Posts

Kecantikan Pulau kelembutan kapas

  Oleh: Ariz Ahmad Persahabatan itu banyak maksudnya. Setiap orang ada tafsiranya tersendiri. Tafsiran dan maksud sahaja tidak bererti kalau tiada bukti. Buktinya pula mesti jelas dan untuk menjelaskan bukti sekurangnya ada sesuatu yang boleh dilihat mahupun disentuh dan bukan bayangan sahaja tetapi ingatan yang tidak boleh dilupa. " I am Nikon" kata sebuah kamera yang berjenama itu. Kerana ianya dicipta untuk membuktikan sesuatu yang indah dan istimewa ataupun mungkin suatu yang seram dan menakotkan..err. Terima kasih kepada pencipta kamera. Lensanya membuatkan persahabatan itu lebih indah dengan sekeping gambar kenangan. Kalau tiada kamera pun pasti ada lukisan yang dilukis, ataupun ada benda yang istimewa demi membuktikan bahagianya dunia persahabatan itu. "Apakah maksud persahabatan bagi enta?" tanya seorang sahabat sambil memepak ais kosong setelah airnya habis disedut. Petang itu cukup indah. kami bersama-sama  menikmati  hari akhir di kam...

Kasut Converse

Oleh: Ariz Ahmad Puan Rosnah memakir keretanya di hadapan rumah. Kereta BMW X3 itu hadiah daripada suaminya yang merupakan CEO Syarikat Penebitan di Malaysia. Selaku pembantu Syarikat Puan Rosnah sering sibuk dengan urusan kerja membantu suaminya dalam bidang penerbitan. Segala urusan rumah semuanya diurusakan oleh orang gajinya bernama Luna. "Luna..." sahut Rosnah sejurus membuka pintu hadapan rumahnya. Luna yang sibuk mengoreng lauk di dapur terus bergegas menyambut Puan Rosnah yang tampak kepenatan setelah sehari suntuk bekerja. "Sara sudah pulang dari sekolah? " tanya Rosnah kepada Luna sambil mendaki anak tangga untuk ke biliknya. "Belum puan,  tapi sara ada telefon tadi, katanya ingin terus ke Pavilion mahu beli tiket konsert" Ujar Luna yang berdiri tegak  melihat Rosnah mendaki anak tangga ke biliknya.  Tanpa habis mendaki anak tangga puan Rosnah berhenti dan menoleh ke arah Luna seraya bertanya              "...

Mesir boneka Amerika & Zionisme

Image
Dr. Ahmad Bahar wakil ketua parlimen Palestina menegaskan bahwa apa yang terjadi di Mesir merupakan konspirasi Amerika dan zionisme yahudi untuk menghancurkan kekuatan Mesir yang merupakan kekuatan pertama dunia Arab dan ingin mengubahnya menjadi negara yang lumpuh dan lemah. Dalam konferensi  (15/8) Dr. Ahmad Bahar menyampaikan solidaritasnya kepada rakyat Mesir dan mengatakan, “Kami menyampaikan kecaman terhadap pembantaian dan tindakan represif yang menelan korban jiwa dari kalangan rakyat yang menuntut keadilan. Kami juga menyampaikan kecaman terhadap tindakan brutal yang dilakukan oleh kelompok keamanan Mesir dalam melakukan pembunuhan dan menumpahkan darah yang semuanya bertentangan dengan syariat agama dan hukum kemanusiaan. Bahar menegaskan, "kekuatan Mesir merupakan kekuatan umat dan kelemahan Mesir adalah kelemahan umat.” Dia juga menegaskan bahwa yang mengambil keuntungan satu-satunya dari apa yang terjadi di Mesir adalah penjajah zionis ‘Israel’ yang ingin m...

