan amal yang sentiasa dicemburi syaitan durjana tetapi Alhamdulillah Allah masih memilih aku untuk menyampaikan seruanya buat diri aku sendiri dan orang lain. Tidak ada siapa yang boleh mengubah nasib dirinya , melainkan dia sendiri yang mengubahnya. Rugi manusia apabila hidup hanya berfoya-foya dengan polemik cinta dunia yang izharnya menuju diperkampungan yang sama di daerah perkuburan menunggu transit ke alam seterusnya. Sedarlah purata hidup manusia zaman ini lebih kurang 60 hingga 70 tahun , bayangkan sejumlah itu yang menentukan syurga atau neraka yang kekal selamanya. Biarpun usaha kita sikit lama-lama jadi bukit dengan beristiqamah dalam diri daripada bersemangat meninggi pada mulanya dan akhirnya menjadi “ hangat-hangat tahi ayam” bersifat munafik dan sebagainya.

Bagi aku insan yang kerdil lagi hina , meminjam nikmat segalanya dari Tuhan di atas muka dunia yang fana biarlah tidak hensem atau cantik dipandang manusia , tetapi cantik dipandangan Illahi , biarlah tidak popular dalam kalangan manusia tetapi , popular di sisi Allah. Banyak cerita yang masih menjadi perbualan antara minda dan hati yang dahagakan cahaya petunjuk Illahi .

Bingkisan bait lirik nasyid Rabbani menutup babak tirai malam, seperti biasa, sebelum tidur Aku membelik seketika buku sirah Nabawi berwarna biru kulitnya setebal hampir 1000 muka surat ,banyak cerita yang boleh dijadikan teladan dan panduan dalam hidup sampai kadang terbawa-bawa dalam mimpi. Ingin sangat diri ini bermimpi bertemu Rasulullah. Tetapi siapalah aku dipadanganMu Ya Rahim , layakkah aku . Di tirai malam aku bersandarkan pada dinding keresahan akan keadaan sahabat Ain , bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan kasih pada Ya Rabul Izzati.

Cring!.... Cring!... Cring!....

Seperti selalu jam loceng cap Ayam setiasa menjadi kegemaran aku dipagi hari mengejut aku dari mati yang sementara. Tidur itu mati yang sementara tetapi mati itu tidur yang sementara dan orang yang sentiasa mengingati mati ialah orang yang hebat. Syahdu kedengaran suara azan subuh berkumandang disubuh hari sambil berlatarkan suara alam , suara cengkerik. Crik..Crik..Crik.. dalam gelap , aku mancapai henset aku yang masih bercahaya dimeja ilhamku sambil melihat rupanya-rupanya ada satu mesej yang suda lama berteriak menunggu aku.

“ Salam, Ain da tak ade da………………………..”

Ya Allah..... Tersentak seketika dalam germisikan pagi , sedih dan sayu dari kamar atma mengundang air mata tiada tahan lagi sambil dihiasi sunyi subuh “ Innalillah………..” dalam pilu seraya aku berjalan mengambil wuduk lalu dihamparan sejarah aku solat subuh dengan penuh kusyuk dan keinsafan. Tiada apa lagi yang harus ku perkatakan semunya ketentuan Illahi kerana kita hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukan, sesungguhnya segala yang bernyawa itu pasti akan merasai mati.

Angin kirmizi menghantar dirimu sahabat , menuju jalan pulang , hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan , hari ini tiada lagi Ain dalam dunia ini, biarpun tak pernah berjumpa bersua muka tetapi cukuplah sekadar kata-katanya yang membawa sejuta erti dalam hidup aku. Dakwahnya sudah menjadi noktah tetapi menjadi amanah kepada yang masih bernyawa untuk menyampaikan kepada yang lain.

Dipagi yang redup sayu, tersandar aku ditaut jendela usang, sambil mencari mesej terakhir daripada Ain dalam kotak simpanan mesej. Terbaca aku mesej terakhirnya yang sangat bermakna….

“ Teman yang paling baik adalah apabila melihat wajahnya, teringat Allah, mendengar kata-katanya menambah ilmu agama, melihat gerak gerinya teringat mati, indahnya bersahabat kerana Allah”

sahabat sampai ke Syurga……………….......

Comments

Popular posts from this blog

Keistimewaan yang dijaga