Dirimu Begitu Berharga

Image
Merangkul ukhuwah tika kita saling memerlukan pada waktu dan ketika kita disatukan dalam sebuah bahtera yang sedang belayar pada satu arus yang lurus. Bila mana waktu ini kena pada takdir yang tidak pernah kita tentukan padahal tega mengharungi pada saat kita menentukan perancangan yang bermakna untuk masa hadapan. Risikan sebuah perjuangan sudah pasti ada ujian yang  memaknakan sebuah perjuangan dan itulah asam garam sebuah perjuangan. Pernah sekali sewaktu saya solat subuh di sebelahnya, saya terpaksa menahan badannya dengan siku saya kerana risau dia akan jatuh tersembam. Keadaan dia yang tersengguk-sengguk membuatkan saya risau dan tidak kusyuk dalam solat. Bukan sekali tetapi banyak kali saya lihat dia tersengguk kerana keletihan dan mengantok yang amat sangat. Saya amat memahami keadaan sebegitu kerana kita serupa bersama mengharungi waktu itu. Itulah membuatkan ukhuwaah menjadi rapat.  Dia yang saya kenali tidak pernah mengerti erti berehat dan sentiasa...

Genetik perjuangan

Image
Perjuangan itu tiada lagi tetapi hati masih mengatakan perjuangan itu mesti diteruskan.... Hati sudah membengkak melewati waktu yang semakin meluru, lorong kebahagiaan manakah yang harus didahului masakan anak-anak muda, masyarakat rapuh dilema jiwa yang terjerat dilembah masa yang dipersiakan.  Kudapan bersama mereka sudah pasti membawa bersama amanah yang sangat berat untuk dipikul. Hanya mampu menunduk muka dan memikirkan sebuah perjuangan yang semakin mencabar.  Bualan sementara sebagai azimat bahawa perjuangan tetap diteruskan walaupun berbeda tempat dan suasana. Sendiri dalam mewarnai bumi menongkah samudera bakti  dengan menghijaukan insan yang semakin menguning amatlah perih untuk diharungi mungkin mudah bagi mereka yang mempunyai pengalaman dalam dunia dakwah dan berjiwa murabbi.   Tiada lagi alasan yang boleh diterima.. ' You should do it !! '   Cahaya itu sangat cantik berkilau dan sentiasa menerangi jiwa ...

Life is not about achieving success immediately.

Image
Degupan  masih terasa pada setiap jiwa yang merasa saat yang telah lama dinanti sejak tahun 1977 oleh seluruh warga negara akhirnya membuah hasil dengan jaringan goal penalti terakhir oleh Badrol Baktiar dalam sukan bola sepak di Sukan Sea ke-26, Stadium Bung Karno Jakarta, Indonesia. Gandingan penjaga goal mantap Khairul Fakmi Che Mat acapkali diasak akhirnya telah melenyapkan impian pemain indonesia dan seluruh penyokong Garuda yang nampak gah pada rentak mula akhirnya diam terduduk sambil menggigit jari, ada yang menangis dan ada yang marah sehingga ada yang meninggal dunia gara-gara sesak ketika keluar dari Stadium. Kekalahan dengan kematian tiada apa-apa makna dalam arena perjuangan tambahan permainan yang tiada kena mengena dengan landasan agama malah ada segelintir yang sanggup menggadai solat kerana ingin mendapat tempat duduk yang selesa dibangku stadium. Habis pun kisah bola yang mendebarkan antara harimau malaya dan garuda. Sebaik sahaja habis menonton perlawanan ...

Di Sebalik kesepian ada ketenangan.

Image
Kesunyian dalam hidup itu adalah suatu titik masa dimana dunia menjadi senyap tanpa manusia , tetapi bukan bermakna dirimu ditinggalkan kerana ada sesuatu disebalik kesunyian itu. Disebalik kesepian itu ada ketenangan yang Allah ingin gambarkan kepada dirimu, gambaran yang kamu tidak pernah lihat sebelum ini yang Allah ingin hadiahkan kepadamu. Disebalik kesunyian itu Allah telah berbisik dan menemani hatimu yang resah sepi dengan memperlihatkan segala kebesaranNya. Disebalik kesunyian itu adalah pengubat kepada hatimu yang berkecamuk dengan masalah dunia. Insan yang bangun malam untuk bersolat ketika mana semua manusia dalam keadaan nyeyak tidur itulah kesunyian dan ketenangan yang indah untuk dirimu berduan dengan Allah.  Selalu kesunyian dan kesedihan itu tidak dapat dipisahkan, insan yang putus hubungan dengan manusia pasti merasa sedih dan kelamaan dia pasti kesunyian. Disebalik kesunyian pasti membuatkan manusia terkenang semula nostalgia silam yang manis-mani...